Sabtu, 20 November 2010

Bajet 2011 Negeri Sabah.........




KOTA KINABALU: Semua 59 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) di Sabah akan menerima peruntukan khas RM1 juta berbanding RM600,00 sebelum ini bagi melaksanakan projek pembangunan di kawasan masing-masing, mulai 1 Januari depan.

Peruntukan berkenaan digunakan sebagai perbelanjaan sepanjang 2011 bagi memastikan projek pembangunan dapat dilaksanakan terutama infrastruktur, demi kesejahteraan rakyat.

Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman, berkata pertambahan peruntukan itu berdasarkan permohonan ADUN untuk melaksanakan pelbagai projek pembangunan berikutan jumlah sebelum ini tidak mencukupi. “Saya mahu peruntukan ini digunakan sebaik mungkin untuk kesejahteraan rakyat,” katanya selepas membentangkan bajet Bajet 2011 di Dewan Undangan Negeri (DUN), Likas, di sini. Bagaimanapun, beliau berkata, bajet itu bukan untuk memancing undi menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13. “Kita tidak tahu bila pilihan raya akan diadakan. Kita buat kerja untuk rakyat. Kalau tiada pilihan raya pun, kita tetap buat kerja bagi pastikan kesejahteraan rakyat,” katanya.

Terdahulu, ketika membentangkan Bajet 2011, Musa berkata, kerajaan negeri mencadangkan peruntukan RM3.068 bilion dengan anggaran emolumen RM597.56 juta. Selain itu, RM1.057 bilion disediakan bagi perbelanjaan berulang manakala perbelanjaan khas RM1.413 bilion. Musa berkata, kerajaan negeri menjangka hasil negeri RM2.74 bilion pada tahun depan, meningkat berbanding RM2.5 bilion tahun ini. “Walaupun ia bajet defisit, kerajaan negeri yakin mampu menguruskan kewangan negeri dengan baik bagi membolehkan masyarakat menikmati faedah,” katanya.

Beliau berkata, hasil kerajaan negeri adalah daripada cukai, iaitu RM1.054 bilion atau 38 peratus dengan cukai jualan menyumbangkan RM1 bilion manakala hasil bukan cukai RM1.397 bilion (51 peratus) dengan royalti petroleum menyumbangkan RM721 juta. “Sebanyak RM296.31 juta atau 11 peratus daripada terimaan bukan hasil. Ini termasuk pemberian daripada Kerajaan Persekutuan untuk menggantikan duti import dan eksais ke atas petroleum sebanyak RM120 juta,” katanya. Musa berkata, cukai jualan ke atas minyak kelapa sawit dan royalti petroleum menyumbang 60 peratus kepada keseluruhan anggaran hasil. Beliau turut mengumumkan bantuan khas RM500 untuk setiap penjawat awam dari Gred 54 ke bawah pada Disember ini bagi membantu mereka menampung perbelanjaan persekolahan anak pada tahun depan.

Katanya, bantuan kepada orang susah bagi setiap ADUN dinaikkan kepada RM100,000 setahun berbanding RM50,000 setahun sebelum ini.

Selasa, 16 November 2010

Juara Rakyat Peringkat P. 182 Pensiangan

Perasmian Juara Rakyat oleh Tan Sri Joseph Kurup
Ahli Parlimen P. 182 Pensiangan.

Ketua Pemuda PBRS Sook bergambar bersama
ADUN N. 37 Sook

Rampanau turut dilakukan ketika Juara Rakyat



Perasmian Majlis Anugerah Pelajar oleh ADUN N. 37 Sook

YB Ellron melawat Taman Sains di SK Senaron

Sijil Anugerah Pelajar Cemerlang disampaikan
oleh ADUN N. 37 Sook


Isnin, 8 November 2010

Pelbagai aktiviti oleh PBRS..

.....Berhibur bersama...
YB Datuk Ellron Angin Dengan bakatnya
bersama AJK Pergerakaan Pemuda Sook
Penyampaian Cek Kepada Peserta SLDB Dalit
Oleh YB Tan Sri Joseph Kurup
4/11/2011

Keberangkatan YB Tan Sri Ke Kota Kinabalu Selepas
Merasmikan Majlis Pemimpin Bersama Rakyat Kg Punggol, Dalit

Ketua Pemuda PBRS Sook, Kahirin Bador meninjau keadaan Sk Dalit
yang terbakar beberapa bulan yang lepas.
JOM Daftar terus dipergiatkan oleh Pergerakaan Pemuda PBRS Sook,
pendaftaran ini dikendalikan oleh Ramian Ayub.





Sekitar Pejabat UPKR N. 37 Sook

Susunan File Pejabat UPKR N. 37 Sook

Penyampaian Derma Bakti Oleh Pn Sri Datin Melinda Kurup
di Pejabat UPKR N. 37 Sook

Bilik Gerakan UPKR N. 37 Sook



Hari Pekerja SLDB Kg Punggol Dalit..

Tan Sri Joseph Kurup dan YB Datuk Ellron Angin disambut meriah
di Kg Punggol, Dalit.

Balai Raya Kg Punggol, Dalit yang dirasmikan oleh
YB Tan Sri Joseph Kurup
4/4/2010




JADUAL PERGERAKAAN ADUN N. 37 SOOK & ADR P. 182 PENSIANGAN

Berikut adalah pergerakan YB Datuk Ellron Angin:-

Tarikh : 1/11/2010
Masa :10.00am
Tempat :Ke Kilang Kim Loong, Keningau...
Perkara : Mengadakan lawatan ke kilang sawit kim loong.....

Tarikh : 3/11/2010
Tempat: Pejabat UPKR N. 37 Sook
Perkara: Mesyuarat Persediaan Seminar PBRS

Tarikh: 11/11/2010(jam 10.00)
Tempat : Sk Penagatan, Keningau
Perkara : Majlis Hari Anugerah Pelajar Cemerlang tahun 2010

Tempat : Sk Belia Tiulon(jam 2.00pm)
Perkara : Majlis Hari Anugerah Pelajar Cemerlang tahun 2010

Tarikh : 15/11/2010(jam 10.00)
Tempat : Sk Malima, Sook
Perkara : Merasmikan Hari Wira Sk Malima

Tempat : Sk Sinaron(jam 1.00pm)
Perkara : Merasmikan Hari Anugerah Pelajar Sk Sinaron

Tarikh: 19-25/11/2010
Perkara: Persidangan DUNS

Tarikh : 26/11/2010(jam 9.00am)
Tempat : Pejabat Daerah Keningau
Perkara : Mesyuarat JKTD

Tarikh :27-29/11/2010
Tempat : PWTC
Perkara : Konvensyen BN


PERGERAKAN ADR. P. 182 PENSIANGAN

Tarikh : 4/11/2010(jam 11.00)
Tempat : Kg Punggol, Dalit
Perkara: Merasmikan Bangunan Balai Raya, Hari Pekerja SLDB


Sekian...

Sabtu, 6 November 2010

Pemimpin PBRS & BN ke Batu Sapi......

Barisan Pergerakan Pemuda BN Pensiangan



YB Tan Sri Joseph Kurup dan YB Datuk Ellron Angin
Turut berkempen untuk BN.


Kemenangan Berganda Bagi BN

Pilihanraya Kecil Batu Sapi:

Linda tsen Thau Lin (BN): 9,773 undi.
Ansari Abdullah (PKR): 3,414 undi.
Yong Teck Lee (SAPP) 2,031 undi

Jumlah undi: 15,774
Peratus: 61.47
Undi rosak: 372
Majoriti: 6,359
Undi pos: 1,014

Mantan: Datuk Edmund Chong Ket Fah (BN) (Meninggal dunia pada 9 Oktober 2010)Undi diperolehi: 9,479 (2008)
Majoriti: 3,708 (mengalahkan calon bebas Dr. Chung Kong Win)

Pilihanraya Kecil Galas
Abdul Aziz Yusof (BN): 5,324 undi
Dr. Zulkefli Mohamad (PAS): 4,134 undi

Jumlah undi: 9,555
Peratus: 82.71
Undi rosak: 132Majoriti: 1,190

Mantan: Che Hashim Che Sulaiman (PAS)
Undi diperolehi: 4,399
Majoriti: 646

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails