Keningau, lawatan YB Datuk Ellron ke Kg Pantai Baru hari ini membuka harapan baru kepada penduduk kampung tersebut. Selama ini sebahagian masyarakatnya yang tinggal di tanah bergeran akhirnya dimuktamadkan sebentar tadi. Pemiliknya En Julius Saudi menyatakan secara muktamad beliau menyerahkan urusan pampasan kepada kerajaan. Apabila ianya telah ditentukan melalui penglibatan Pejabat Tanah, Pejabat Daerah, ADUN maka status tanah ini akan menjadi tanah perkampungan.
Dalam pada itu, YB Datuk Ellron mengucapkan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada pemilik tanah tersebut. Jasanya akan dikenang oleh penduduk kampung Pantai Baru hingga ke akhir hayat. Ellron juga menyatakan pihaknya akan melakukan apa yang perlu mengikut prosedur berkaitan status tanah ini hingga selesai.
Selain itu, masyarakat kampung menyambut baik penyelesaian perkara ini, setelah ianya berlarutan sejak sekian lama. Kesemua penduduk kampung yang hadir menzahirkan rasa gembira mereka dan mengucapkan setinggi terima kasih kepada En Julius Saudi seorang pesara Polis.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan