Khamis, 12 Mei 2011

Tinjauan Jalan Raya Sekitar Baitah-Serumpun

Berbincang sesuatu


Jalan Pogimpaan-Baitah



11 Mei 2011, tinjauan sendiri YB Datuk Ellron Angin ke Baitah dan sekitarnya bersama Jurutera Syarikat Kekal Mewah Sdn. Bhd diharapkan mendapat respon positif. Dalam perkara ini kita amat berharap agar Syarikat Kekal Mewah bertindak lebih proaktif dan kerap untuk memeriksa keadaan jalan raya under mereka. Siri tinjauan ini dilakukan berikutan aduan rakyat berkenaan dengan keadaan jalan raya yang amat teruk.


Menurut Mantan PJKKK Kg Minawo Laut, En. Alban Akim keadaan jalan raya yang rosak telah menyebabkan kesukaran penduduk kampung Baitah, Tombotuan, Kilugus, Serumpun & Minawo Laut melalui jalan raya berkenaan. Lebih teruk lagi apabila hasil tanaman seperti buah kelapa sawit, getah kepingan agak sukar untuk dikeluarkan. Beliau amat berharap agar Syarikat Kekal Mewah menyelanggara jalan raya berkenaan dalam masa terdekat ini.


Dalam pada itu, semasa melawat jalan di sekitar kampung berkenaan YB Ellron menzahirkan rasa dukacitanya ekoran keadaan jalan raya yang agak teruk dan sukar dilalui. Beliau mahu agar tindakan segera dilakukan oleh syarikat berkenaan dengan membaiki jalan dan jambatan yang rosak.


Lawatan ini juga turut disertai oleh PKR Sook Charles Ikang, Ramian Ayub, Marutin Ansiung serta kakitangan Syarikat Kekal Mewah Sdn. Bhd.


By: Rmn. Ab






Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails