Jumaat, 13 November 2009

SEGERA BAIKI ASRAMA SMK SOOK


PANTAU…Ellron, Charles dan Jemira memantau keadaan bilik asrama yang terbakar.
Oleh: ROZIE JUMAT

TINDAKAN segera harus dilakukan untuk membina atau memperbaiki asrama lelaki SMK Sook yang rosak disebabkan terbakar. Asrama tersebut dihuni oleh seramai 150 pelajar yang kebanyakannya dari kawasan luar Bandar dalam Daerah Kecil Sook.

Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Ellron Agin berkata, tanpa asrama pelajar di sekolah itu akan terjejas sekaligus menyebabkan pelajar akan ketinggalan.

Ellron yang juga Wakil Rakyat Sook mahu jabatan kerajaan seperti Jabatan Kerja Raya untuk sentiasa memantau tahap keselamatan bangunan selain pendawaian elektrik.

Ellron membuat gesaan itu selepas melakukan lawatan ke asrama lelaki SMK Sook yang terbakar di sini pada rabu.

Wakil Rakyat Sook itu berkata, beliau amat bersimpati dengan kebakaran di asrama lelaki sekolah berkenan yang kebanyakannya berasal dari kawasan luar Bandar. Asrama itu dihuni pelajar yang kebanyakannya adalah dari Mukim Sook, Dalit, Tulid dan Mukim Lanas dalam daerah Kecil Sook.

Turut sama dalam lawatan itu ialah Pemimpin Kemajuan Rakyat, Charles Ikang dan Pengetua, Jemira Ekong.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails