Isnin, 11 Oktober 2010

Pasukan Biah Mix B Juara Futsal P. 182..

YB Ellron Angin Bergambar bersama finalis Kejohanan futsal P. 182 Pensiangan

Keningau, Pasukan Biah Mix-B telah menjuarai kejohanan futsal P. 182 Pensiangan yang dianjurkan bersama oleh Kementerian Belia dan Sukan(KBS) dan Pejabat P. 182 Pensiangan. Kejohanan ini telah mendapat respon yang baik daripada kalangan belia/ beliawanis yang meminati futsal daripada kawasan Sook dan Nabawan..


Kejohanan ini telah dirasmi tutup oleh YB Datuk Ellron Angin ADUN N. 37 Sook selaku wakil kepada YB Tan Sri Joseph Kurup Ahli Parlimen P. 182 Pensiangan. Kejohanan ini menawarkan hadiah sebanyak rm 1500.00 untuk johan, rm1000.00 naib johan, rm700.00 ketiga dan rm 500.00 untuk tempat ke-4. Dalam siri ucapan YB Datuk Ellron, beliau mahu agar pasukan Futsal Pensiangan akan menjuarai futsal peringkat Parlimen Kebangsaan kelak. Sasaran ini tidak mustahil boleh dicapai sekiranya mutu disiplin pasukan yang bakal dibentuk berada pada tahap ynag tinggi.


by:rmn...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails