Khamis, 5 Mei 2011

Keadaan Jalan Raya Ke Kampung Sri Menanti, Sook.


Pada dasarnya jalan raya untuk ke kampung ini dalam keadaan baik, namun ada 2 lokasi yang agak teruk dan sukar untuk dilalui. Situasi ini menyebabkan kenderaan kecil sukar untuk melalui jalan tersebut. Lawatan YB Tan Sri Joseph Kurup dan ADUN N. 37 Sook ke kawasan ini amat dialu-alukan oleh masyarakat Kg. Menanti. Turut serta dalam siri lawatan ini ialah wakil daripada JKR dan Syrikat Kekal Mewah.


Susulan daripada lawatan ini ialah, satu mesyuarat telah diadakan pada 4 Mei 2011 yang telah dipengerusikan sendiri oleh YB Tan Sri Joseph Kurup bersama Pengarah JKR di Kota Kinabalu. Dalam pada itu, kedua-dua wakil rakyat amat mengharapkan kepada JKR, Syarikat Kekal Mewah agar senantiasa menyelenggara jalan dalan seliaan mereka. Ianya amat penting oleh kerana tindakan yang cepat mampu memberikan kesan yang baik untuk rakyat di kawasan Pensiangan.


Rmn. Ab

2 ulasan:

  1. Kenderaan yang dinaiki oleh YB ADUN tersekat, namun akhirnya berjaya melaluinya.

    BalasPadam
  2. smpi skrg jalan tersebut masi belum di perbaiki. sy sdh postkan gambar menuju kg kami d Twitter tapi masih belum mendapat perhatian

    BalasPadam

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails