Khamis, 12 Mei 2011

Rumah PBR Antara Bantuan Kerajaan Kepada Rakyat

Rumah PBR Kg. Mokotog


Rumah PBR adalah antara sebahagian bantuan kerajaan untuk rakyat, kata YB Datuk Ellron Angin. Beliau berkata demikian ketika di Majlis Penyerahan Kunci 3 buah unit PBR di Kampung Mokotog, Sook baru-baru ini. Selain PBR, bantuan seperti subsidi minyak, barangan, bantuan untuk orang tua, peserta e-kasih, para pelajar dan sebagainya. Semua ini dilaksanakan oleh kerajaan semata-mata untuk membela nasib rakyat. Kekayaan negara ini dikongsi oleh rakyat melalui pelbagai skim bantuan kerajaan kepada rakyat pelbagai peringkat.


Semasa majlis berkenaan, YB Ellron menyerahkan kunci, 3 unit PBR kepada penerima bantuan berkenaan. Salah seorang daripadanya En. Benedict Tour mengucapkan setinggi terima kasih kepada kerajaan melalui Wakil Rakyat N. 37 Sook. Beliau adalah antara rakyat yang paling bertuah kerana mendapat bantuan seperti ini, katanya dalam ucapan penghargaan.


Disamping itu, semasa dalam ucapan YB Ellron berkata bantuan rumah PBR diberikan setiap tahun oleh kerajaan. Oleh yang demikian tidak harus timbul masalah terpinggir oleh kerana selagi ada orang miskin, bantuan ini tidak akan dihentikan. Untuk rekod tahun 2010 sebanyak 55 buah rumah PBR diberikan untuk rakyat Dun Sook. bagi tahun ini 2011, sebanyak 77 buah PBR bakal diterima rakyat dalam kawasan Dun Sook.


By: Rmn. Ab




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails