Isnin, 17 Mei 2010

Pusat Jalur Lebar Komuniti Sook

Sook, adanya Pusat Jalur Lebar(PJK) di Sook pastinya mampu untuk mengurangkan masalah celik komputer di masa akan datang. Dengan lokasinya yang berhampiran dengan Pejabat Daerah Kecil Sook sudah tentu memudahkan masyarakat Sook ke pusat ini untuk menimba ilmu pengetahuan berkenaan ICT.
Antara program ICT yang dijalankan seperti Pengenalan Asas Komputer, Asas Lembaran Kerja(Ms Word), Asas Persembahan(Ms Power Point), Asas Pemprosesan(Ms Excel), Aplikasi Elektronik dan Internet Explorer. Turut dijalankan adalah kursus yang sesuai untuk kanak-kanak.
Pusat Jalur Lebar Sook dibarisi oleh Cik Diana Juhari sebagai Penaung, dipengerusikan oleh Cik Petronilla Chrispine. Barisan AJK lain ialah En. Sabarinus Sakunil(Setiausaha/Bendahari), En. Abdul Kunin Saili(Tim. Pengerusi PJK) serta 8 barisan AJK Kecil yang dibentuk.
Tinjauan oleh Pemaju Masyarakat N. 37 Sook semasa program Pesta Kamaatan Ramian Ayub mendapati PJK ini menjadi tumpuan oleh para belia. Senario ini menunjukkan kawasan Sook melangkah setapak lagi dalam arus pembangunan belia. Terima kasih kepada kerajaan atas keprihatinan pada rakyat Sook di bawah kepimpinan YB Tan Sri Joseph Kurup dan YB Datuk Ellon Angin.

Jumaat, 14 Mei 2010

Malaysia VS China?

Keningau, Kejohanan Piala Thomas masuk ke peringkat separuh akhir pada petang ini. Malaysia akan bertemu pasukan China. Kita harap semua rakyat Malaysia menyokong penuh pasukan negara..

Kepada masyarakat Sook, marilah kita berikan sokongan dan berdoa agar kemenangan berpihak kepada pasukan Negara kita..MALAYSIA BOLEH.

Rabu, 5 Mei 2010

Pengeluaran Tanah Di Dun Sook

Kg Malima, Sook- Tindakan kerajaan untuk mengeluarkan tanah milik Jabatan Perhutanan di 2 Lokasi iaitu Sook Land dan Mandalom land amat bermakna kepada rakyat Sook. Menurut YB Datuk rakyat perlu berterima kasih kepada kerajaan BN diatas keprihatinannya berkenaan masalah rakyat. Beliau memberitahu perkara ini ketika dalam majlis ramah mesra anjuran Kemas Nabawan.
Disamping itu, Pusat Pengajian Tinggi turut di buka di Dun Sook iaitu seluas 500ekar, taman-taman herba dan lembah buah-buahan. Semua perancangan ini akan membawa kepada arus pembangunan di Dun Sook dan pastinya rakyat di kawasan ini akan mendapat manfaatnya. mengenai dengan masalah Kg Malima beberapa perkara di beri perhatian iaitu membuat Mini Dewan dan juga Jambatan Gantung.
Sekian.

Program Ramah Mesra Kg Malima

Sook, Majlis ramah Mesra bersama pemimpin anjuran Pejabat Kemas Nabawan di Kg Malima berjalan dengan lancar kelmarin. Program tersebut telah dihadiri oleh Wakil Rakyat Sook YB Datuk Ellron Angin, Pegawai Kemas En Fairuzul Badsyah Husin, CDO Sook Abdul Kunin Saili, PJKKK Kg Malima En Aridin serta para masyarakat kampung.
Sesi dialog turut diadakan ketika dalam program tersebut. Ruang ini memberi peluang kepada AJK Badan JKKK Kg Malima yang diketuai oleh En Aridin melontarkan masalah peringkat kampung. Antara masalah yang diajukan ialah ketiadaan Mini Dewan, masalah Tali Air, sistem parit, masalah bangunan surau dan lain-lain. Sumbangan hamper juga turut diberikan oleh YB Datuk kepada para warga emas yang terllibat.
Seorang penduduk kampung Malima En Azli(Biro Sukan) berkata program seperti ini amat berkesan dan mampu menguatkan sokongan rakyat kepada BN di N. 37 Sook. Dalam kesempatan ini YB Datuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pejabat Kemas Nabawan atas program yang dianjurkan ini.

Sekian.

Selasa, 4 Mei 2010

Jadual YB Datuk Ellron Angin & ADR P. 182 Pensiangan

Jadual YB Datuk Ellron Angin

Tarikh : 1-2/ May /2010
Tempat : Dewan Masyarakat Keningau
Perkara : Sambutan dan perasmian Tadau Kaamatan Dan Pesta Koningau

Tarikh: 3/May /2010
Tempat : Pejabat Jabatan tanah-Jam 2.00pm
Perkara : Mesyaurat berkenaan Tanah Dun N. 37 Sook

Tarikh : 4/ May/2010
Tempat : Kg Malima- Jam 2.00pm
Perkara : Majlis Ramah Mesra - Anjuran Kemas, Nabawan

Tarikh : 6/May/2010
Tempat : Hotel perkasa- Jam 8.30am
Perkara : Mesyuarat MPP -Peladang

Jam : 11.00am
Perkara : Mesyaurat Peringkat BN P. 182 Pensiangan
Tempat : Hotel Perkasa, Apin-Apin Room

Tarikh : 14/05/2010
Jam : 10.00
Tempat : Kg Ulu Bonod
Perkara : Meninjau Masalah Rakyat - masalah tanah

Jam : 2.00
Tempat : Kg Ansip, Keningau
Perkara : Melawat Tapak Pelancongan - Tanah Milik Pn Rostah Philip

Tarikh : 15-16/05/2010
Jam : 8.00
Tempat: Dewan Masyarakat Sook
Perkara : Pesta Kaamatan Peringkat Daerah Kecil Sook

Tarikh : 17/05/2010
Jam : 9.30
Perkara: Meninjau Jalan Masuk ke Bornion Timber daripada Simpang 4
Tindakan : PKR Sook, JKR, Jabatan Hutan & Bornion Timber..

Tarikh: 20/5/2010
Jam : 11.00
Tempat : Kg Sinaron Tengah
Perkara : Rasmikan Pesta Kaamatan

Jam : 2.00
Tempat : kg Lalapakon
Perkara : Rasmikan Pesta Kaamatan

Tarikh : 22/05/2010
Jam : 10.30
Tempat : Kg Sinaron
Perkara : Pesta Kaamatan Kg Sinaron

Tarikh : 26/05/2010
Jam : 9.00
Tempat : Kg Tiulon, Sook
Perkara : Menziarahi keluarga dalam kesusahan(meninggal)

Jam :2.00
Tempat : Kg Ambual
Perkara : Pemimpin Bersama Rakyat

Tarikh : 27/05/2010
Jam : 10.00
Tempat : Dewan Masyarakat Sook
Perkara : Majlis Sentuhan Kasih Petronas

Jam : 2.00
Tempat : Kg Pantai Baru
Perkara : Pesta Kaamatan Pantai Baru

Tarikh :28/05/2010
Jam : 9.00
Tempat : Pejabat Daerah Keningau
Perkara : Mesyuarat Tindakan Daerah, Bilik Gerakan.

Jam :2.00
Tempat : Kg Dalit
Perkara : Mesyuarat ADUN Bersama JKKK(Gabungan 4 Kampung)

Jadual YB Tan Sri Joseph Kurup

Tarikh : 6/05/2010
Jam : 8.30am
Tempat : Apin-Apin Room, Hotel Perkasa
Perkara : Mesyaurat MPP Pertanian -Peladang

Jam : 11.00
Tempat : Apin-Apin Room, Hotel Perkasa
Perkara : Mesyaurat BN P. 182 Pensiangan

Jam : 2.00
Tempat : Kg Kuala Punteh
Perkara : Perasmian AIM Kg Kuala Punteh

Tarikh : 8/05/2010
Tempat : Kg Maatol
Perkara : Perasmian Balai Raya, paip Graviti Kg Maatol

Tarikh : 16/05/2010(jam10.00)
Tempat : Dewan Masyarakat Sook
Perkara : Merasmikan Pesta Kaamatan Daerah Kecil Sook

Tarikh : 21/05/2010(2.30pm)
Tempat : Kg Kahaba, Dalit
Perkara : Pemimpin Bersama Rakyat

Tempat : Pejabat Daerah Nabawan(8.30am)
Perkara : Mesyuarat Tindakan Daerah Nabawan

Terbaru, Sekian.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails