Selasa, 16 Mac 2010

Jabatan Perhutanan Sabah digesa beri penjelasan: Kurup

SERAH SUMBANGAN ... Kurup (tiga kanan) menyerahkan sumbangan zink kepada 36 keluarga di Kg. Seri Menanti
KENINGAU: Jabatan Perhutanan Sabah digesa agar member penjelasan kepada golongan yang tinggal di ka- wasan hutan simpan negeri itu sebelum bertindak meminta mereka keluar daripada kawasan yang didiami.
Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Tan Sri Joseph Kurup berkata, ini kerana kebanyakan yang tinggal di kawasan itu adalah orang tempatan yang memerlukan pembelaan dan tindakan itu boleh mencetuskan kemarahan rakyat.
“Ada orang kita yang me- nerima notis itu mendakwa me- reka dihalau (daripada kawasan hutan yang didiami) dan ada pada kalangan mereka tidak memahami kenapa mereka diberi notis.
“Jabatan Perhutanan sepa- tutnya memanggil mereka (rak- yat) dan berikan kefahaman betapa pentingnya menjaga hutan simpan dan kerjasama rakyat amat diperlukan. Saya fikir memberi notis halau semata-mata tidak akan membantu kerajaan menjaga kawasan hutan simpan,” katanya.

Berucap pada majlis pemimpin bersama rakyat di Kampung Seri Menanti, dekat sini kelmarin, Kurup yang juga Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) berkata, jabatan itu juga harus menjelaskan secara terperinci agenda kerajaan dalam menjaga kawasan hutan simpan.
“Tunjukkan pelan kepada rakyat dan setakat mana mereka boleh usahakan agar mereka benar-benar faham kedudukan mereka,” katanya.

Dalam ucapannya itu, Kurup turut menggesa masyarakat agar bekerjasama dengan kerajaan dalam menjaga dan memelihara kawasan hutan simpan demi kepentingan bersama.
“Hutan sangat berfaedah kepada kehidupan sejagat termasuk punca bekalan air. Kamu juga masuk hutan untuk memburu, mencari makanan di hutan. Bayangkan jika kita tiada hutan, mahu cari makanan keluarga pun susah dan sumber air pun terganggu,” katanya.
Di majlis itu Kurup men- yampaikan bantuan berupa 30 keping zink untuk 36 keluarga.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails