Isnin, 6 September 2010

Teguran TPM perlu dihormati.

Teguran Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkenaan dengan isu agama yang dimainkan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab perlu dihormati. Sebagai rakyat Malaysia, seharusnya perkara perpaduan perlu dipegang untuk kesejahteraan bersama. Berlakunya isu yang membabitkan agama sudah tentu merencatkan Gagasan 1Malaysia yang dicanangkan oleh Perdana Menteri Dato Seri Najib Tun Razak.
Kita di Sabah perlu memandang senario ini adalah perkara yang amat serius. Soal keselesaan keharmonian rakyat Sabah pada ketika ini perlu dituruti dengan penuh waspada. Kita tidak mahu keharmonian di Sabah terjejas angkara perbuatan mereka yang cuba mencari ruang untuk memecah-belahkan masyarakat Sabah.
Justeru, sebagai anak bangsa yang bertanggungjawab kepada tanahair ayuhlah bersatu mengukuhkan perpaduan yang telah terjalin lama disamping terus memperkasakannya secara lebih lestari..,,,,,,,,,,,,1Malaysia, Menjana Tranformasi,,,,,,,,,,,,..................

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails