Rabu, 28 Julai 2010

Sook sudah bersedia untuk RMK-10

BUAL…Ellron berbual mesra dengan Warga emas yang antara lainnya merupakan penerima Skim Bantuan Orang Tua (BOT).

Oleh: ROZIE JUMAT

KAWASAN Dewan Undangan Negeri Sook (DUN) Sook telah bersedia untuk Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK10) dengan cadangan-cadangan projek pembangunan yang mendesak. Pengumuman mengenai RMK10 akan diumumkan Perdana Menteri Khamis ini.

Wakil Rakyat Sook, Datuk Ellron Angin berkata, Sook adalah sebuah kawasan di pedalaman yang memerlukan pacuan pembangunan secara agresif, dan pengumuman Perdana Menteri mengenai keutamaan kepada Sabah dalam RMK10 adalah sesuatu yang sangat dinanti-nantikan dan dihargai rakyat di kawasan itu.

Ellron yang juga Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar berkata, untuk melaksana projek-projek kecil kawasan Sook memerlukan peruntukan RM90 juta mengikut senarai cadangan yang telah dirangka bagi menghadapi RMK10.

Katanya, Melihat kepada jumlah tersebut adalah sangat jelas bahawa Sook, sebuah kawasan di luar bandar dalam kawasan pedalaman amat memerlukan lebih banyak peruntukan dan keutamaan.

“Sebagaimana rakyat mendesak kepada kita, begitu jugalah wakil rakyat mendesak dan merayu kepada kerajaan agar permintaan-permintaan rakyat dapat dilaksana,” kata Ellron.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Perayaan Pesta Kaamatan dan Hari Kesyukuran Bantuan Orang Tua (BOT) di Kg.Membulu di sini.

Dalam pada itu Ellron berkata, berkat usaha kerja keras mantan wakil rakyat di Sook (Tan Sri Joseph Kurup) masalah-masalah tanah di kawasan itu seperti di Mandalom dan Sook Plan telah disukat dan dikeluarkan kepada rakyat.

“Kita berterima kasih kepada beliau (Kurup) kerana hasil kesinambungan kerja antara kami berdua, maka kita dapat melihat hasilnya berpihak kepada rakyat,” kata Ellron.

Beliau juga memberitahu bahawa Kampung Mempulut, Kg.Membulu, Kg.Kuala Puntih dan Kuala Tigasa bakal menerima bekalan air yang berpusat dari Bingkor apabila projek berkenan siap sepenuhnya.


Rabu, 21 Julai 2010

Seminar Undang-Undang Keluarga

Keningau, satu seminar berkaitan Undang-Undang Keluarga akan diadakan pada 22/7/2010 bertempat di Hotel Perkasa Keningau. Seminar ini akan bermula pada jam 8.00 pagi yang akan dikendalikan oleh Jabatan Hal Ehwal Wanita Sabah.
Tujuan utama seminar ini diadakan ianya untuk memberi kesedaran kepada orang ramai mengenai peraturan dan undang-undang berkaitan kekeluargaan. Kita berharap seminar ini mendapat sambutan baik dalam kalangan pemimpin serta masyarakat sekitar Keningau.
Sumber: Pejabat Dareah Keningau

Kongsian Bersama

Gagasan 1Malaysia :

Terdiri daripada beberapa perkara :

1. Ketabahan
2. Kesetiaan
3. Rendah Diri
4. Meritokrasi
5. Pendidikan
6. Budaya Kecemerlangan
7. Penerimaan

1Malaysia Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.

Jumaat, 16 Julai 2010

JAMBATAN AKAN DIPERBAIKI : KURUP

Kurup mengambil gambar kedudukan jambatan bekas laluan lori kayu balak yang kini merupakan kegunaan utama rakyat.

Kurup memeriksa jambatan di kampung Binanun

NABAWAN : Ahli Parlimen Pensiangan , Tan Sri Joseph Kurup berkata wakil rakyat kerajaan Barisan Nasional (BN) adalah wakil rakyat yang sentiasa mendampingi rakyat ,dan sentiasa berusaha untuk memastikan keselesaan rakyat sebagai perkara utama.

Kurup yang juga Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar berkata, masalah perhubungan di kawasan ulu Mukim Nabawan melibatkan masalah jalan raya dan jambatan telah disiasat oleh pegawainya disusuli oleh lawatan beliau sendiri.

“Jika saya tidak prihatin saya tidak akan datang sendiri untuk melihat keadaan disini dan merasai kesusahan rakyat,” ujar Kurup yang melakukan lawatan ke Kg.Pohon Batu sempena Program Perkhidmatan Unit Bergerak Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di sini.

“Saya telah melihatnya sendiri dan keutamaan saya ialah memperbaiki jambatan terlebih dahulu kerana itulah yang paling penting, “ kata Kurup. bagaimanapun kata Kurup, beliau juga telah mengarahkan para pegawainya untuk menyiasat kedudukan jalan bekas jalan kayu balak tersebut.

Sempena lawatan beliau ke kawasan Mukim Nabawan itu melalui Jalan Bt.22 , Kurup turut memantau beberapa buah kampung berhampiran dengan diiringi oleh Penolong Pegawai Pembangunan Daerah Nabawan, Aloysius Anthony serta CDO N.38 Nabawan,Ibrahim Andipoh.

Kehadiran Penolong Pegawai Daerah bersama juruteknik memeriksa jambatan juga bakal merealisasikan pembinaan jambatan di kawasan itu.

Sebagai sebuah jalan di bawah jagaan Jabatan Hutan sudah tentunya , kebenaran memasang atau membina jambatan itu perlu dipohon terlebih dahulu.

Penduduk di kampung Pohon Batu juga telah berdialog dengan Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) dan Kurup telah memberi perhatian kepada hasrat penduduk di kampung itu yang mahu menternak itik, kambing dan kolam ikan.

IBU TUNGGAL TERHARU DAPAT SUMBANGAN PBRS




Kg.Penagatan Laut, 8hb Julai 2010, Masa : 11.00am .


Puan Rose Fatimah Samudin, 57 di Kg.Penagatan Laut, Keningau terharu dan menitiskan air mata apabila rombongan dari Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) diketuai Exco Pemuda, Kahirin Bador, Setiausaha Pemuda Bahagian Sook, Ramian Ayub dan Exco Wanita PBRS, Rozie Jumat menghantar bantuan berupa zink dan beruti kepadanya disini tengahari khamis.

Rose berkata, beliau merasa terharu kerana semasa angin kuat yang berlaku pada petang kelmarin (7hb) seseorang yang bernama , Charles Ikang mengambil gambar keadaan rumahnya dalam keadaan hujan. Charle s ialah Pemimpin Kemajuan Rakyat (PKR) N.37 Sook yang juga Setiausaha EXCO Pemuda PBRS Pusat.

"Dan pada hari ini, bantuan berupa zink dan beruti disampaikan bagi meringankan beban yang dihadapi oleh saya kerana atap zink rumah saya ini diterbangkan angin," kata Rose.

Katanya hidup beliau sememangnya susah kerana suaminya telah lama meninggal dunia, sementara anak-anak beliau masih muda, dan perlu ditanggung.

"Saya berterima kasih kepada PBRS dan Wakil rakyat yang memberikan bantuan ini.Semoga kamu di berkati Tuhan," luah Rose.

Sumber : Sabah Times

Lawatan ke Kg. Panagatan Ulu dan Kg. Kaimadang


Bersama Pegawai Rukun Tetangga Keningau masyarakat Kg Panagatan Ulu.


Kick-off, tanda bermula Piala YB Datuk Ellron Angin Anjuran Pemuda PBRS Sook


Paluan gong ketika sambutan Pesta Kamaatan Peringkat Trans Pegalan.


Sambutan mesra oleh rakyat kepada pemimpin kita.


Sajian lauk-pauk sedia untuk dijamah.

Antara aktiviti ADUN N.37 Sook



Merasmikan Program Sentuhan Kasih anjuran Petronas di Sook.
Bersama kakitangan Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar melawat kawasan2 berpotensi di Sook, Keningau
Melawat Batu Punggul di Nabawan.
Mendengar masalah warga tua di Kg.Alab Lanas, Sook.
Meninjau cadangan pusat tadahan air di Kg.Sinulihan, Sook.
Meninjau jalan kampung Kesugui..

Menyertai gotong royong menuai padi di Kg.Linsudan

Rabu, 14 Julai 2010

Skim Bantuan Biasiswa Dun Sook

Keningau, sreamai 60 pelajar yang terdiri daripada sekolah rendah dan menengah telah menerima Skim Biasiswa daripada Yayasan Sabah kelmarin. Majlis penyampaian Skim tersebut disempurnakan oleh ADUN N. 37 Sook Datuk Ellron Angin di Hotel Juta Keningau.
Dalam ucapan YB Ellron, beliau mengucapakan terima kasih kepada pihak Yayasan Sabah atas inisiatif yang dilakukan untuk membantu pejalar kurang mampu. Namun beliau mengharapkan agar Skim Biasiswa ini dipertingkatkan kepada Biasiswa Bulanan di masa akan datang. Disamping itu, usaha yang telah dibuat oleh Yayasan Sabah khususnya di Dun Sook turut disentuh oleh YB Ellron, beliau amat mengalu-alukan perkara ini untuk kebaikan rakyat Sook. Beliau juga berharap agar bantuan tersebut dapat digunakan sebaiknya oleh pelajar untuk meningkat mutu pembelajaran. Katanya, " anda adalah pelapis pemimpin negara, belajarlah sungguh-sungguh agar mampu untuk memberikan kebaikan untuk orang lain".
Turut hadir ketika majlis penyampaian ialah ADO Sook Jasli Tindi, Wakil Pejabat Pendidikan Daerah Keningau, PKR Sook Charles Ikang dan Ketua Pegawai Tadbir Yayasan Sabah Keningau En. Frederik. Salah seorang daripada ibubapa pelajar yang terlibat berkata, Skim ini sedikit sebanyak dapat membantu anaknya membeli beberapa alatan persekolahan.

Khamis, 8 Julai 2010

Bersatu Kita Teguh, Bercerai Kita Roboh

Salam 1Malaysia, peribahasa ini amat bermakna bagi kita sebagai rakyat Malaysia. Jika kita bersatu tidak ada perkara mustahil sukar untuk diselesaikan, jika kita bercerai,tidak sehaluan, ego dan sebagainya pasti sesuatu perkara susah kita jayakan.
Begitulah juga hakikatnya kita di Kawasan Sook ini, perlu ada semangat 1Pasukan dalam menjalankan tugas. Sebagai pemimipin sama ada peringkat akar umbi, atasan, soal permuafakatan amat diperlukan dalam merealisasikan arus pembangunan. Kita percaya sekiranya kerja 1Pasukan diamalkan, pemimpin mampu membawa sebanyak mana perancangan terbaik untuk Daerah Kecil Sook. Sebagai pemimpin Kepentingan Peribadi Perlu Dijauhkan, Kepentingan Awam Diutamakan inilah asasnya.
Justeru, dengan adanya muafakat semua pemimpin Daerah Kecil Sook tentu akan mengalami perubahan untuk jangka masa panjang. Marilah semua rakyat dalam kawasan Dun Sook bersatu padu, cetuskan idea untuk mendokong usaha pemimpin kita untuk kebaikan bersama.
Sekian.

Isnin, 5 Julai 2010

Giatkan Pendaftaran Pemilih

Keningau, pendaftaran sebagai pemilih terutamanya dalam kalangan Belia dan Beliawanis perlu dipergiatkan. Presiden PBRS Tan Sri Joseph Kurup berkata perkara ini amat penting kerana ianya berkaitan dengan tanggungjawab sebagai rakyat di negara ini. Berkata ketika dalam Mesyuarat PBRS N. 37 Sook di Hotel perkara baru-baru.
Ketika ini senario keegganan golongan ini mendaftar sebagai pemilih hangat diperkatakan, malah jumlah rakyat Malaysia yang belum mendaftar sebagai pemilih mencecah jutaan. Perkara ini perlu diambil perhatian sewajarnya olah semua pihak yang rasa-rasa bertanggungjawab. Bagi PBRS sebuah parti dalam komponen BN jentera pendaftarann SPR akan terus diperkasakan. Selain daripada mempunyai 4 orang pembantu pegawai SPR ianya dikuatkan dengan kerjasama erat oleh Pergerakaan Pemuda, Wanita dan AJK Bahagian.
Justeru itu, kita mintalah kepada semua rakyat Malaysia amnya di Dun Sook mendaftarlah sebagai pemilih.

Jumaat, 2 Julai 2010

Keningau:Pemuda Umno minta Jeffrey perbetul diri sebelum kritik parti lain

KENINGAU: Pemuda Umno Sabah hari ini membidas Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Dr Jeffrey Kitingan kerana cuba mencampuri urusan parti politik lain sedangkan perjuangan politiknya sendiri belum “terurus”.

Ketuanya Azman Ruslan berkata Umno tidak perlu gusar dengan serangan pemimpin PKR itu yang cuba memburuk-burukan kepemimpinan Barisan Nasional (BN) mahupun Umno Sabah.

“Dia bebas berkata apa saja tentang Umno dan BN kerana saya percaya dia sangat terdesak melakukan sesuatu untuk mengalihkan perhatian rakyat, lebih-lebih lagi PKR sedang menghadapi krisis dalaman parti yang serius.
“Dengan mengkritik kepimpinan BN dan Umno Sabah, beliau menjangka rakyat Sabah akan lupa segala masalah dan kelemahan yang berlaku dalam PKR.

“Saya tidak fikir Umno mahupun BN Sabah merasa tergugat dengan kenyataan seorang pemimpin yang sudah ada legasi politik sendiri, termasuk sering ‘menukar baju’ (melompat parti),” katanya kepada Bernama ketika mengulas kenyataan Jeffrey semalam kononnya pengerusi BN Sabah tidak dapat lagi mengawal parti-parti komponen BN.

Nabawan : Kemudahan awam musnah akibat banjir akan diselenggara

NABAWAN: Beberapa kemudahan awam yang rosak dan musnah akibat banjir baru-baru ini di Pensiangan akan diambil perhatian dan diselenggarakan oleh kerajaan.

Ketua Umno Bahagian Pensiangan, Datuk Abdul Ghani Datuk Yassin, berkata kemudahan-kemudahan yang musnah seperti jeti akan dibina semula kerana ia adalah keperluan yang mendesak oleh penduduk kampung.
Selain itu katanya, kemudahan yang mengalami kerosakan termasuk balai budaya di pekan Pensiangan akan dibaiki dengan segera kerana ia juga keperluan penduduk semasa mengadakan majlis keramaian.

“Kita akan usahakan dan kemukakan kepada pihak yang berkenaan agar tindakan segera dapat diambil,” katanya kepada New Sabah Times selepas meninjau kesan banjir di Pensiangan yang memusnahkan rumah kediaman penduduk dan kemudahan awam baru-baru ini.

Ghani berkata, beliau akan memohon kepada Jabatan Ketua Menteri untuk mengatasi masalah-masalah yang mendesak selepas banjir itu.

Katanya, terdapat beberapa kemudahan awam rosak dan musnah akibat banjir yang turut memusnahkan harta penduduk.

Khamis, 1 Julai 2010

Kursus JKKK Berjaya Dilaksanakan

Keningau, Kursus Pentadbiran JKKK bagi Dun Liawan, Bingkor Dan Sook berjaya dilaksana selama 3 hari di Hotel Perkasa Keningau. Seramai 147 peserta yang terdiri daripada Pengerusi JKKK menyertai kursus yang dianjurkan oleh KPLB dengan kerjasama Pejabat Daerah dan Pejabat UPKR Sook, Liawan & Bingkor. Seramai 74 PJKKK daripada Dun Sook menyertai kursus ini.
Perasmian penutupan kursus tersebut telah disempurnakan oleh Menteri Pembangunan Luar Bandar iaitu YB Datuk Dr Ewon Ebin. Dalam ucapannya, beliau berkata PJKKK perlu proaktif untuk mendaftarkan rakyat di bawa jagaan masing-masing sebagai E-kasih. Selain itu, beberapa usul dikemukakan oleh PJKKK melalui Pegawai Daerah Keningau iaitu:
1. Elaun dinaikkan
2. Bil-bil Bangunan Awam ditanggung oleh kerajaan
3. Peluang laksana projek dibawa 25 000
Mengulas permohonan itu, Datuk Dr Ewon berkata perkara ini akan dipertimbangkan oleh Kementerian untuk di bawa kepada pihak Kabinet. Beliau juga mengucapkan tahniah kepada penganjur kerana telah berjaya melaksanakan kursus JKKK dengan jayanya.
By: rmn

JADUAL PERGERAKAN ADUN N.37 SOOK & ADR P.182 PENSIANGAN

Berikut adalah pergerakan ADUN N. 37 Sook & ADR p.182 Pensiangan:

Tarikh : 1 Julai 2010
Tempat : Kg Simbuan, Tulid
Perkara : Merasmikan Bangunan Gereja Kg Simbuan

Tarikh : 3 Julai 2010(Jam10.00)
Tempat : Hotel Perkasa, Keningau.
Perkara : Mesyuarat PBRS Bahagian N. 37 Sook

Tempat : Kediaman Undan Basau(Jam2.00pm)
Perkara : Majlis Kesyukuran Dianugerahkan Pingat Kebesaran

Tarikh : 6 Julai 2010(Jam10.00)
Tempat : Pejabat UPKR Sook
Perkara : Mesyuarat AJK Pelaksanaan AGM PBRS

Tarikh: 11 Julai 2010(Jam10.00)
Tempat : Kg Natabakan, Dalit
Perkara : pemimpin Bersama Rakyat & Meninjau Masalah Rakyat

Tempat : padang Penjara Keningau.(Jam 4.00pm)- Ditunda Pada 1/8/2010
Perkara : Pusingan Akhir Piala YB Ellron Angin

Tarikh : 13 Julai 2010(Jam 10.00am)
Tempat: Hotel Perkasa Keningau.
Perkara: Mesyuarat Bersama Pihak MOSTI

Tarikh : 26 Julai 2010(9.30am)
Tempat: Dewan Masyarakat Sook
Perkara: Mesyuarat PJKKK Zon B Bersama ADUN N. 37 Sook

Tempat : Kg Ansip (jam 2.30pm)
Perkara : Gotong royong membina rumah Paul Ambakir bersama masyarakat kampung

Tarikh : 27 Julai 2010(Jam9.00am)
Tempat: Hotel Perkasa Keningau
Perkara : Mesyuarat Bersama Badan JKKK Zon A

Tempat: Dewan Masyarakat Sook, Keningau -jam 2.00pm
Perkara : Merasmikan Penutupan Program JPSM

Tarikh : 30 Julai 2010(9.00am)
Tempat: Pejabat Daerah Keningau
Perkara : Mesyuarat Tindakan Daerah Keningau

Tempat : Dewan Belia Sukan Keningau(Jam 12.00 tengahari)
Perkara : Perasmian Penutupan Mesyuarat Tahunan Pemuda, Wanita PBRS Sook

Tarikh : 31 Julai 2010
Tempat : Dewan Masyarakat Sook
Perkara : Mesyuarat Tahunan PBRS N. 37 Sook

Jadual ADR P. 182 Pensiangan

Tarikh : 3 Julai 2010 (Jam10.00am)
Tempat : Hotel Perkasa, Keningau.
Perkara : Mesyuarat Bahagian PBRS N. 37 Sook

Masa : 3.00pm
Tempat: Rumah Kediaman WKAN Undan Busau
Perkara : Majlis Kesyukuran Dikurniakan Bintang

Tarikh : 9 Julai 2010(Jam 9.00am)

Tempat : Hotel Perkasa, Keningau
Perkara : Mesyuarat Pembangunan Pertanian Parlimen

Tempat : Hotel Perkasa, Keningau(Jam 2.00pm)

Perkara : Mesyuarat PBRS Bahagian Nabawan

Tarikh : 10 Julai 2010
Tempat : SK Batu Pohon Batu
Perkara : Program Bersama JPN & Majlis Pemimpin Bersama Rakyat

Tarikh :25/7/2010

Tempat : Kg Minawo Ulu

Perkara: Perasmian cawangan PBRS kg Minawo Ulu.

Tarikh : 30/7/2010

Perkara : Program bersama SLDB di Kg Sinaron, Lanas

Tarikh : 31/ Julai/ 2010

Tempat : Dewan Masyarakat Sook - Mesyuarat Tahunan PBRS N. 37 Sook

Sekian.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails