Sook, adanya Pusat Jalur Lebar(PJK) di Sook pastinya mampu untuk mengurangkan masalah celik komputer di masa akan datang. Dengan lokasinya yang berhampiran dengan Pejabat Daerah Kecil Sook sudah tentu memudahkan masyarakat Sook ke pusat ini untuk menimba ilmu pengetahuan berkenaan ICT.
Antara program ICT yang dijalankan seperti Pengenalan Asas Komputer, Asas Lembaran Kerja(Ms Word), Asas Persembahan(Ms Power Point), Asas Pemprosesan(Ms Excel), Aplikasi Elektronik dan Internet Explorer. Turut dijalankan adalah kursus yang sesuai untuk kanak-kanak.
Pusat Jalur Lebar Sook dibarisi oleh Cik Diana Juhari sebagai Penaung, dipengerusikan oleh Cik Petronilla Chrispine. Barisan AJK lain ialah En. Sabarinus Sakunil(Setiausaha/Bendahari), En. Abdul Kunin Saili(Tim. Pengerusi PJK) serta 8 barisan AJK Kecil yang dibentuk.
Tinjauan oleh Pemaju Masyarakat N. 37 Sook semasa program Pesta Kamaatan Ramian Ayub mendapati PJK ini menjadi tumpuan oleh para belia. Senario ini menunjukkan kawasan Sook melangkah setapak lagi dalam arus pembangunan belia. Terima kasih kepada kerajaan atas keprihatinan pada rakyat Sook di bawah kepimpinan YB Tan Sri Joseph Kurup dan YB Datuk Ellon Angin.
Kepada para belia gunakan kemudahan ini sebaiknya...
BalasPadam