SEPANG: Datuk Seri Najib Tun Razak berkata operasi men- yelamat pelajar dan rakyat Malaysia di Mesir menerusi Ops Piramid, merupakan misi untuk kepentingan negara dan tiada unsur politik. Perdana Menteri berkata kerajaan akan melakukan apa sahaja untuk membawa pulang rakyat Malaysia di Mesir, berikutan keadaan yang tidak menentu di negara berkenaan.
“Kerajaan mengambil keputusan dalam apa jua keadaan, kita akan melancarkan misi menyelamatkan pelajar-pelajar dan warga Malaysia. “...dan misi ini sebagai misi untuk kepentingan negara. Tidak ada pertimbangan politik sama sekali…tidak kira pertimbangan ideologi, asalkan mereka ini warga Malaysia, mereka mesti dise- lamatkan dengan kadar yang segera,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyambut kepulangan kum- pulan pertama 778 pelajar dan rakyat Malaysia, yang dibawa keluar dari Mesir menerusi Ops Piramid melalui Jeddah di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini kelmarin.
Pesawat Malaysia Airlines (MAS) dan AirAsia itu mendarat kira-kira pukul 10 pagi dan turut disambut isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin serta menteri Kabinet lain.
Turut menyambut kepulangan mereka ke tanah air ialah anggota keluarga masing-masing.
Najib berkata oleh kerana misi tersebut bukan sesuatu yang mudah, kerajaan telah membuat perancangan yang teliti, termasuk membawa keluar rakyat Malaysia di Mesir untuk ditempatkan sementara di Jeddah sebelum dibawa pulang ke tanah air.
Beliau berkata pelbagai pihak terlibat dalam misi tersebut kerana matlamatnya hanya untuk memastikan rakyat Malaysia berada dalam keadaan selamat.

Perdana Menteri berkata kerajaan bimbang tentang keselamatan warga Malaysia di Mesir kerana di negara berkenaan kini, tiada lagi pentadbiran awam dan yang berasaskan undang-undang. “Runtuhnya sama sekali undang-undang dan ketenteraman di Mesir yang menyebabkan sebarang kemungkinan boleh berlaku. Kami amat khuatir dan bimbang kalau berlaku perkara yang boleh mengancam nyawa dan berlaku kecacatan atau kecederaan kepada anak-anak kita yang tidak berdosa,” katanya.
Perdana Menteri berkata kepulangan kumpulan pertama rakyat Malaysia itu, merupakan satu kelegaan kepada mereka yang berada di tanah air dan sebab itu, beliau yang sepatutnya mempengerusikan sebuah mesyuarat penting pagi kelmarin menangguhkannya untuk bersama dengan mereka di sini.
Malah, Najib berkata beliau dan isteri juga tidak ‘bercuti’ sepanjang dua tiga hari lepas sedangkan pada masa itu cuti umum, kerana memikirkan urusan untuk membawa pulang rakyat Malay- sia itu. “Ada, pukul 3 pagi pun kita terima telefon (berkenaan dengan urusan membawa balik rakyat Malaysia ini). Alhamdulilah, semua urusan ini berjalan dengan baik. Saya doakan supaya penerbangan lain (selepas ini dari Mesir) akan selamat kembali ke tanah air,” katanya.
Beliau turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak termasuk MAS, AirAsia, Lembaga Tabung Haji, Angkatan Tentera Malaysia dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dalam urusan membawa balik rakyat Malaysia itu. Najib juga mengucapkan penghargaan kepada Putera Mahkota Arab Saudi Putera Turki Abdullah al-Saud kerana sudi membiayai dua penerbangan menggunakan pesawat jumbo Boeing 747 untuk membawa balik pelajar Malaysia dari Jeddah ke Kuala Lumpur.
Najib juga mengucapkan terima kasih kepada Raja Arab Saudi Raja Abdullah Abdul Aziz Al-Saud kerana membenarkan penggunaan ruang udara dan pendaratan seberapa banyak pesawat Malaysia di Jeddah. Perkara itu merupakan satu ‘pertimbangan yang luar biasa’ dari negara berkenaan kepada Malaysia, katanya. Najib berkata jika perlu, kerajaan juga akan berurusan dengan pihak universiti di Mesir supaya pelajar-pelajar yang menuntut di negara tersebut, menduduki peperiksaan di Malaysia.
Menerusi Ops Piramid yang dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan, lebih 8,000 pelajar dan warga Malaysia akan dibawa pulang ke tanah air dari Jeddah secara berperingkat.
Sum: berita harian
Tiada ulasan:
Catat Ulasan