Khamis, 25 Mac 2010

Hujan Melegakan Rakyat Keningau

KENINGAU: Hujan yang turun dua hari berturut-turut di kebanyakan tempat di daerah pedalaman, melagakan rata-rata penduduk khususnya golongan petani.
“Masa untuk mengusahakan sawah,” demikian reaksi Harry Gitik, 45, yang merupakan Ketua Unit Pertubuhan Peladang Kg. Tagai.

Harry berkata, kemarau yang melanda di daerah ini sejak lebih tiga bulan, mengakibatkan hampir kesemua tadahan air sawah kering di daerah terbabit.
Bencana itu turut mengakibatkan kuantiti air Sungai Padas berkurangan, mengakibatkan penjanakuasa elektrik stesen hidro Pangi hampir-hampir terjejas.
Hujan turun selama 4 jam di daerah ini pada malam Selesa, diikuti pada Rabu yang bermula tengah malam dan berakhir kira-kira jam 5 pagi kelmarin.

Tinjauan dibuat mendapati beberapa anak sungai yang sebelum ini kering, mulai bermaya dan menghasilkan sedikit air. “Kita berharap hujan akan turun secara berterusan,” tambah Harry.
Hujan yang turun pada Selasa dan Rabu menggembirakan kebanyakan penduduk yang bersandarkan hujan, untuk mendapatkan sumber air khasnya mereka yang tinggal di kawasan tinggi. Sementara itu, paras sungai Panawan di Nabawan yang menurun 10 inci dari empat kaki minggu lepas kini kembali seperti sedia kala berikutan hujan selama dua hari itu.
Pengeluaran air di loji rawatan air mini juga telah kembali seperti biasa dan ini bererti ianya mampu menghasilkan sehingga satu juta liter air sehari untuk memenuhi keperluan penduduk tempatan.

Berikutan kemarau yang berpanjangan sebelum ini, pengeluaran air berkurangan separuh.
Penduduk Nabawan berkata mereka berharap hujan akan berterusan turun agar mereka tidak lagi berdepan dengan masalah bekalan air.
Kira-kira 3,000 dari 7,000 penduduk di Nabawan menerima air paip yang lainnya bergantung kepada air graviti. Pegawai Daerah Nabawan, Bududan OT Majalu ketika dihubungi bagaimanapun berkata pejabat daerah akan terus menghantar bekalan air enam kampung iaitu Lima, Sarikan, Kabangawong, Tetagas, Dua dan Bahagian B. “Bekalan air di kawasan pekan sudah kembali pulih seperti biasa,” katanya.

Sementara itu dua jambatan yang menghubungkan Salong dan Sepulut dihanyutkan air deras semasa banjir kilat pada Selasa dan lima kampung juga dilanda banjir.

Dua jambatan di Nabawan hanyut

NABAWAN: Jalan perhubungan dari Salong ke Sepulut terputus pada awal pagi Rabu apabila dua jambatan hanyut akibat banjir kilat. Pegawai Jabatan Kerja Raya (JKR) Nabawan Panai Anduat ketika dihubungi berkata, jambatan yang hanyut itu adalah jambatan Sungai Saupi dan Sungai Sandangoh berikutan hujan lebat yang berterusan sejak Selasa lepas.

Katanya, pihaknya telah menerima laporan berhubung kemusnahan dua jambatan itu pada pagi Rabu (kelmarin). “Memandangkan jalan Salong–Sepulut adalah laluan utama bagi penduduk Daerah Kecil Pegalungan ke Pekan Nabawan maka kita akan membina jambatan sementara sebagai laluan alternatif,” katanya. Beliau berkata, kedua-kedua jambatan yang hanyut itu akan dibina semula dalam masa yang terdekat.

Dalam masa yang sama, Panai meminta penduduk di kawasan itu supaya bersabar dan mematuhi arahan yang dibuat oleh JKR dari masa ke masa sebagai langkah menjaga keselamatan. Sementara itu di Kg. Tampusison sekurang-kurangnya lima rumah ditenggelami air akibat banjir kilat pada Selasa. Seorang penduduk Jeffrey Diuku berkata, banjir itu berlaku berikutan hujan lebat yang berpanjangan sejak awal malam hingga pagi.
Katanya, banjir kilat itu menyebabkan keerosakan harta benda penduduk namun tidak ada kemalangan jiwa berlaku.

Beliau berkata, banjir kilat itu turut berlaku di Kg. Pamuntarian menyebabkan jalan raya Pamuntarian ditenggelami air dan tidak boleh dilalui kenderaan pada awal pagi Selasa
Walau bagaimanapun katanya, pada Rabu jalan raya itu sudah boleh dilalui kenderaan seperti biasa.

Selasa, 16 Mac 2010

Jabatan Perhutanan Sabah digesa beri penjelasan: Kurup

SERAH SUMBANGAN ... Kurup (tiga kanan) menyerahkan sumbangan zink kepada 36 keluarga di Kg. Seri Menanti
KENINGAU: Jabatan Perhutanan Sabah digesa agar member penjelasan kepada golongan yang tinggal di ka- wasan hutan simpan negeri itu sebelum bertindak meminta mereka keluar daripada kawasan yang didiami.
Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Tan Sri Joseph Kurup berkata, ini kerana kebanyakan yang tinggal di kawasan itu adalah orang tempatan yang memerlukan pembelaan dan tindakan itu boleh mencetuskan kemarahan rakyat.
“Ada orang kita yang me- nerima notis itu mendakwa me- reka dihalau (daripada kawasan hutan yang didiami) dan ada pada kalangan mereka tidak memahami kenapa mereka diberi notis.
“Jabatan Perhutanan sepa- tutnya memanggil mereka (rak- yat) dan berikan kefahaman betapa pentingnya menjaga hutan simpan dan kerjasama rakyat amat diperlukan. Saya fikir memberi notis halau semata-mata tidak akan membantu kerajaan menjaga kawasan hutan simpan,” katanya.

Berucap pada majlis pemimpin bersama rakyat di Kampung Seri Menanti, dekat sini kelmarin, Kurup yang juga Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) berkata, jabatan itu juga harus menjelaskan secara terperinci agenda kerajaan dalam menjaga kawasan hutan simpan.
“Tunjukkan pelan kepada rakyat dan setakat mana mereka boleh usahakan agar mereka benar-benar faham kedudukan mereka,” katanya.

Dalam ucapannya itu, Kurup turut menggesa masyarakat agar bekerjasama dengan kerajaan dalam menjaga dan memelihara kawasan hutan simpan demi kepentingan bersama.
“Hutan sangat berfaedah kepada kehidupan sejagat termasuk punca bekalan air. Kamu juga masuk hutan untuk memburu, mencari makanan di hutan. Bayangkan jika kita tiada hutan, mahu cari makanan keluarga pun susah dan sumber air pun terganggu,” katanya.
Di majlis itu Kurup men- yampaikan bantuan berupa 30 keping zink untuk 36 keluarga.

Anugerah Kampung Sejahtera(AKS) Milik DUn Sook

Keningau, Anugerah Kampung Sejahtera(AKS) kelolaan pejabat Daerah Keningau telah diumumkan pagi tadi. Kg Sinulihan Baru, Malima dan Mokotog masing-masing daripada Kawasan DUN Sook mendapat johan, naib Johan dan Ketiga. Tahniah kepada kampung yang telah memenangi anugerah tersebut. nama bagi DUN Sook nampaknya naik saham buat sementara waktu namun, janganlah alpha akan kemenangan yang diperloehi. Teruskan untuk mengurus kampung secara baik dan tanamkan sikap kerjasama mantap untuk mendapat kesan yang baik.
by: rmn

Program Pejabat UPKR Sook

Pemandangan dari atas Kg panagatan Ulu..
Kawasan jalan masuk ke Gereja Kg Pangatan Ulu turut dilawati

Tinjauan YB Ellron ke Kg Panagatan Ulu untuk melihat masalah rakyat

Tinjauan PKR Sook ke rumah Painus yang terbakar..
Terputus hubungan antara jalan ke kebun-kebun, antara lokasi yang ditinjau YB Ellron

Mesyuarat Badan JKKK Kampung Pantai...Tahniah dan terima kasih kepada pemilik tanah

Suasana JPN bersama Rakyat di SK Mansiat.







Pengumpulan Data

Keningau, Pejabat UPKR Sook kini sedang dalam proses untuk mengumpul data bagi penduduk kampung yang masih ditahap buta huruf. Hasil kumpulan data ini akan dipanjangkan kepada pihak Pejabat Kemas Nabawan untuk mencari maklumat lebih lanjut.
Justeru, sebagai langkah cepat surat pekeliling telah diedarkan kepada semua Pengerusi JKKK kampung. Kita harap tindakan segera diambil oleh semua PJKKK untuk memastikan tindakan susulan dilakukan dengan cepat. Pejabat UPKR Sook turut dimaklumkan oleh Pihak Kemas bahawa Kg Sinua akan dijadikan kampung pertama di buka kelas orang tua.
by; rmn

Selasa, 9 Mac 2010

Program Mitatabang Mengomot Trans Pegalan

Sebelum Mitatabang rombongan melawat Taman rekreasi milik Justinus baharom
Berbaris untuk memulakan gotong-royong menuai padi..
Ellron bersama masyarakat Tras Pegalan 'Mitatabang Mongomot '




Program Bersama JPN

Suasana sibuk ketika program bersama JPN, namun ianya cukup teratur dan tersusun
Gembira...salah seorang penduduk kampung yang telah menerima My Kad

PKR Sook Charles Ikang, ADO Sook Jasli Tindi turut kelihatan


Dalit, program UPKR N.37 Sook bersama JPN di Mukim Dalit berjalan dengan lancar. Program ini adalah kesinambungan kepada program yang telah dilaksanakan beberapa kali sebelum ini. Ramai penduduk kampung yang telah mendapatkan Kad My Kad mereka dengan rasa gembira dan rasa lega. Kita harap selepas ini penduduk kampung terbabit selesa ke mana-mana selepas ini. Itulah luahan daripada salah seorang penerima My Kad kelmarin.

Terima kasih kepada JPN, dan pemimpin kita diatas keperihatinan berkenaan masalah rakyat..Program ini akan dipanjangkan ke Sk Mansiat pada 10/Mac/2010 ini.

Khamis, 4 Mac 2010

Tinjauan singkat ke Kg Panagatan Ulu

Keningau, satu tinjauan singkat ke Kampung Panagatan Ulu telah dilakukan oleh YB Ellron Angin. Tujuannya, adalah untuk melihat sendiri keadaan sungai Kilambang dan kawasan pinggir kampung yang agak kritikal. Masalah utamanya ialah sistem aliran air anak sungai tersebut terjejas akibat pergerakaan tanah timbus serta tumbuhan rumput. Semasa dalam tinjauan tersebut PJKKK Kg Panagatan Ulu Md Khairil Abdullah menjelaskan kepada YB Ellron keadaan sebenar masalah. Keadaan menjadi lebih rumit apabila lokasi ini melibatkan tanah bergeran milik penduduk kampung sehingga kegagalan untuk menanam padi sawah.
Apapun semoga dengan tinjauan singkat ADUN kita, masalah ini akan diperpanjangkan kepada pihak jabatan seperti JPS, pejabat Daerah dan tindakan pejabat ADUN. Turut bersama dalam rombongan ialah PKR Sook Charles Ikang.
by; rmn

Masalah status tanah menemui jalan penyelesaian

Keningau, lawatan YB Datuk Ellron ke Kg Pantai Baru hari ini membuka harapan baru kepada penduduk kampung tersebut. Selama ini sebahagian masyarakatnya yang tinggal di tanah bergeran akhirnya dimuktamadkan sebentar tadi. Pemiliknya En Julius Saudi menyatakan secara muktamad beliau menyerahkan urusan pampasan kepada kerajaan. Apabila ianya telah ditentukan melalui penglibatan Pejabat Tanah, Pejabat Daerah, ADUN maka status tanah ini akan menjadi tanah perkampungan.
Dalam pada itu, YB Datuk Ellron mengucapkan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada pemilik tanah tersebut. Jasanya akan dikenang oleh penduduk kampung Pantai Baru hingga ke akhir hayat. Ellron juga menyatakan pihaknya akan melakukan apa yang perlu mengikut prosedur berkaitan status tanah ini hingga selesai.
Selain itu, masyarakat kampung menyambut baik penyelesaian perkara ini, setelah ianya berlarutan sejak sekian lama. Kesemua penduduk kampung yang hadir menzahirkan rasa gembira mereka dan mengucapkan setinggi terima kasih kepada En Julius Saudi seorang pesara Polis.

Rabu, 3 Mac 2010

Pergerakan ADUN N. 37 Sook

Berikut adalah pergerakan ADUN(Bulan Mac 2010):

Tarikh : 2/03/2010
Masa : 10.30 pagi
Tempat : Kg Sendukan, Nabawan
Perkara : Sesi taklimat pembangunan tanah terbiar bersama Bornion Timber

Tarikh : 4/03/2010
Masa : Jam 10.00 pagi
Tempat : Kg Pantai Baru
Perkara : Mesyuarat bersama Badan JKKK Kampung(Fokus pada maslah tanah kampung)

Masa : 12.20
Tempat : Kg Panagatan Ulu
Perkara : Meninjau Masalah Rakyat

Tarikh : 5/03/2010
Masa : 9.00 pagi
Tempat : Dewan Masyarakat Sook
Perkara : Perasmian program RISDA

Masa : 4.30 petang
Tempat : Kg Linsudan
Perkara : Program menuai padi bersama rakyat

Tarikh : 6 /03/2010
Masa : 10.00 pagi
Tempat : Kg Sendukut
Perkara : Mesyuarat Badan JKKK bersama ADUN

Tarikh : 8/03/2010
Masa : 9.30 pagi
Tempat : SK Dalit
Perkara : Program JPN

Tarikh : 10/03/2010
Masa : 9.00 pagi
Tempat : SK Mansiat
Perkara : Program JPN

Tarikh : 17/03/2010
Masa : 9.00
Tempat : Jabatan Haiwan Sebrang, Keningau
Perkara : Mengiringi YAB Ketua Menteri Sabah

Tarikh : 18/03/2010
Masa : 10.00
Tempat : Kg Batu Lunguyan
Perkara : Mesyuarat Bersama JKKK

Masa : 1.00
Tempat : Kg Kabatang Baru
Perkara : Mesyuarat Bersama JKKK

Masa : 3.30
Tempat : Kg Maatol
Perkara : Mesyuarat Gabungan 5 Badan JKKK


Tarikh : 21/03/2010
Masa : 7.30
Tempat : Kg Lumiri
Perkara : Wakil Tan Sri

Tarikh : 23-24/03/2010
Masa : 8.00
Tempat : Hotel Perkasa Keningau
Perkara : Program Jabatan Hutan

Tarikh : 25/03/2010
Masa : 10.00
Tempat : Hotel Perkasa
Perkara : Mesyuarat Bersama SIRIM

Tarikh : 26/03/2010
Masa : 10.00
Tempat : Kg Tuarid Tatal
Perkara : Rasmikan Bangunan Baru

ADR P. 182 Pensiangan

Tarikh : 12/03/2010
Masa : 11.00
Tempat : Kg Menanti
Perkara : Pemimpin bersama rakyat

Tarikh : 24/04/2010
Masa : 11.00 pagi
Tempat : Kg Alab Lanas
Perkara : Perasmian Cawangan PBRS dan merasmikan jambatan gantung

Tarikh : 27/03/2010
Masa : 11.00 pagi
Tempat : Ponontomon, Nabawan
Perkara : Pemimpin bersama rakyat.

Terkini..

Isnin, 1 Mac 2010

Lawatan ADUN Disekitar DUN Sook

Lawatan ke kawasan tapak perkampungan Ansip
Lawatan ke rumah Paul Ambakir

Pengerusi JKKK Kg Ansip Laut turut serta



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails