Khamis, 2 September 2010

2 Blok Bangunan Sk Dalit Terbakar

Dalit, Sook- 28 Ogos 2010 satu kebakaran telah berlaku yang melibatkan 2 buah blok bangunan SK Dalit, Sook. Menurut sumber yang diterima kejadian tersebut berlaku kira-kira dalam jam 2.00 petang pada hari sabtu. Seorang saksi telah memberitahu kepada kami bahawa beliau ternampak kepulan asap di atas bumbung sekolah berkenaan dan terus bergegas ke sekolah tersebut. Beliau telah meminta bantuan daripada masyarakat sekitar agar memadamkan api dari terus merebak sebelum terlambat. Namun, kesan cuaca yang panas serta tiupan angin kebakaran akhirnya sukar untuk dikawal sehingga menyebabkan kedua-dua blok bangunan tersebut hangus dalam kebakaran. Dua blok tersebut adalah bangunan tahun enam dan blok bangunan kelas rendah yang turut memuatkan bilik guru.
Dalam perkembangan lain. lawatan dan tinjauan ke tempat kejadian telah dilakukan oleh PKR Sook bagi mewakili YB ADUN N. 37 Sook bersama dengan wakil Pegawai Perhubungan P. 182 Pensiangan. Menurut PKR Sook, pejabat UPKR Sook akan membuat tindakan yang perlu buat sementara ini bagi membolehkan jadual persekolahan dapat berjalan seperti biasa.
Sekian.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails