Khamis, 12 Mei 2011

Rumah PBR Antara Bantuan Kerajaan Kepada Rakyat

Rumah PBR Kg. Mokotog


Rumah PBR adalah antara sebahagian bantuan kerajaan untuk rakyat, kata YB Datuk Ellron Angin. Beliau berkata demikian ketika di Majlis Penyerahan Kunci 3 buah unit PBR di Kampung Mokotog, Sook baru-baru ini. Selain PBR, bantuan seperti subsidi minyak, barangan, bantuan untuk orang tua, peserta e-kasih, para pelajar dan sebagainya. Semua ini dilaksanakan oleh kerajaan semata-mata untuk membela nasib rakyat. Kekayaan negara ini dikongsi oleh rakyat melalui pelbagai skim bantuan kerajaan kepada rakyat pelbagai peringkat.


Semasa majlis berkenaan, YB Ellron menyerahkan kunci, 3 unit PBR kepada penerima bantuan berkenaan. Salah seorang daripadanya En. Benedict Tour mengucapkan setinggi terima kasih kepada kerajaan melalui Wakil Rakyat N. 37 Sook. Beliau adalah antara rakyat yang paling bertuah kerana mendapat bantuan seperti ini, katanya dalam ucapan penghargaan.


Disamping itu, semasa dalam ucapan YB Ellron berkata bantuan rumah PBR diberikan setiap tahun oleh kerajaan. Oleh yang demikian tidak harus timbul masalah terpinggir oleh kerana selagi ada orang miskin, bantuan ini tidak akan dihentikan. Untuk rekod tahun 2010 sebanyak 55 buah rumah PBR diberikan untuk rakyat Dun Sook. bagi tahun ini 2011, sebanyak 77 buah PBR bakal diterima rakyat dalam kawasan Dun Sook.


By: Rmn. Ab




Tinjauan Jalan Raya Sekitar Baitah-Serumpun

Berbincang sesuatu


Jalan Pogimpaan-Baitah



11 Mei 2011, tinjauan sendiri YB Datuk Ellron Angin ke Baitah dan sekitarnya bersama Jurutera Syarikat Kekal Mewah Sdn. Bhd diharapkan mendapat respon positif. Dalam perkara ini kita amat berharap agar Syarikat Kekal Mewah bertindak lebih proaktif dan kerap untuk memeriksa keadaan jalan raya under mereka. Siri tinjauan ini dilakukan berikutan aduan rakyat berkenaan dengan keadaan jalan raya yang amat teruk.


Menurut Mantan PJKKK Kg Minawo Laut, En. Alban Akim keadaan jalan raya yang rosak telah menyebabkan kesukaran penduduk kampung Baitah, Tombotuan, Kilugus, Serumpun & Minawo Laut melalui jalan raya berkenaan. Lebih teruk lagi apabila hasil tanaman seperti buah kelapa sawit, getah kepingan agak sukar untuk dikeluarkan. Beliau amat berharap agar Syarikat Kekal Mewah menyelanggara jalan raya berkenaan dalam masa terdekat ini.


Dalam pada itu, semasa melawat jalan di sekitar kampung berkenaan YB Ellron menzahirkan rasa dukacitanya ekoran keadaan jalan raya yang agak teruk dan sukar dilalui. Beliau mahu agar tindakan segera dilakukan oleh syarikat berkenaan dengan membaiki jalan dan jambatan yang rosak.


Lawatan ini juga turut disertai oleh PKR Sook Charles Ikang, Ramian Ayub, Marutin Ansiung serta kakitangan Syarikat Kekal Mewah Sdn. Bhd.


By: Rmn. Ab






Khamis, 5 Mei 2011

Keadaan Jalan Raya Ke Kampung Sri Menanti, Sook.


Pada dasarnya jalan raya untuk ke kampung ini dalam keadaan baik, namun ada 2 lokasi yang agak teruk dan sukar untuk dilalui. Situasi ini menyebabkan kenderaan kecil sukar untuk melalui jalan tersebut. Lawatan YB Tan Sri Joseph Kurup dan ADUN N. 37 Sook ke kawasan ini amat dialu-alukan oleh masyarakat Kg. Menanti. Turut serta dalam siri lawatan ini ialah wakil daripada JKR dan Syrikat Kekal Mewah.


Susulan daripada lawatan ini ialah, satu mesyuarat telah diadakan pada 4 Mei 2011 yang telah dipengerusikan sendiri oleh YB Tan Sri Joseph Kurup bersama Pengarah JKR di Kota Kinabalu. Dalam pada itu, kedua-dua wakil rakyat amat mengharapkan kepada JKR, Syarikat Kekal Mewah agar senantiasa menyelenggara jalan dalan seliaan mereka. Ianya amat penting oleh kerana tindakan yang cepat mampu memberikan kesan yang baik untuk rakyat di kawasan Pensiangan.


Rmn. Ab

Jadual/ Program ADUN N. 37 Sook, ADR P. 182 Pensiangan

Berikut adalah jadual ADUN N. 37 Sook:-

Tarikh : 2 Mei 2011, Jam 10.00
Tempat : Sekitar Jalan Raya Kg Sri Menanti
Perkara : Melawat/ meninjau masalah jalan raya bersama YB ADR, JKR & Kekal Mewah

Tempat : Kg Punggul, Dalit, Jam 2.00pm
Perkara : Meninjau masalah rakyat

Tarikh : 7 Mei 2011, Jam 2.00pm
Tempat : Kg. Baitah
Perkara : Merasmikan Pesta Kaamatan

Tarikh : 8 Mei 2011, Jam 11.00am
Tempat : Kg. Kinalatadan
Perkara : Pemimpin Bersama Rakyat

Tarikh : 9 Mei 2011, Jam 9.00am
Tempat : Hotel Perkasa, Keningau
Perkara : Majlis Perasmian Anugerah Cemerlang Pengurusan Akademik Pengetua

Tempat : Kg. Mokotog, jam 2.00pm
Perkara : Pesta Kaamatan

Tarikh : 10 Mei 2011, jam 11.00am
Tempat : Kg. Tuaran Baru
Perkara : Merasmikan Pesta Kaamatan

Tarikh : 14 Mei 2011, Jam 12.00 Tghri
Tempat : Dewan Masyarakat Sook
Perkara : Merasmikan Pertandingan Sugandoi & Melancarkan Program Pentarama.

Tarikh : 15 Mei 2011, Jam 9.00am
Tempat : Dewan Masyarakat Sook
Perkara : Jemputan ke Majlis Pesta Kaamatan Peringkat Daerah Kecil Sook

Tarikh : 16 Mei 2011, Jam 12.00 Tgri
Tempat : Kg. Mamagun, Dalit
Perkara : Lawatan Bersama ADR P. 182 Pensiangan

Tarikh : 17 Mei 2011, Jam2.00pm
Tempat : Kg Linsudan
Perkara : Jemputan Pesta Kaamatan

Tarikh : 19 Mei 2011, Jam 2.00pm
Tempat : Kg. Mantanid
Perkara : Merasmikan Pesta Kaamatan

Tarikh : 20 Mei 2011, Jam 2.00pm
Tempat : SMK Keningau
Perkara : Menghadiri Majlis Penyerahan Komputer 1Malaysia

Tarikh : 21 Mei 2011, Jam11.00am
Tempat : Kg Sinua
Perkara : Merasmikan Pesta Kaamatan

Tempat : Kg. Lalapakon, jam 2.00pm
Perkara : Jemputan Ke Pesta Kaamatan

Tempat : Hotel Juta, Jam 7.00pm
Perkara : Menghadiri Majlis Perkahwinan

Tarikh : 22 Mei 2011, Jam 11.00
Tempat : Sinaron Tengah
Perkara : Merasmikan Pesta Kaamatan

Tempat : Kg Kilo, Jam 3.00pm
Perkara : Perayaan Pesta Kaamatan

Tarikh : 26 Mei 2011, jam 2.00pm
Tempat : Kg. Minawo Ulu
Perkara : Merasmikan Pesta Kaamatan

Tarikh: 27 Mei 2011, Jam 11.00am
Tempat : Kg Batu Lunguyan
Perkara : Merasmikan Pesta Kaamatan

Tarikh : 28 Mei 2011, Jam 11.00am
Tempat : Kg Kobosion
Perkara : Merasmikan Pesta Kaamatan

Tarikh : 29 Mei 2011, Jam 2.00pm
Tempat : Kg. Namadan Baru
Perkara : Jemputan Ke Pesta Kaamatan


Jadual Ahli Dewan Rakyat P. 182 Pensiangan:-

Tarikh : 1 Mei 2011, Jam 11.00am
Tempat : Gereja Kg Sanang
Perkara : Merasmikan Bangunan Gereja SIB Kg Sanang

Tarikh : 2 Mei 2011, Jam 11.00am
Tempat : Sekitar Kg Sri Menanti
Perkara : Meninjau/ Melawat Masalah Jalan Raya Sri Menanti Bersama JKR, Kekal Mewah

Tarikh : 15 Mei 2011, Jam 10.00pm
Tempat : Dewan Masyarakat Sook
Perkara : Merasmikan Pesta Kaamatan Daerah Kecil Sook

Tarikh : 16 Mei 2011, Jam 10.30
Tempat : Kg Lumiri
Perkara : Perjumpaan bersama penduduk kampung

Tempat : Kg Mamagun, Jam 12.00
Perkara : Perjumpaan bersama Masyarakat/ ppdk kampung

Tarikh : 17 Mei 2011, Jam 2.00pm
Tempat : Kg. Linsudan
Perkara : Merasmikan Tadau Kaamatan

Tarikh : 20 Mei 2011, Jam 2.00pm
Tempat : SMK Keningau
Perkara : Majlis Penyerahan Komputer 1Malaysia

Tarikh : 21 Mei 2011, jam 11.00am
Tempat : Kg Sinua
Perkara : Majlis Kaamatan dan Memberi Penerangan Berkenaan SLDB

Sekian.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails