Rabu, 11 November 2009

Keningau: RM1.2j latih bumiputera ceburi perniagaan

KENINGAU 7 Okt. - Sebanyak RM1.2 juta diperuntukkan bagi menyediakan kursus dan latihan kepada golongan bumiputera yang berminat untuk menceburkan diri dalam dunia perniagaan. Pengurus Besar Sedcovest Holdings Sdn. Bhd., Ramli Alan berkata, antara kursus dan latihan yang ditawarkan adalah pembuatan kek lapis, menjahit langsir, cadar dan kusyen.

Selain itu katanya, Sedcovest selaku pihak yang diamanahkan untuk melaksanakan program itu akan memperluaskan latihan berkenaan meliputi bidang kejuruteraan awam dan Skim Usahawan Siswazah pada masa akan datang. ”Oleh itu kita sangat berharap belia dan beliawanis bumiputera merebut peluang ini sebagai salah satu cara untuk meningkatkan ekonomi diri dan keluarga,” katanya. Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Bengkel Jahitan Langsir, Cadar dan Kusyen di Hotel Perkasa di sini hari ini. Seramai 28 usahawan dan bakal usahawan mengikuti kursus selama tiga hari itu.

Hadir sama Pengurus Latihan Usahawan Sedcovest, Jusli Potoh, Ketua Peserta, Rojiah Saion dan jurulatih bengkel jahitan, Dayang Aisah Jaimi. Ramli berkata, pelatih kursus perlu berani memulakan perniagaan sebaik menamatkan latihan. Katanya, kegagalan tidak dapat dielakkan tetapi keberanian untuk mengatasi kegagalan itu amat diperlukan untuk berjaya dalam perniagaan.

Beliau menambah, untuk memulakan perniagaan tidak semestinya memerlukan modal besar. ”Mungkin peringkat awal kita sasarkan ahli dalam keluarga sebagai pasaran produk, kemudian kita perluaskan di peringkat kawan-kawan dan kenalan. Selepas itu di peringkat kampung dan seterusnya,” katanya. Ramli berkata, beberapa institusi kerajaan ada menawarkan pinjaman bagi membolehkan golongan bumiputera memulakan perniagaan. ”Tetapi selepas sudah mendapat pinjaman jangan lupa tanggungjawab untuk membayar balik,” katanya

1 ulasan:

  1. Hello Semua orang,
    Nama saya Ahmad Asnul Brunei, saya menghubungi Encik Osman Loan Firm untuk jumlah pinjaman perniagaan sebanyak $ 250,000, Kemudian saya diberitahu tentang langkah Meluluskan jumlah pinjaman saya diminta, selepas mengambil risiko lagi kerana saya begitu banyak terdesak untuk menubuhkan sebuah perniagaan untuk kejutan terbesar saya, jumlah pinjaman Telah dikreditkan ke akaun bank saya dalam tempoh 24 jam perbankan Tanpa sebarang tekanan untuk mendapatkan pinjaman saya. Kerana saya Telah terkejut i adalah yang pertama untuk menjadi mangsa penipuan! Jika anda berminat untuk mendapatkan apa-apa jumlah pinjaman & anda yang terletak di mana-mana negara, saya akan memberi nasihat boleh menyentuh Mr Osman Loan Firm melalui e-mel osmanloanserves@gmail.com

    BORANG MAKLUMAT PERMOHONAN PINJAMAN
    Nama pertama ......
    Nama tengah .....
    2) Jenis Kelamin: .........
    3) Jumlah Pinjaman Diperlukan: .........
    4) Tempoh Pinjaman: .........
    5) Negara: .........
    6) Alamat Rumah: .........
    7) Nombor Telefon: .........
    8) Alamat e-mel ..........
    9) Pendapatan Bulanan: .....................
    10) Pekerjaan: ...........................
    11) Yang laman web adakah anda di sini tentang kami .....................
    Terima kasih dan salam mesra.
    E-mel Derek osmanloanserves@gmail.com

    BalasPadam

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails