25th May, 2008
KENINGAU: Penduduk Mukim Lanas daerah Kecil Sook merayu supaya kerajaan menimbang untuk mewujudkan sekolah menengah di kawasan itu bagi memudahkan para pelajar yang tinggal di kawasan perkampungan itu, melanjutkan pelajaran.
Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Ranca-ngan Pengujudan Pembangunan SMK Trus-madi, Rusikan Imbayan berkata, ini kerana perkampungan mereka terletak jauh dari sekolah menengah sedia ada di daerah kecil Sook.
Oleh itu katanya, mereka berharap kerajaan dapat mempertimbangkan permohonan untuk mewujudkan SMK Trusmadi sebagai tambahan kepada sekolah sedia ada iaitu SMK Sook dan SMK Tulid.
“Kita telah mengemukakan permohonan ini sejak 13 tahun lalu tetapi sehingga kini belum ada berita menggembirakan.
“Sekolah menengah sedia ada yang terletak jauh dari Mukim Lanas menjadi punca ramai pelajar sekolah rendah tidak dapat meneruskan pelajaran ke sekolah menengah, jadi saya berharap pihak kerajaan dapat mempertimbangkan permohonan kami,” katanya.
Rusikan yang juga mantan Wakil Ketua Anak Negeri (WKAN) menyatakan, sebelum ini permohonan mereka telah disenaraikan dalam Rancangan Malaysia Ke-8 (RMK8).
“Melalui surat yang kami terima dari Unit Pembangunan Sektor Pengurusan Perkhidma-tan Pendidikan Sabah bertarikh 26 Disember 2007 (rujukan JP (S6) / PEMB/MSSM / 294/Vol 4 (2) meminta Jabatan Pendidikan Daerah membuat lawatan bagi mengenalpasti lokasi yang dicadangkan oleh penduduk kampung.
“Dalam surat itu, mereka (Jabatan Pen-didikan Negeri) juga telah memaklumkan bahawa projek itu akan dimasukkan dalam RMK-8, Kajian Separuh Penggal, tetapi sehingga kini belum ada lagi,” katanya.
Menurut Rusikan, penduduk di Mukim Lanas amat mengharapkan sebuah sekolah menengah diwujudkan di kawasan itu dengan mencadangkan tanah seluas 25 ekar di Kampung Mengerimot sebagai tapak.
“Pada ketika ini anak-anak dari mukim itu, bersekolah di SMK Tulid iaitu sejauh kira-kira 20km dari kawasan Mukim Lanas.
“Dengan keadaan jalan raya yang teruk dan para pelajar terpaksa menempuh perjalanan yang jauh setiap hari, pastinya menyebabkan mereka kehilangan tumpuan apabila berada di sekolah,” katanya.
Katanya lagi, sebahagian pelajar dari mukim Lanas melanjutkan persekolahan peringkat menengah sama ada di SMK Tulid, SMK Sook atau di Keningau.
Bagaimanapun Rusikan berkata, sebahagian daripada mereka tidak mampu berbuat demikian kerana masalah kewangan keluarga.
“Mereka daripada keluarga yang miskin dan tiada sumber pendapatan untuk menampung perbelanjaan anak-anak belajar di tempat jauh … kalaupun ada tapi pendapatan mereka tidak menentu,” jelasnya.
Mukim Lanas mempunyai 15 buah kampung iaitu Kg. Alab, Kg. Batu Lunguyan, Kg. Kilo, Kg.Kuit, Kg. Lalapakon, Kg. Lanas Station, Kg. Mansiat, Kg. Mengerimot, Kg. Nandagan, Kg. Pinipi, Kg. Senaron,Kg. Senaron Tengah, Kg. Seselungan dan Kg. Sinua, Kg. Tuawon.
Penduduk di beberapa buah kampung di Daerah Kecil Tongod yang berhadapan dengan masalah sekolah yang jauh juga me-nyokong penuh cadangan untuk mewujudkan SMK Trusmadi.
Sementara itu, Pengerusi JKKK Kg. Man-siat Ismail Amit berkata, pengujudan sebuah sekolah menengah di mukim Lanas amat mendesak dengan mengambil kira kesusahan para pelajar dan ibubapa.
“Dengan adanya sebuah sekolah menengah di kawasan itu, generasi baru di kawasan luar bandar dan terpencil dapat meneruskan pendidikan mereka ke peringkat sekolah menengah.
“Ramai yang terpaksa berhenti sekolah kerana ibu bapa tiada wang mencukupi untuk membelanjakan anak-anak mereka. Mukim Lanas amat terpencil dan ketiadaan sekolah menengah menghadkan keupayaan murid-murid melanjutkan pelajaran ke sekolah menengah,” katanya.
Mantan Ahli Parlimen Pensiangan, Datuk Bernard Maraat sebelum ini berkata, pengujudan sebuah sekolah menengah di kawasan itu perlu diambil perhatian untuk membantu menyusun pembangunan masyarakat luar bandar.
Isnin, 30 November 2009
Program Di Kg Kuit Lanas & Lawatan ke Kg Kionsom Baru
Balai raya lama kg Kionsom Baru..
Jambatan Kionsom Baru sedang dibina..
Datuk Ellron, PKR Sook sedang mendengar permasalahan
daripada En Lempungu..
Turut bersama ialah PJKKK Kg Kionsom Baru..(Baju Hitam)
Tinjauan/ lawatan ke Kg Kionsom Baru menjurus kepada mendengar masalah beberapa penduduk kampung tersebut. Masalah berkaitan dengan tapak tanah yang telah dicerobohi oleh sebuah agensi swasta...
LAWATAN KE EMPANGAN AIR SAWAH KG KUIT
pjkkk turut serta bersama yb datuk meninjau
empangan air kg kuit, lanas.
Lokasi empangan air yang dalam pembinaan..projek daripada JPS
Mungkin ada yang perlu ditambah??..
PJKKK Kg Kilo, Wilis Sanadon bertanyakan sesuatu kepada yb datuk...
Dtk Ellron sedang berucap dalam majlis tersebut..
Wakil Pengarah JASA Hasipin Arinen sedang memberikan ucapan..
Sesi dialog turut diadakan...PJKKK Alab Lanas turut serta..
Para hadirin yang berada dalam dewan Kg Kuit..
Sesi Dialog Datuk Ellron bersama masyarakat sekitar mukim lanas...
Ybhg. Datin Maria juga turut bersama ke Program...
'time makan' semasa makan pun, dtk ellron melayan apa jua masalah rakyat...
Jamuan/ makan tengahari...
Khamis, 26 November 2009
UCAPAN HARI RAYA HAJI..
Keningau, Pejabat UPKR N 37 Sook mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Haji kepada semua muslimin dan muslimat DUN Sook amnya seluruh negara. Semoga di hari yang mulia ini dapat mengeratkan lagi hubungan ukhwah kita bersama.
Kepada mereka yang ingin balik kampung, semoga anda selamat sampai ke kampung halaman INGATLAH ORANG YANG TERSAYANG..PANDULAH KENDERAAN DENGAN CERMAT..itulah pesanan YB Datuk Ellron Angin semasa dalam mesyuarat ADUN Bersama JKKK Zon A & B pada 23 & 24 Disember.
by:rmn
Kepada mereka yang ingin balik kampung, semoga anda selamat sampai ke kampung halaman INGATLAH ORANG YANG TERSAYANG..PANDULAH KENDERAAN DENGAN CERMAT..itulah pesanan YB Datuk Ellron Angin semasa dalam mesyuarat ADUN Bersama JKKK Zon A & B pada 23 & 24 Disember.
by:rmn
Rumah PBR Kg. Panagatan Ulu(2 Unit)
Bahagian tandas dan bilik mandi..
Bilik ada 3 kena buat....
Bahagian luar bersaiz 30x20 persegi...
Dalam proses pembinaan..
PJKKK Kg Panagatan Ulu, Ramian Ayub mengucapkan ribuan terima kasih kepada kerajaan melalui ADUN N. 37 Sook Datuk Ellron atas pemberian 2 unit PBR di kampungnya..Beliau berharap pelaksanaan projek ini berjalan dengan lancar serta mengikut skop kerja yang diarahkan oleh juruteknik..
Lawatan Kg. Menawo Laut(Tali Air Sawah)
Rabu, 25 November 2009
Mesyuarat ADUN dan JKKK Zon B (Mukim Sook,Tulid&Lanas)
Mesyuarat ADUN dan JKKK Zon A(Mukim Seberang,Ansip&Dalit)
Selasa, 24 November 2009
Mesyuarat JKKK dan ADUN Berjalan Lancar
Sook, mesyuarat JKKK dan ADUN bagi 2 Zon bagi kawasan ADUN N.37 Sook telah dilaksanakan baru-baru ini. Bagi Zon A(Mukim Seberang,Ansip,Dalit) mesyuarat pada 23/11/2009 dan Zon B(Mukim Sook, Tulid, Lanas)24/11/2009. Kedua-dua mesyuarat ini dipengerusikan sendiri oleh YB Datuk Ellron Angin..Terima kasih pada PJKKK yang hadir, dapatlah kita suarakan apa juga permasalahan diperingkat kampung. Turut bersama dalam mesyuarat PKR Sook Charles Ikang berserta Kakitangan UPKR Sook..
by:rmn
by:rmn
Isnin, 23 November 2009
Senisah Majilin (Chind) : Anak Sook di MyStarz LG Musim Ketiga
Chind
Peserta rancangan itu termasuklah Maisarah Ismail (Sarah), Nur Lydazura Abd. Aziz (Lyda), Senisah Majilin (Chind)- berdiri belakang 3 dari kiri , Raja Farah Afzal Raja Ikram (Tom), Nor Shahida Jamaluddin (Sha), Ahmad Azam Pit (Azam), Jaymeral Henry Monis (Jay), Muhamad Hafidz Muhamed Kamal (Apiz), Noorsyaiful Md. Zalaludin (Epul) dan Muhammad Farid Anuar (Farid).
Semoga berjaya dan seterusnya mengharumkan nama daerah Sook...
Sook: Rakyat memohon jalan di baiki.
Lebih 3000 penduduk Daerah Sook memohon agar pihak kerajaan segera meperbaiki laluan utama yang menghubungkan Sook dengan Keningau. Penduduk Kg Namadan Baru, Kg Lintuhun Baru dan Kg Bambangan antara yang menghadapi masalah laluan ini.
Semoga luahan penduduk Sook ini sampai ke pihak berwajib dan tindakan segera dapat diambil.Melihat kepada Gambar ini sahaja , memang laluan ini teramat perlu pembaikan segera.
Laluan ini juga difahamkan laluan harian untuk murid-murid sekolah dan juga guru-guru ke SK Lintuhun.
Semoga luahan penduduk Sook ini sampai ke pihak berwajib dan tindakan segera dapat diambil.Melihat kepada Gambar ini sahaja , memang laluan ini teramat perlu pembaikan segera.
Laluan ini juga difahamkan laluan harian untuk murid-murid sekolah dan juga guru-guru ke SK Lintuhun.
Khamis, 19 November 2009
Program Pemeriksaan Kesihatan
Keningau, satu program pemeriksaan kesihatan akan diadakan pada 21/11/2009 bertempat di Dewan Masyarakat Sook. Antara program :-
1. Pemeriksaan Payu Dara
2. Pemeriksaan Darah
3. Pemeriksaan Gigi
Justeru minta kepada masyarakat sekitar Sook datang beramai-ramai ke dewan sook.
Dalam masa yang sama juga pada jam 1.00pm YB Tan Sri Joseph Kurup akan ke Seselungon dalam majlis pemimpin bersama rakyat...
by:rmn
1. Pemeriksaan Payu Dara
2. Pemeriksaan Darah
3. Pemeriksaan Gigi
Justeru minta kepada masyarakat sekitar Sook datang beramai-ramai ke dewan sook.
Dalam masa yang sama juga pada jam 1.00pm YB Tan Sri Joseph Kurup akan ke Seselungon dalam majlis pemimpin bersama rakyat...
by:rmn
Sekitar Program SK Mansiat..
Langgan:
Catatan (Atom)