Selasa, 29 Jun 2010

Program Bersama JPN

Sook, program bersama Jabatan Pendaftaran Negara(JPN) sekali lagi telah diadakan pada 29/6/2010 di Sk Membulu. Program ini adalah kesinambungan kepada program terdahulu yang telah diadakan di Dalit, Sook. Menurut PKR Sook, program ini adalah untuk memberi peluang kepada masyarakat luar bandar menyelesaikan masalah berkaitan dengan dokumen diri.
Dalam tinjauan kami sebentar tadi, sambutan program ini amat menggalakan apatah lagi kehadiran YB Datuk Ellron Angin ADUN N. 37 Sook. Beliau berkata, kejujuran amat penting dalam kalangan masyarakat ketika berurusan dengan pihak JPN. Pihaknya tidak akan berkompromi kepada mana-mana pihak yang cuba memberikan maklumat diri ketika dalam program tersebut. Jabatan lain yang terlibat ialah Mahkamah Anak Negeri, Jaheins, Pihak Polis, RELA.
Sambil itu, PKR Sook mengucapkan ribuan terima kasih kepada Guru Besar SK Membulu kerana telah mengizinkan sekolahnya sebagai tuan rumah. Turut serta juga ADO Sook En jasli Tindi Merangkap Pengerusi Pelaksana Program tersebut.
By:rmn.

Isnin, 21 Jun 2010

KURSUS PENGURUSAN JKKK OLEH KPLB

KENINGAU, satu kursus pengurusan JKKK akan diadakan pada 22 sehingga 24 Jun 2010. Anjuran ini akan dikelolakan oleh Kementerian Pembangunan Luar Bandar Sabah(KPLB) bertempat di Hotel Perkasa, Keningau. Peserta kursus adalah dalam kalangan Pengerusi JKKK yang telah mendapat watikah pelantikan JKKK oleh KPLB.
Bagi JKKK kawasan Sook seramai 107 Pengerusi JKKK akan terlibat dan amatlah diharapkan penyertaan mereka yang dipanggil. PKR Sook Charles Ikang telah pun mengadakan mesyuarat khas kakitangan UPKR Sook berkaitan perkara ini pada 15 Jun 2010. Justeru itu, kita mahu agar semua PJKKK Dun Sook hadir menyertai kursus ini, katanya ketika dalam mesyuarat. Semasa dalam kursus 3 hari tersebut, PJKKK akan didedahkan cara pengurusan JKKK yang lebih baik. Oleh yang demikian, pejabat UPKR Sook amat berharap PJKKK mengambil peluang ini sebaiknya untuk menimba ilmu seterusnya mampu diimplementasikan kepada rakyat akar umbi.
sekian.

Ellron mahu lebih banyak RT ditubuh di Sook

KENINGAU: Wakil Rakyat Sook, Datuk Ellron Angin, mahu lebih banyak Rukun Tetangga (RT) ditubuhkan di Daerah Kecil Sook.
Ellron yang juga Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar berkata, beliau mahu RT diperluaskan di kawasan itu supaya rakyat lebih memahami erti perpaduan serta lebih memahami bagaimana kerajaan mengurus pembangunan di sesebuah kampung.

Katanya, setakat hari ini hanya dua rukun tetangga diwujudkan di kawasan pilihanraya DUN Sook, apa yang beliau sifatkan keperluan pertubuhan itu diwujudkan di kawasan itu amat penting.“Saya mahu tindakan segera dibuat supaya Sook mempunyai banyak Rukun Tetangga,” katanya ketika berucap merasmikan majlis Juara Perpaduan anjuran KRT Kg. Panagatan Ulu di sini pada Rabu.

Pegawai Jabatan Perpaduan Daerah Keningau, Masri Rayner, turut bersama di majlis yang dihadiri kira-kira 500 penduduk itu.

Lapan pusat e-Desa akan dilaksanakan tahun ini di lapan kawasan

NABAWAN: Lapan lagi pusat e- Desa dibawah Kementerian Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat Negeri Sabah akan dilaksanakan tahun ini. Pegawai Unit Kemajuan Teknologi Maklumat, Symphrosa Kasun berkata, lapan e-Desa dibawah Rancangan Malaysia Kespuluh (RMK10) itu akan dilaksanakan di kawasan Tamparuli, Kudat, Sook, Kota Marudu, Tongod, Nabawan, Tenom dan Kuala Penyu. Katanya, bagi kawasan Nabawan pusat e- Desa itu akan dibina di Kg. Salarom Taka dan dijangka siap selewat-lewatnya hujung tahun ini.

Sementara itu bagi kawasan Sook dan Tenom pusat e-Desa itu masing-masing dibina di Kg. Sinulihan Baru dan Kg. Mangkaniton.“Pusat e-Desa dibawah Kementerian Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat adalah satu program merapatkan jurang digital penduduk di luar bandar dengan bandar” katanya kepada New Sabah Times selepas melawat tapak pembinaan bangunan pusat itu di Kg. Salarom Takan pada Selasa. Katanya, program ini juga bertujuan memperkasakan rakyat melalui ICT agar mereka dapat mudah mendapatkan maklumat-maklumat terkini dari masa ke semasa.

Disamping itu katanya, ia juga memberi peluang kepada penduduk kampung yang masih buta komputer menjadi celik komputer. Turut meninjau tapak pembinaan itu, Pegawai Daerah Nabawan Bubudan O.T Majalu, Timbalan Ketua Umno Bahagian Pensiangan Ahuar Rasam selaku wakil penduduk Kg. Salarom Taka dan beberapa Pegawai dari Jabatan Kerja Raya (JKR) Kota Kinabalu dan Nabawan. Symphrosa memberitahu, selain lapan pusat e-Desa yang dilaksanakan tahun ini, 11 pusat e-Desa telah beroperasi di kawasan-kawasan lain di negeri ini sejak program ini pada tahun 2005.

Perlu bijak manfaatkan Internet

KENINGAU 16 Jun - Ibu bapa diingatkan supaya tidak menolak kemajuan dan perkembangan teknologi seperti Internet hanya kerana ia didakwa mendedahkan anak-anak mereka kepada gejala tidak sihat.Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Tan Sri Joseph Kurup berkata, teknologi berkenaan boleh mendatangkan banyak manfaat jika digunakan dengan bijak dan dipantau dengan baik oleh ibu bapa.''Pendekatan untuk menyelami hati remaja masa kini adalah berbeza dengan zaman dahulu. Kita tidak boleh menolak teknologi tetapi yang penting ialah pemantauan ibu bapa terhadap pergerakan dan tingkah laku anak-anak mereka," katanya.Beliau berkata demikian ketika merasmikan Hari Keluarga 1Malaysia, Utamakan Keluarga anjuran Majlis Pembangunan Wanita dan Keluarga (MPWK) Parlimen Pensiangan di Sook semalam.

Isnin, 14 Jun 2010

Rukun Tetangga Akan Diluaskan Di Sook

Keningau, Kawasan Rukun Tetangga(RT) akan diperluaskan di kawasan N. 37 Sook kata YB Datuk Ellron Angin dalam ucapan Majlis Juara Perpaduan Kg Panagatan Ulu. Katanya pihaknya melalui Pejabat UPKR Sook akan memberikan kerjasma padu untuk memastikan jumlah RT di Sook ditambah. Dalam rekod sehingga kini hanya 2 kampung dalam kawasan Sook mendaftar sebagai RT. Justeru, penglibatan kampung dalam RT perlu diperluaskan untuk kebaikan masyarakat peringkat kampung. Banyak kelebihan yang akan diperlolehi oleh kampung sekiranya mendaftarkan kampung mereka sebagai Kawasan Rukun Tetangga(KRT).
Turut hadir dalam majlis tesebut ialah Pegawai RT Keningau, Penegerusi RT Kg Panagatan Ulu, Pegawai Jasa Keningau Tuan Mohamad Hilmi dan En Hasipin Arinen, pemimpin-pemimpin masyarakat dan masyarakat sekitar kampung.
Sekian.

Khamis, 10 Jun 2010

Kejohanan Liga Juara Juara, Piala ADUN N. 37 Sook

Keningau, Pergerakaan Pemuda PBRS Sook akan menganjurkan Kejohanan Bola Sepak Piala YB Datuk Ellron Angin. Pertandingan ini dinamakan sebagai Kejohanan Liga Juara-Juara Piala Datuk Ellron Angin ADUN N. 37 Sook Merangkap Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan & Alam Sekitar Sabah yang juga sebagai Timbalan Presiden Parti PBRS Sabah.
Kaedah kejohanan ini adalah melibatkan pusingan kelayakan di peringkat Mukim masing-masing yang beermula pada 12 Jun 2010 di Kg Panagatan Ulu, keningau. Johan peringkat mukim akan layak ke pusingan akhir Liga Juara-Juara di Kompleks Sukan Keningau, Sabah. Bagi Dun Sook, ianya mempunyai 6 mukim dan bermakna 6 Juara peringkat Mukim akan bertembung di peringkat pusingan akhir kelak. Kita harapkan penyertaan daripada mana-mana pasukan di setiap mukim mendapat respon positif.
Ketua Pemuda Pergerakaan Sook En. Kahirin Bador berkata antara tujuan kejohanan ini ialah untuk mengeratkan hubungan siraturahim melalui sukan. Disamping pendaftaran SPR juga akan dilaksanakan kepada para belia/ beliawanis yang masih belum mendaftar sebagai pemilih. Menurutnya juga, keahlian Parti PBRS juga akan dilakukan kepada para belia yang ingin menyertai Parti PBRS.
" Majulah Sukan Untuk Negara "

Rabu, 2 Jun 2010

JADUAL PERGERAKKAN ADUN N.37 SOOK & ADR P. 182 Pensiangan

Berikut adalah pergerakkan ADUN N. 37 Sook:-

Tarikh : 2 Jun 2010 (10.00am)
Tempat : Kota Kinabalu
Perkara : Mesyuarat Penyelarasan Projek

Tarikh : 3 Jun 2010
Tempat: Air Port, Kota Kinabalu
Perkara : mengiringi penghantaran bantuan kecemasan untuk Bencana Banjir ke Pensiangan

Tarikh : 4 Jun 2010(2.00pm)
Tempat : Kg Namadan
Perkara : Merasmikan Pesta Kaamatan

Tarikh : 5 Jun 2010(2.00pm)
Tempat : Kg Koposion
Perkara : Merasmikan Pesta Kaamatan

Tarikh : 8 Jun 2010( 2.00pm)
Tempat : Kg Membulu
Perkara : Merasmikan Pesta Kaamatan & Kesyukuran

Tarikh : 12 Jun 2010

Tempat : Kompleks Sukan Keningau - Jam 8.30am
Perkara : Sambutan Hari Palang Merah

Tempat : Kg Panagatan Ulu - Jam 12.00pm
Perkara : Merasmikan Majlis Juara Perpaduan

Tempat : Kg Kaimadang (1.00pm)
Perkara : Pemimpin Bersama Rakyat

Tempat : Kg Kapayan Baru
Perkara : Pesta Menuai & Hari Bapa

Tarikh : 13 Jun 2010(9.00am)
Tempat : Dewan Masyarakat Sook
Perkara : Ke Majlis Angkat Sumpah Parajurit Askar wataniah

Tarikh : 17 Jun 2010
Tempat : kg Kawakahan
Perkara : Perasmian Tadau Kaamatan

Tarikh : 21 Jun 2010 -Jam10.00 (KIV)
Tempat : Pejabat UPKR Sook
Perkara : Mesyuarat Bersama Risda

Tarikh : 25 Jun 2010
Tempat : Pejabat Daerah Keningau
Perkara : Mesyuarat Tindakan Daerah

Tarikh : 26 Jun 2010(Jam4.30pm)
Tempat : Kg Kapayan Baru
Perkara : Merasmikan Penutupan Bengkel Belia 1Malaysia Anjuran Biro Penerangan PBRS

Tarikh : 29 Jun 2010(Jam11.00am)
Tempat : Sk Membulu
Perkara : Program Bersama JPN

Tempat : Kg Tulid(Jam 3.00pm)
Perkara : Meninjau Masalah Rakyat

Tempat : Kg Bt Lunguyan(Jam 4.00pm)
Perkara : Meninjau Masalah Rakyat

Tarikh : 30 Jun 2010
Tempat : Hospital Keningau
Perkara : Melawat Cikgu Taulani Hj Ismail

Tempat : Kg Delayan Lama(2.00pm)
Perkara : Meninjau Masalah Rakyat


Jadual Pergerakan ADR P. 182 Pensiangan

Tarikh : 1 Jun 2010
Tempat : Apin-Apin Room Hotel Perkasa, Keningau.
Perkara : Mesyuarat AJK PBRS Bahagian N. 38 Nabawan

Tarikh : 11 Jun 2010 - Jam 3.00pm
Tempat : Hotel Juta ( Majau Room )
Perkara : Majlis Sesi Dialog Bersama Penduduk( Libatkan 4 Buah kampung)

Tarikh : 12 Jun 2010
Tempat : Kompleks Sukan Keningau- Jam 8.30am
Perkara : Sambutan Hari Palang Merah

Tempat : Dewan Serbaguna Sook - Jam 11.00am
Perkara : Sambutan Hari Keluarga 1Malasyia

Tempat : Kg. Kaimadang Baru - Jam 1.00pm
Perkara : Pemimpin Bersama Rakyat

Tempat : Kg Kapayan Baru - Jam 3.00pm
Perkara : Pesta Menuai dan Hari Bapa 2010

Tarikh: 25 Jun 2010(jam11.00am)
Tempat : Bangsal Kg Sinikaluan, Salung
Perkara : Majlis Apasawang

Tarikh : 26 Jun 2010(Jam9.00am)
Tempat : Kg Kapayan Baru
Agenda : Merasmikan Bengkel Belia 1Malaysia Anjuran Biro Penerangan PBRS

Tempat : Hotel Perkasa, Keningau(Jam11.00am)
Perkara : Mesyuarat Bersama AJK Bahagian, Pemuda & Wanita N. 34 Liawan

Tempat : Balai Budaya Kg Limbowon(Jam2.00pm)
Perkara : Penerimaan Keahlian PBRS, Pemimpin Bersama Rakyat

Sekian.

Pengeluaran Status Tanah Bukti Komitmen Kerajaan

Dalit, pengeluaran tanah milik Jabatan Hutan Simpan(FMU) yang diumukan baru-baru ini amat dinanti-nantikan oleh penduduk kampung khususnya di DUN N. 37 Sook. Bagi Dewan Undangan Negeri N. 37 Sook, terdapat 2 hutan simpan telah dikeluarkan iaitu Sook Land dan Mandalom Land. Para penduduk yang terlibat di kedua-dua kawasan ini, pengeluaran tanah tersebut amat disambut dengan baik. Selepas ini, mereka akan bakal memiliki tanah bergeran setelah begitu lama menantikannya.
Namun, ingatan yang diberikan oleh YB Ellron perlulah dipegang oleh penduduk kampung yang terlibat. Ketika bersama-sama penduduk kampung di Kg Melosok YB Ellron memberi amaran agar tidak ada orang luar dimasukkan dalam senarai pemohon tanah bagi mengelakkan timbulnya masalah akan datang. Perkara ini mohon diberi perhatian serius oleh ketua Kampung dan PJKKK. Ellron berkata lagi pengeluaran tanah adalah bukti komitmen kerajaan BN untuk membela nasib rakyat.
By;rmn.

Gabungan Mesyuarat JKKK

Dalit, 28/5/2010 Mesyaurat gabungan 5 buah kampung yang melibatkan Badan JKKK di Mukim Dalit, Sook bersama ADUN berjalan dengan lancar. Turut hadir ialah PKR Sook, Pegawai Risda Keningau dan kakitangan UPKR.

Kampung yang terlibat ialah Kampung Dalit, Punggol, Melosok, Dalit Gana dan dalit Station. Ke semua PJKKK setiap kampung terlibat masing-masing telah mengajukan masalah mereka diperingkat kampung. Melalui cara ini pihak YB Datuk sendiri dapat mengetahui secara lebih dekat masalah setiap kampung. Selain itu, masalah yang dikemukakan akan diberi perhatian sewajarnya oleh pihak YB Ellron.
Sebagai rekod amalan untuk bermesyuarat bersama JKKK dengan ADUN telahpun dimulakan sebaik sahaja YB Ellron Angin memenangi pilihanraya pada 2008. Usaha ini adalah bertujuan untuk lebih mendekati lagi rakyat di kawasan N. 37 Sook. Menurut YB Ellron mesyuarat diperingkat kampung akan diteruskan secara berperingkat-peringkat memandangkan kedudukan Geografi DUN Sook yang luas.
By;rmn

Lawatan Ke Masalui Sosopon

Dalit, lawatan YB Datuk Ellron Angin ADUN N. 37 Sook pada 28/5/2010 membawa banyak manfaat kepada penduduk kampung tersebut. Lawatan tersebut disertakan dengan Mesyaurat JKKK Bersama ADUN untuk membincangkan pelbagai masalah peringkat kampung. Dalam mesyuarat tersebut semua masalah kampung telah diajukan kepada wakil rakyat melalui PJKKK Kg Masalui. Beberapa peruntukan kecil telah diumumkan oleh YB Datuk iaitu pembinaan jambatan, pembaikan gantung dan pemberian mesin giling padi sebanyak 2 unit.
Kelulusan projek tersebut disambut dengan baik oleh penduduk, semoga ianya meringankan masalah yang mereka alami selama ini. Turut hadir dalam mesyuarat tersebut ialah PKR Sook Charles Ikang, Ramian Ayub dan Abdul Saidi.
By; Rmn

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails