Khamis, 29 April 2010

Keningau: Tuan Rumah Sambutan Kaamatan

Keningau, Pesta Kaamatan Peringkat Negeri Sabah kali ini akan diadakan di Keningau iaitu di Dewan Masyarakat Keningau pada 1 May 2010. Sehari kemudian pada 2 May 2010 Pesta Koningau turut dilancarkan di tempat yang sama. Kita mengharapkan agar semua masyarakat Daerah ini datang beramai-ramai untuk memeriahkan Pesta Kaamatan khususnya masyarakat DUN Sook. SELAMAT DATANG KE PESTA KAAMATAN.

Selasa, 27 April 2010

Kemenangan Di Hulu Selangor, Moral BN

Keningau, kemenangan BN di Hulu Selangor adalah moral bagi BN sendiri. Kita kongsi semasa PRU-12 BN dilanda Tsunami Politik yang hampir melumpuhkan segalanya. Namun, kemenangan BN di Hulu Selangor ini boleh kita jadikan sebagai kayu pengukur sokongan rakyat kepada BN sudah kembali. Tahniah kepada jentera pilihanraya di Hulu Selangor.
Bagi politik Sabah amnya, sudah tentu perkara ini memberi kesan besar kepada rakyat Sabah. Harus diingat walaupun sokongan BN di Sabah dan Sarawak sudah terbukti namun ianya tidak bererti sekiranya BN di Semenanjung KALAH. Justeru, usaha mapan perlu digemblengkan oleh semua ' orang-orang dalam BN ' untuk memperkasakan kepercayaan dan sokongan rakyat kepada BN.
Kita harus akur dengan kekuatan pihak lawan, mereka amat licik untuk mewujudkan satu dentuman idea yang boleh memecahkan-belahkan rakyat. Justeru, BN perlu waspada dengan mainan politik mereka. BN perlu bersatu, kuatkan kesatuan, kesefahaman dan semangat juang yang tulen untuk membela nasib rakyat.
Sekian.

Selasa, 20 April 2010

Dr Halil Keluar PKR

Dr Halili umum sertai UmnoPETALING JAYA: Doktor peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga pakar bedah saraf, Datuk Dr Halili Rahmat, semalam mengumumkan keluar daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan menyertai Umno kerana mendapati perjuangan PKR sudah jauh terpesong.Dr Halili, 58, yang juga Bendahari PKR Hulu Selangor dan antara pengasas parti itu, berkata PKR kini bukan lagi parti politik yang berteraskan perjuangan, tetapi lebih mementingkan kuasa sehingga tidak mempedulikan kesejahteraan rakyat.
Saya menyedari akan ada tuduhan yang tindakan saya ini adalah kerana kecewa tidak terpilih sebagai calon PKR pada pilihan raya kecil Hulu Selangor, tetapi ingin saya tegaskan yang saya tidak pernah meminta atau menawarkan diri sebagai calon.“Walaupun saya pernah bertanding atas tiket PKR pada pilihan raya umum 1999 dan 2004 tetapi bagi saya pilihan raya kecil kali ini saya berasa berat untuk memikirkannya kerana realiti peringkat bawahan kini sudah berubah,” katanya dalam sidang media di sini.
Turut hadir, bekas Setiausaha Agung PKR, Datuk Salehuddin Hashim.Dr Halili yang juga rakan karib Anwar, berkata beliau keluar daripada PKR kerana tidak mahu namanya digunakan parti itu untuk memancing undi seolah-olah pendiriannya adalah sama ketika di era Deklarasi Permatang Pauh. Sebagai anak jati Ulu Yam, Hulu Selangor, Dr Halili berkata, amat sukar baginya untuk mempertahankan kredibiliti PKR kerana tidak ada apapun yang dibuat parti itu untuk kesejahteraan pengundi di kawasan itu dalam masa dua tahun Parlimen Hulu Selangor dikuasai PKR.“Saya mengetahui dan faham yang Allahyarham wakil rakyat (Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad) sebelum ini uzur tetapi yang menghairankan saya kenapa PKR tidak membuat sesuatu bagi memberi khidmat kepada pengundi di Hulu Selangor,” katanya.Dr Halili berkata, PKR hanya sibuk merayu undi pada waktu pilihan raya saja, tetapi mengabaikan amanah rakyat seperti yang dijanjikan masa kempen pilihan raya.
Kenyataan Media Dr HaliliSaya memanggil sidang media ini untuk mengumumkan bahawa pada hari ini saya keluar dari menjadi ahli PKR dan sekali gus akan masuk menjadi ahli Umno.
1. Keputusan ini adalah kerana saya telah berpendapat bahawa PKR yang ada sekarang ini jauh terpesong daripada perjuangan Parti Keadilan Nasional yang saya terbabit secara langsung semasa mengasaskannya pada 1999.
2. PKR yang ada hari ini sudah dikuasai oleh kumpulan kecil pemimpinnya yang berfikiran sempit dan memajukan ideologi-ideologi berhaluan kiri yang tidak disenangi oleh orang-orang Melayu khususnya serta rakyat Malaysia umumnya. Sudah nyata lagi jelas PKR bukan lagi sebuah wadah parti politik perjuangan tetapi PKR lebih condong kepada sebuah parti yang pentingkan kuasa sehingga tidak mempedulikan kepada kesejahteraan rakyat walaupun sudah diberi mandat untuk mentadbir di beberapa buah negeri.
3. Dalam masa sama, saya melihat kerajaan di bawah pimpinan Datuk Seri Najib Razak memang bersungguh-sungguh dan ikhlas untuk membawa perubahan politik Umno dan BN ini membuatkan saya mengambil keputusan untuk terus memperjuangkan nasib rakyat dengan memberi sokongan yang penuh pada usaha beliau dan pemimpin kerajaan yang lain.Saya menyedari akan ada yang menuduh bahawa tindakan saya ini adalah kerana kecewa tidak terpilih sebagai Calon PKR bagi Pilihan Raya Kecil P94 Hulu Selangor kali ini, dan saya tegaskan seperti berikut;
1. Saya tidak pernah meminta atau menawar diri untuk dipilih menjadi calon PKR dalam Pilihan Raya Kecil Hulu Selangor ini dan saya juga tidak pernah mengatakan yang saya menerima pelawaan untuk menjadi calon jika dijemput walaupun ada pemimpin PKR yang telah mencadangkan demikian.
2. Walaupun saya pernah bertanding di atas tiket PKR sebelum ini pada Pilihan Raya Umum 1999 dan 2004 tetapi bagi saya Pilihan Raya Kecil kali ini saya merasa berat untuk memikirkannya kerana realiti di peringkat masyarakat bawahan kini sudah berubah.
3. Saya juga membuat kenyataan ini, pada hari ini semasa kehangatan kempen Pilihan Raya Hulu Selangor, dengan tujuan saya tidak mahu nama saya digunakan oleh PKR untuk memancing undi seolah-olah pendirian saya terhadap PKR adalah masih sama seperti di zaman Deklarasi Permatang Pauh.
4. Sebagai anak jati Hulu Selangor yang masih berkampung di Ulu Yam, Hulu Selangor, amat sukar bagi saya untuk mempertahankan kredibiliti PKR memandangkan tidak ada apa pun yang telah dibuat oleh PKR untuk kesejahteraan pengundi Hulu Selangor dalam masa dua tahun Parlimen Hulu Selangor dikuasai oleh PKR, dan Pakatan Rakyat memerintah Selangor. Saya mengetahui dan faham bahawa Allahyarham wakil rakyat sebelum ini uzur, tetapi yang menghairankan saya kenapa PKR tidak berbuat sesuatu bagi membantu pejabat beliau untuk memberi khidmat kepada pengundi di Hulu Selangor.
5. Terbukti yang PKR hanya sibuk merayu undi pada waktu pilihan raya saja tetapi mengabaikan amanah seperti yang dijanjikan semasa kempen pilihan raya.
6. Perkara sedemikian tidak sepatutnya berlaku dan saya diberitahu oleh orang-orang kampung saya bahawa mereka akan memastikan ia tidak akan berlaku lagi.Sekian kenyataan media saya dan saya tahu yang rakan-rakan serta saudara mara saya di Hulu Selangor faham bahawa perjuangan saya selama ini dalah untuk perubahan dan reforamasi dan bukan untuk membela seseorang individu saja.
Sekian Wassalam.
Sumber: Berita Harian 20/04/2010

Isnin, 19 April 2010

Edaran Borang RISDA

Keningau, Pejabat UPKR N. 37 Sook sudah mula mengedarkan borang RISDA kepada Pengerusi JKKK. Perkara ini adalah kesinambungan kepada sesi taklimat oleh RISDA baru-baru di Dewan Masyarakat Sook.

Dengan adanya bantuan oleh RISDA kepada para pekebun kecil getah diharapkan mampu untuk menaikkan pendapatan isi rumah rakyat di masa akan datang. Justeru, borang tersebut perlu dikembalikan dengan kadar segera dan lengkap di Pejabat UPKR Sook.

Sekian.

Jumaat, 9 April 2010

Hantar Segera Profil Kampung

Keningau - Rabu, satu mesyuarat khas oleh kakitangan UPKR Sook dan ADR P. 182 Pensiangan telah diadakan. Tujuan mesyuarat ini adalah untuk membincangkan berkenaan dengan borang profil yang belum dihantar oleh PJKKK Dun Sook.
Profil ini adalah amat penting untuk rujukan oleh pihak pejabat untuk mengenalpasti sebarang bantuan dan peruntukan disalurkan ke kampung-kampung. Oleh itu, kepada semua PJKKK diharapkan agar membuat tindakan susulan tentang perkara ini.
By;rmn

Selasa, 6 April 2010

Verifikasi Oleh IDS Bermula

Keningau- Verifikasi yang dikelolakan oleh Pihak IDS Kota Kinabalu bermula hari ini dengan kerjasama Pejabat UPKR N. 37 Sook dan Pejabat ADR P. 182 Pensiangan.

Tujuan program ini dilaksanakan adalah untuk membuat kajian dan mengumpul maklumat terutama mereka yang telah tersenarai dalam E-Kasih. Hasilnya usaha ini, akan dibentangkan kepada pihak atasan untuk menilai apakah bantuan yang sesuai diberikan kepada yang terlibat.

Jadual adalah seperti berikut:

6-8 April 2010 - Mukim Ansip, Seberang
19 April 2010 - Mukim Dalit
20-21 April 2010 - Mukim Lanas
22-23 April 2010 - Mukim Tulid
23-24 April 2010 - Mukim Sook
(Tindakan : IDS, UPKR Sook, ADR P. 182 Pensiangan)

Justeru, kita berharap usaha untuk turun ke padang berjumpa rakyat ini dapat memberikan impak kepada usaha pembangunan di peringkat akar umbi. Kepada Pengerusi JKKK, Ketua Kampung terlibat pejabat UPKR N. 37 Sook amat memerlukan kerjasama anda untuk melicinkan usaha baik ini.

Sekian.

Khamis, 1 April 2010

Pergerakan ADUN N. 37 Sook- APRIL

Pergerakan ADUN N. 37 Sook

Tarikh : 02/04/2010(Jumaat)
Masa : 10.00
Tempat : Kg Kapakaan, Keningau
Perkara : Menyerahkan sumbangan khas untuk mangsa kebakaran di rumah En Gasinau Gasikul

Masa: 12.30
Tempat : Daerah Tenom
Perkara : Lawatan kerja ke Tenom

Tarikh : 9/04/2010
Masa : 12.00
Tempat : Gereja Kg Panagatan Ulu
Perkara : Program AJK Gereja

Tarikh : 10/04/2010
Masa : 10.00
Tempat : Kg Binakaan
Perkara : Pemasangan Pangkat Anggota RELA

Masa : 2.00
Tempat : Kg Babasan
Perkara : Pemimpin Bersama Rakyat

Masa : 7.00
Tempat : ST Francis
Perkara : Sambutan Jubli Emas ST Francis

Tarikh : 17/04/2010
Masa : 10.00
Tempat : Kg Ansip
Perkara : Pemasangan Pangkat Anggota RELA

Tarikh : 23/04/2010
Masa : 2.00
Tempat : Kg Pangas
Perkara : Pemimpin Bersama Rakyat

Pergerakaan Ahli Parlimen P. 182 Pensiangan

Tarikh : 17/04/2010
Masa : 10.00
Tempat : Kg Binuwou Tengah
Perkara : Pemimpin Bersama Rakyat Dan Perasmian Balai Raya

Tarikh : 18/04/2010
Masa : 12.00
Tempat : Kg Kiporing
Perkara : Pemimpin Bersama Rakyat

Tarikh : 24/04/2010
Masa : 10.00
Tempat : Alab Lanas
Perkara : Majlis Perasmian Jambatan Gantung

Masa : 2.00
Tempat : Kg Linsudan
Perkara : Majlis Keamataan Peringkat Tras Pegalan

by;rmn

Kebakaran di Kg Kapakaan, keningau


KENINGAU: Ibu dan anak berumur tiga tahun rentung dan masih berpelukan, selepas rumah kediaman mereka musnah dalam satu kebakaran di Kg. Kapakaan, Biah, kira-kira jam 11 pagi pada Rabu.

Menurut saksi, ibu muda itu – Nor Binti Kassim, 30, sedang berehat bersama anaknya – Thasya Roy, 3, di ruang tamu rumah dua tingkat itu. Ketika kejadian, suami mangsa – Roy Gasinau, dipercayai sibuk menyediakan makanan tengah hari di bahagian dapur. Roy merupakan seorang anggota tentera di Kem Terandak Melaka, yang baru tiba beberapa hari untuk bercuti di kampung halaman.

Api yang dipercayai bermula dari bahagian hadapan rumah itu, terlalu pantas merebak ke seluruh bahagian rumah, menyebabkan kedua beranak itu tidak sempat menyelamatkan diri.
Suaminya telah berusaha untuk masuk ke bahagian ruang tamu untuk menyelamatkan isteri dan anaknya, namun usahanya gagal akibat bahang yang terlalu panas. Kedua beranak itu kemudian ditemui rentung dan masih berpelukan sesama sendiri.
Pasukan Bomba dan Penyelamat yang tiba beberapa minit selepas mendapat maklumat daripada orang ramai, berjaya mengawal api daripada merebak ke beberapa rumah berhampiran.

Ketua Polis Keningau DSP Zahari Mohamed yang ditemui di tempat kejadian memberitahu, mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Daerah Keningau untuk bedah siasat.
“Semua pihak termasuk penduduk telah berusaha untuk menyelamatkan mangsa, dan rumah itu tetapi tidak dapat berbuat apa-apa,” katanya.

Jabatan Bomba dan Penyelamat masih berusaha mengenal pasti punca kebakaran, termasuk mengambil keterangan daripada beberapa saksi berhampiran. Sehingga berita ini ditulis, mayat kedua beranak yang dalam keadaan rentung masih dalam proses bedah siasat

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails