Rabu, 30 Disember 2009

Generasi Muda Pengubah Landskap Politik Tanahair

Jika diimbas sejarah PRU-12, ternyata arus politik negara telah berubah sama sekali. Golongan muda-mudi berdaftar dengan SPR dan sah memilih kerajaan hampir menjejaskan BN untuk terus berkuasa. Adakah?

1. Ini sebagai sabotaj?
2. Meluahkan kemarahan kepada kerajaan?
3. Memberi ingatan kepada BN?
4. Mahukan perubahan kepimpinan kerajaan secara drastik?
5. Pembelian undi?
6. Kesedaran sebenar mana yang PASLU atau BENAR?
7. Atau..........lebih banyak lagi persoalan-persoalan yang bermain difikiran kita semua....

Mahu tak mahu, apa juga yang telah berlaku ianya adalah satu sejarah Hitam Buat BN. Jika PRU-12 dilihat secara rawak, kita boleh menisbahkan pengundi Muda-mudi sebagai (PR-10):(BN-4)..dan ini adalah cukup terbukti. Mujurlah pengundi Sabah, Sarawak tetap memilih BN sebagai pilihan no. 1.

Justeru, bermulalah corak retorik yang dilemparkan oleh pelbagai pihak, termasuklah golongan profesional, tokoh ilmuan dan ramai lagi. Cerita kedai kopi tak pernah lekang HANYA TENTANG PRU-12. Rakyat terus tersentak dan secara perlahan-lahan minda kelas kedua dan ketiga terbuka luas.....PENGUNDI MUDA TETAP PENGUNDI MUDA Walhal mereka yang dikelaskan sebagai minda kelas pertama sudah merasakan ianya pasti berlaku, akhirnya menjadi kenyataan..2/3 kerusi Parlimen BN tidak dapat dicapai, hampir memusnahkan penguasaan selama 52 tahun pemerintahan...walaupun MEMBENTUK KERAJAAN KE PENGGAL SETERUSNYA..

Apakah yang terjadi kiranya BN kalah kepada PR ?
- senang saja, BN jadi pembangkang PR jadi kerajaan...Pasti.

Oleh itu, BN perlu terus berusaha membersihkan segala kotoran yang ada.. Rakyat/ pengundi sentiasa memerhatikan apa juga BN lakukan...Akar-umbi hingga ke Atasan Gemblengkan usaha bersama, satukan fikir, satukan risau untuk BN terus menerajui TAMPUK PEMERINTAHAN NEGARA MALAYSIA...1MALAYSIA RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUATAMAKAN....

by: rmn

PM ingatkan YB BN hadir Dewan


NAJIB, Rosmah dan Musa bersama Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Ahmadshah Abdullah pada Majlis Rumah Terbuka Krismas di Kota Kinabalu, semalam.

KOTA KINABALU: Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang culas menghadiri persidangan Dewan Rakyat tanpa alasan munasabah kemungkinan digugur sebagai calon pada pilihan raya umum akan datang. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, ketika memberikan bayangan itu berkata, Ahli Parlimen perlu menunjukkan sikap bertanggungjawab selaku pemegang amanah rakyat dan satu daripadanya ialah menghadiri sidang dewan.
Sehubungan itu, beliau mahu Ahli Parlimen BN memaklumkan kepada Ketua Whip jika perlu menghadiri program rasmi yang mendesak ketika Dewan Rakyat bersidang supaya ketiadaan mereka tidak dipersoalkan. Sambil menegaskan kehadiran ke Dewan Rakyat tidak perlu menjadi sebahagian daripada pengisian Indeks Petunjuk Prestasi (KPI), Najib berkata, beliau mempunyai pendekatan tersendiri menangani keadaan itu. "Serahkan kepada saya. Tunggu bila dah dekat masa nak memilih calon pilihan raya nanti, tahulah saya apa nak buat.
"Apa yang berlaku mesti dijadikan pengajaran supaya tidak berulang. Saya faham kadang-kadang kita perlu menghadiri urusan di luar Parlimen ketika dewan bersidang dan kita akan ketatkan peraturan mengenai perkara ini," katanya pada sidang media di Pacific Sutera Harbour di sini, semalam. Terdahulu, beliau yang juga Pengerusi BN merasmikan Perhimpunan Perwakilan Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) Ke-14. Hadir sama Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman; Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Mohd Shafie Apdal; Presiden PBRS dan Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Tan Sri Joseph Kurup serta Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor. Mengulas cadangan supaya BN mengamalkan sistem keahlian terus, Perdana Menteri berkata, perkara itu memerlukan kajian dan perbincangan terperinci dengan semua parti komponen. "Ia bukan perkara baru kerana pernah dibangkitkan, malah kita pernah bincangkan tetapi belum ada keputusan rasmi dibuat.

Di KUCHING, Najib berkata, BN akan mewujudkan sistem pengawasan dan penyampaian maklumat lebih tepat serta komprehensif bagi menangani isu ketidakhadiran Ahli Parlimen pada persidangan Dewan Rakyat. Perdana Menteri berkata, ia perlu supaya Ahli Parlimen tahu pada setiap ketika dewan bersidang, BN perlu ada jumlah anggota yang mencukupi. "Kalau ada pengundian, kita mesti pastikan bilangan yang boleh menjamin kemenangan selesa kepada BN. Apa yang jadi masalah ialah pembangkang cuba nak perangkap kita. Belah-bahagi (pengundian di dewan) timbul pada bila-bila masa... jadi kita mesti tentukan setiap ketika kita cukup jumlah anggota dalam dewan," katanya selepas merasmikan Perhimpunan Agung Tahunan Ketujuh (Pemilihan) 2009 Parti Demokratik Progesif Sarawak (SPDP) di Dewan Suarah. Hadir sama isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor; Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Alfred Jabu Numpang dan Presiden SPDP, Datuk Seri William Mawan Ikom. Najib berkata, memang ada sesetengah urusan (di luar negara) yang tidak dapat dielakkan, tetapi lawatan dan urusan ke luar negara akan dikurangkan dengan mewujudkan sistem perhubungan lebih berkesan.

Cadangan BN Terima Ahli Terus Perlu Dikaji

Najib diiringi Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman, bersalaman dengan anggota-anggota Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) ketika hadir untuk merasmikan Perhimpunan Agung Tahunan PBRS Ke-14 di sini, kelmarin. 30th December, 2009
KOTA KINABALU: Cadangan supaya sistem keahlian terus diamalkan oleh Barisan Nasional perlu dibincang oleh semua komponen dan dikaji terlebih dahulu, kata Datuk Seri Najib Tun Razak. Mengulas saranan yang dibuat oleh Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim, Perdana Menteri berkata beliau akan berunding dengan rakan-rakan komponen BN sebelum membuat apa-apa keputusan.
“Ini bukan perkara baru, (ia) sudah disebut-sebut sebelum ini, pernah kita bincang tapi kita belum buat satu keputusan secara rasmi.
“Biarlah saya berunding dengan parti-parti komponen BN di peringkat Dewan Tertinggi terlebih dahulu. Kita kaji pro dan kontranya, buruk baiknya dan juga kaedahnya sekiranya kita nak buat. Ini semua kita mesti fikir terlebih dahulu, kalau tidak, timbul masalah lain pula,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kongres Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) ke-14 di sini, kelmarin.

Pada Isnin Rais mengesyorkan agar BN mempunyai sistem keahlian terus yang dibuka kepada orang perseorangan dan badan bukan kerajaan (NGO) tanpa bersandarkan kepada parti-parti komponen.
Bekas Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Salleh Said Keruak turut membuat cadangan serupa semalam kerana berpendapat keahlian secara terus itu akan membolehkan mereka yang komited atau berminat dengan BN tetapi tidak menyukai parti-parti komponen tertentu kerana terlalu banyak politiking, akan dapat terus bersama BN.
Mengenai satu perkara lain, Najib berkata suruhanjaya diraja tidak perlulah ditubuhkan untuk menyiasat dakwaan seorang penulis Barat kononnya bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad telah membazirkan RM100 bilion.
“Ada saja saranan ditubuhkan suruhanjaya diraja, tetapi dalam hal ini, tak wajar dicadangkan suruhanjaya diraja ditubuhkan semata-mata kerana ada orang menulis sebuah buku.
“Apa yang penting ialah bagi kita melihat masa depan. Semua perdana menteri telah memberi sumbangan yang besar. Jika tidak, Malaysia tidak akan menjadi maju seperti sekarang sehingga dianggap sebagai satu contoh,” katanya ketika ditanya cadangan penubuhan suruhanjaya itu yang dibuat oleh penasihat DAP Lim Kit Siang bagi menyiasat dakwaan berkenaan.
Najib juga berkata masih ada masa untuk mengkaji implikasi penuh daripada pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) menjelang tahun 2011.
“Ianya tidak akan dilaksanakan sehingga 2011 jika kita membuat keputusan untuk meneruskannya. Bukan maksud saya ini sudah pasti tetapi apa yang kita putuskan ialah membentangkan rang undang-undang mengenai perkara itu…bacaan kedua pun belum lagi. Jadi kita ada masa melihat kesan GST itu sepenuhnya,” kata beliau ketika diminta mengulas impak GST kepada perbezaan harga barangan di Semenanjung dengan di Sabah dan Sarawak.
Najib juga berharap tahun baru ini akan menjadi “tahun pelaksanaan atau tahun tindakan” bagi pelbagai program yang dijanjikan kepada rakyat.
“Bidang Keberhasilan Utama Negara merupakan aku janji kita untuk rakyat. Kita sudah buat secara telus, dan rakyat akan teliti sejauh mana keberkesanan kita.
“Sebab itulah seluruh jentera kerajaan mestilah kita juruskan untuk menjamin keberkesanan setiap NKRA dan juga agenda pembangunan yang telah ditentukan,” kata Perdana Menteri.

PERGERAKAN ADUN(TERBARU)

Pergerakan ADUN: YB Datuk Ellron Angin Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan & Alam Sekitar,Sabah.

28/12/2009
Lokasi : Kompleks Sukan likas, Kota Kinabalu
Jam :2.00pm
Perkara : AGM Wanita & Pemuda PBRS Sabah

29/12/2009
Lokasi : Hotel Pasific Sutera Habour, Kota Kinabalu
Jam : 1.30pm
Perkara : AGM PBRS Sabah

30/12/2009-Rabu
Lokasi : Kg Tinagalan Ulu, Sook
Jam : 10.00pagi
Perkara : Sambutan Hari Natal

Lokasi : Kg Luanti Baru, Keningau
Jam :2.00pm
Perkara : Jemputan Majlis Perkahwinan

Kakitangan pengiring : PKR Sook, Abdul Saidi, Robert Lunau(P. 182)

31/12/2009
Lokasi : Kg Suan Totogop
Masa : 10.00am
Perkara : Sambutan Hari Natal, Pemimpin Bersama Rakyat

by:rmn

Khamis, 24 Disember 2009

Kawasan Barasanon Potensi Untuk Pelancongan


Datuk Ellron berucap ketika berada di Kg Barasanon.

Masyarakat Kg Barasanon yabg hadir


Barisan pemimpin akar umbi bersama Datuk Ellron

Lokasi 1(Air Terjun Barasanon)
Hasil tagal sungai Barasanon, lumayan...dan produk pelancongan
Air terjun Barasanon 2km dari simpang jalan besar Sook-Keningau
Rombongan yang turut serta meninjau tapak kawasan air terjun
Air terjun Barasanon, gambar dari sudut depan
Lokasi 2(Betong, tepi sg Sook )
JKKK John Lambog sedang memberi penerangan kepada Ellron
Kawasan ini pernah didatangi oleh Ellron 25 tahun yang lalu..
Apa agaknya yang ditunjuk oleh PJKKK?
Ellron meninjau sekitar kawasan betong..
Lawatan ke tapak pelancongan sejauh 1.8km dari simpang jalan besar.
Keningau, tinjauan YB Datuk Ellron baru-baru ke kawasan perkampungan Barasanon 13 kilometer dari Pekan Keningau memberi banyak manfaat. Terdapat 2 tapak kawasan yang telah ditinjau di kawasan ini berpotensi untuk dijadikan sebagai Infra Pelancongan kata Datuk Ellron. Sebelum itu, kedatangan YB Datuk telah disambut oleh Pengerusi JKKK Kg Barasanon, Pegawai Perikanan Sook dan pemimpin masyarakat lain. Rombongan terpaksa berjalan jauh untuk ke lokasi pelancongan.

Sementara itu, dalam majlis ringkas juga Pengerusi JKKK Kg Barasanon John Lambog mengambil kesempatan untuk menyuarakan masalah peringkat kampung. Segala permasalahan yang diutarakan kepada ADUN akan diatasi secara berperingkat-peringkat.

By:rmn

Isnin, 21 Disember 2009

AGM PBRS Peringkat Negeri

Keningau- Kongres Tahunan Parti Bersatu Rakyat Sabah(PBRS) peringkat negeri akan diadakan pada 28-29 Disember 2009 bertempat di Hotel Sutera Habour. Persamian mesyuarat atau kongres ini dijangka akan dirasmikan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia Dato Seri Najib Tun Razak.

Menurut setiausaha kerja penganjur, En Vincent Lee pada 27/Disember/2009 Mesyuarat Agung Exco Pemuda PBRS dan Wanita PBRS akan diadakan di Kompleks Sukan Likas, Kota Kinabalu. Tan Sri Presiden PBRS Sabah akan merasmikan serentak kedua-dua mesyuarat ini.
Manakala pada 28/Disember/2009 Kongres Tahunan PBRS akan dirasmikan pada jam3.00 petang oleh YAB Perdana Menteri.

Oleh yang demikian, En Vincent Lee berharap semua ajk yang telah dibentuk dengan Datuk Dr Johnson Tee sebagai Pengerusi Jawatankuasa Penganjur memberikan komitmen penuh bagi memastikan Kongres ini berjalan lancar.

by:rmn

Pasukan Bahagia United juara bertahan, Mukim Dalit Juara Liga Komuniti

Keningau- Pasukan Bahagia United telah mengekalkan kejuaraan sebagai Johan dalam kejohanan Piala Terbuka Bola Sepak 9 sebelah anjuran pergerakaan Pemuda PBRS Sook.
Manakala dalam masa yang sama juga, Pasukan Mukim Dalit menjuarai Kejohanan Liga Mukim Anjuran Kelab Sukan Komuniti Sook.

Menurut Ketua Pemuda PBRS N. 37 Sook Kahirin Bador sebanyak 28 pasukan yang telah menyertai kejohanan Piala Ketua Bahagian PBRS Sook. Bagi kejohanan Piala Mukim sebanyak 6 mukim telah menyertai kejohanan tersebut yang diketuai oleh En Vincent Lee sebagai Pengerusi panganjur kejohanan.

Dalam siri ucapan YB Tan Sri Joseph Kurup, beliau menyeru agar para belia DUN Sook dan Pensiangan terus bersama pihak kerajaan untuk meningkatkan mutu sukan negara ini. Walaupun kejohanan seperti ini dijalankan diperingkat kecil namun, bukan bermakna ianya tidak dapat memberikan sumbangan. Malahan bermula dari peringkat bawahlah sebenarnya bakat seseorang pemain atau ahli sukan dicungkil dan mampu diketengahkan sebagai ahli sukan yang berjaya.

Kedua-dua penerimaan hadiah pusingan ini pada 19/12/2009 jam 5.00 petang telah disempurnakan oleh YB Tan Sri sendiri. Turut hadir semasa perasmian penutupan kejohanan ini ialah Timbalan Pengarah Sekolah Hendry Gurney En Joanes Dusin Damit, KD Yunus Kimin serta pemimpin masyarakat..tahniah kepada pasukan BAHAGIA UNITED dan Pasukan Mukim Dalit..

by;rmn

Selasa, 15 Disember 2009

Pergerakan ADUN

Pergerakan ADUN:

Tarikh : 14/12/2009
Masa : 10.00 pagi
Lokasi : Hotel perkasa - Mesyuarat bersama ADO Sook, P. 182 Pensiangan berkenaan penyenaraian projek 2010.

Masa : jam 2.00 petang
Lokasi ; Kg Ambual- menziarahi keluarga En Shafiq Peter Tinggi

Tarikh : 16/12/2009
Masa : jam 9.00
Lokasi : Kg Sakikilo, Kebulu, Mapila
Agenda : Mesyuarat gabungan JKKK bersama ADUN

Tarikh : 19/12/2009
Masa :9.00am
Lokasi : Kg Bambangan, Sook-Mesyuarat dgn JKKK

Tarikh : 20/12/209
masa : 7.00 pagi
Lokasi :Tamu sook - Melawat sekitar tamu sook, bersalaman dengan org awam untuk sambutan krismas dan tahun baru 2010

Masa : 10.00
lokasi : Kg Pantai Baru
Agenda : Mesyuarat JKKK bersama ADUN

Tarikh : 21/12/2009
Masa : 1.00pm
Lokasi : Kg Magatang, keningau
Perkara : Sambutan Hari Keluarga

Tarikh :22/12/2009
Masa :9.00am
Lokasi : Kg Barasanon
Perkara : Meninjau 2 tapak kawasan cdgn untuk Pelancongan

Tarikh :24/12/2009
Masa :12.00am
Lokasi : Kg Sanang Dalit
Perkara : Pemimpin Bersama Rakyat

Sekian.
By; rmn

Khamis, 10 Disember 2009

Bantuan BOT

Jadual pembahagian baucer BOT ;
Mula 01/12/2009 malah sehingga sekarang masih berjalan..

bantuan kanak-kanak pula pada 15-17/12/2009 di :
Astaka Kompleks Keningau
diharapkan agar semua ibu tunggal mengambil perhatian makluman ini...
By; Rmn

Pergerakan ADUN

Pergerakan ADUN N. 37 Sook :

Tarikh : 05/12/2009
Tempat : Kg Alab Lanas & Lanas station - jam 10.00pagi
Agenda : Meyuarat Khas JKKK(Gabungan), Penerimaan borang keahlian PBRS

Tarikh : 06/12/2009
Tempat : Kg Rimbayan, Ansip - Jam 9.00pagi
Agenda : Mesyuarat Khas JKKK

Tempat : Kg Samalang, Keningau- jam 2.00petang
Agenda : Sesi taklimat, soal jawab dengan Bornion Timber

By :rmn

Selasa, 8 Disember 2009

Piala Tan Sri

12/12/2009, sabtu ini akan berlangsung kejohanan Bola Sepak 9 sebelah merebut Piala YB Tan Sri Jospeh Kurup. Kejohanan akan diadakan di :-
Tempat : Padang Jabatan Penjara, keningau
Jam : 8.00pagi(12-13/Dis/2009)
Diharapkan penyertaan akan ada sembutan biarpun, banyak program lain disekitarnya. Ketua penganjur kejohanan Kahirin Bador berkata, mereka akan membuat yang terbaik untuk menjayakan kejohanan ini.

by:rmn

Ahad, 6 Disember 2009

Mesyuarat Khas JKKK Alab Lanas & Lanas Station


Sedang mendengar masalah rakyat..

Jambatan gantung ini perlu diperbaiki...

PKR Sook turut bersama meninjau jambatan gantung
Datuk meninjau keadaan Jambatan Gantung...
Pengacara majlis Cikgu Andrew Bowie turut bersama
jayakan program 2 kampung..

Datu Ellron sedang memberi ucapan..
PJKKK Kg Alab Lanas sedang berucap...
Singgah seketika di kg lanas station
Pemandangan indah di kampung Lanas Station

Program Rakan Alam Sekitar


Helikopter yang akan dinaiki YB Tan Sri ke Saliliran selepas
merasmikan program RAS


Demo daripada jabatan Bomba..


CDO Sook, Abdul kunin melibatkan diri dalam Demo 'Baja Compos'


YB Tan Sri, ADO Baru Sook sedang mendengar taklimat drp Bomba


Demo 'Baja Compos' oleh JAS...
YB Tan Sri sedang ditemuduga oleh TV 3...
Ke acara menanam pokok...YB Datuk Ellron turut hadir
Perlu prihatin terhadap Alam Sekitar...
YB tan Sri, Datuk Ellron, ADO Sook diberi taklimat ringkas
tentang pentingnya menjaga alam sekitar..

Simbolik ' Menanam pokok'..
Para hadirin yang hadir..
Ucapan perasmian RAS P. 182 pensiangan..
Sebelum program bermula...Jurutera Kanan JPS Vun Kong
memastikan persediaan berjalan lancar
Serius...Vun Kong berbincang dengan ajk pelaksana..
Pemaju Mukim, Jefry Kinawa dan Abdul Saidi hadir bersama..
Amacam? ok ka....perbualan antara 2 pemimpin kita CDO Sook &
Jurutera Kanan JPS, Keningau.
Pendaftaran RAS dibuka dan mendapat sambutan...
Kakitangan JAS Kota Kinabalu, di bahagian kaunter pendaftaran
ahli RAS..
Bahan pameran turut dibuka...pentingnya Alam Sekitar..
Minyak kereta...Penting bah...

Kg Talatuan Dalit


Sekitar Kg Tataluan, Dalit..


Anak pewaris bangsa...
Masyarakat sedang mendengar ucapan YB datuk Ellron..

Datuk dalam siri ucapan kepada penduduk Tataluan..
Kg Tataluan dibawa pengurusan JKKK Kg Kalampun, Dalit.

Pejabat Adun & ADR Pensiangan











Koleksi gambar memaparkan kakitangan kedua-dua pejabat ini bertugas...Mereka ini adalah antara nadi kepada pengurusan UPKR SOOK & ADR Pensiangan...
Ketika ini, pengurusan Borang Subsidi Beras (SUBUR) sedang diselaraskan di pejabat ADR, justeru mohon kepada semua rakyat jelata P. 182 Pensiangan agar menghantar borang tersebut ke pejabat ADR P. 182 Pensiangan..Robert Lunau adalah yang diarahkan untuk mengumpul borang tersebut..
Walaupun, kita diberi peluang untuk mengisi borang tersebut, namun ianya tidak menjamin sama ada dapat subsidi atau sebaliknya...hany mereka yang benar-benar layak akan diberi keutamaan oleh pihak atasan kelak...
by:rmn

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails