Sabtu, 21 Ogos 2010

17 PELAJAR BERTUAH DICARI BAKTI


SERAMAI 17 orang pelajar dari kawasan pedalaman terpilih sebagai penerima bagi Program Derma Siswa Bakti (Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri Menteri/Timbalan Menteri) yang dikenali sebagai Bakti, dipengerusikan oleh Yang Amat Berbahagia, Isteri Perdana Menteri Datin Rosmah Mansor.

Pelajar dari sekolah menengah dari Daerah Keningau, Daerah Kecil Sook dan Daerah Nabawan itu dipilih berdasarkan pencapaian akademik yang cemerlang dan dari keluarga miskin.

Ketua Pegawai Perhubungan Parlimen Pensiangan, Vincent Lee (gambar kecil) berkata, para pelajar itu terdiri dari pelajar cemerlang di dalam peperiksaan Pendidikan Menengah Rendah (PMR), dan Sijil Persekolahan Malaysia (SPM).

Sebagai penerima bantuan program Bakti yang dipara penerima ini akan dijadikan Anak Angkat kepada Bakti sehingga menamatkan pendidikan masing-masing.

Namun kata Vincent, Bakti sentiasa memantau prestasi akademik penerima dan akan dipertimbangkan jika mereka mempunyai peningkatan.

Kata Vincent pada tahun 2008 seramai 7 pelajar telah menerima bantuan melalui Program Derma Siswa Bakti, dan pada tahun ini jumlah itu bertambah kepada 17 orang.

“Para penerima derma siswa ini terdiri dari pelajar sekolah yang berasal dari kawasan P182 Pensiangan, dan yang melanjutkan pelajaran ke tingkatan 4 atau tingkatan 6 di sekolah-sekolah di kawasan pedalaman,” kata Vincent.

Untuk meneruskan usaha membantu pelajar itu kata Vincent, sekali lagi Bakti melalui isteri Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar yang juga Ahli Parlimen Pensiangan, mengambil inisiatif untuk menambah jumlah penerima itu kerana menyedari masih ramai pelajar yang memerlukan bantuan tersebut yang diberikan secara tahunan bernilai RM600 seorang.

Majlis penyampaian program derma siswa itu akan dijalankan pada 4 September 2009 ( Jumaat) ini bermula jam 9.00 pagi di Hotel Perkasa, Keningau. Majlis itu akan dirasmikan oleh YB Tan Sri Joseph Kurup, Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar merangkap Ahli Parlimen Pensiangan.

Sehubungan dengan itu kata Vincent penama-penama di bawah adalah diminta untuk menghubungi Urusetia melalui 087-336908 untuk mengesahkan kehadiran mereka, kerana terdapat penerima yang layak tetapi tidak dapat dihubungi kerana masalah komunikasi.

Berikut ialah senarai penerima tersebut :

01) Mestrah Lauk (SMK Gunsanad),
02) Roslin Dantuai (SMK Tulid, Sook),
03) Poly Paladius (SMK Gunsanad),
04) Jenny Matusin (SMK Keningau),
05) Arixe Jamain( SMK Keningau),
06) Muhd zulkifli During (SMK Sook),
07) Camelia Stanis (SMK Sook ),
08) Cteopilus Stephen (SMK Keningau II),
09) Ardy Arshad (SMK Keningau II),
10) Gressy Robert (Twintech College, Sarawak),
11) Patrecea Philip Agut (SMK Teknik Keningau),
12) Clayrince Nuyaban (SMK Sepulut, Nabawan),
13) Dayrel Rapian Emin (SM St Francis Xavier, Keningau),
14) Deola Francis (SMK Gunsanad II, Keningau),
15) Jesscintha Junil (SMK Sepulut, Nabawan),
16) Nuraziela Abdul Kunin (SMK Sook , Keningau)
17) Rieduini Ambiang (SMK Sepulut).

Kampus baharu UiTM dibina di Sook, Keningau dalam RMK-10

KOTA KINABALU 14 Mei – Sebuah kampus Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang baharu akan dibina di Sook, Keningau dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) khusus menjadikannya sebagai Hab Pendidikan Pedalaman untuk Sabah.

Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman berkata, kos pembinaan untuk kampus baharu itu akan ditanggung oleh Kementerian Pengajian Tinggi dan tapaknya juga sudah pun dikenal pasti.

"Dianggarkan kosnya mencecah ratusan juta ringgit," katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Anugerah Biasiswa Cemerlang Sabah 2010 siri ke-21 di Dewan Undangan Negeri Sabah di sini hari ini. – Utusan

Selasa, 17 Ogos 2010

Sekitar Program Komuniti Bistari Kg Magatang

Entah apa yg mereka bualkan..PKR Charles Ikang dgn Sarjan
Cendera Kenangan daripada Pengerusi Bistari En. Danny Kuba
Inilah pelapis masa depan negara..
Para Pegawai JPN Kota Kinabalu Turut Mengambil Peranan
Kesempatan YB Datuk bersembang dgn rakyat
Hadiah, hamper dalam cabutan tiket bertuah.










JADUAL PENYELARASAN PJKKK/ KETUA KAMPUNG KAWASAN N. 37 SOOK

1. Kg. Kahaba, Dalit -16 Ogos 2010, jam 11.00am- Jawatan Ketua Kampung

2. Kg. Bangawong, Sook - 23 Ogos 2010, jam 11.00am - Jawatan Ketua Kampung
( Pemilihan Ketua Kampung Akan Dihadiri Oleh ADUN )

3. Kg. Binuwou Ulu, Sook - 24 Ogos 2010, jam 10.00am - Jawatan Ketua Kampung

4. Kg. Binakaan Sook - 24 Ogos 2010, jam 2.00am - Jawatan Ketua Kampung

5. Kg. Biah Skim II - 26 Ogos 2010, jam 2.30 pm - Jawatan Ketua Kampung

6. Kg. Menawo Ulu, Keningau - 28 Ogos 2010, jam 2.00pm- Jawatan PJKKK

7. Kg. Sakikilo, Sook - Jawatan PJKKK

8. Kg. Pantai Baru, Keningau - 25 Ogos 2010, jam 2.00pm - Jawatan Ketua Kampung

Penyelarasan akan dipantau oleh para pegawai pejabat UPKR N. 37 Sook.

Penyelarasan Ketua Kampung Kahaba

Keningau, Dalit pemilihan Jawatan Ketua Kampung Kahaba telah berjaya dilaksanakan dengan baik. Pemilihan tersebut telah dipengerusikan oleh Pemimpin Kemajuan Rakyat(PKR) N. 37 Sook sendiri kelmarin. Turut membantu PKR ialah WKAN Sokilim Andamat dan Pemaju Masyarakat Sook Ramian Ayub.
Dalam penyelarasan tersebut ianya melibatkan pertandingan 2 penjuru yang membabitkan En. Railas Bayasing dan juga En Perlimun Imut. Pemilihan adalah melalui kaedah pengundian yang melibatkan seramai 96 pemilih yang merupakan penduduk kampung Kahaba. Hasilnya, En Railas Bayasing telah mendapat undi tertinggi dengan 76 undi dan sekaligus dinamakan sebagai Ketua Kampung yang baru bagi Kampung Kahaba, Dalit.
Tahniah.

Jemputan Ke Keningau FM

Keningau, Pemimpin Kemajuan Rakyat(PKR) N. 37 Sook akan dijemput ke Keningau FM esok, rabu pada jam 10.00 pagi. Menurut beliau, jemputan itu adalah atas permintaan Stesen Radio Keningau FM untuk tujuan menghebahkan kepada rakyat berkenaan pembangunan Dun N. 37 Sook.

Dijangka lontaran soalan yang akan dibangkitkan adalah berkenaan usaha wakil rakyat sook membawa perubahan kepada kawasan ini sejak pilihan raya 2008. Oleh yang demikian, kita berharap kepada pendengar-pendengar Keningau FM esok khususnya dalam kawasan sook mendengar sesi temu bual tersebut dalam bahasa dusun pada jam 10.00 pagi.

Rabu, 11 Ogos 2010

Pembukaan Pusat Khidmat Rakyat

Keningau, pejabat UPKR N. 37 Sook melangkah setapak lagi demi untuk terus memberikan komitmen untuk membantu rakyat dengan pengwujudan Pusat Khidmat Rakyat kelak. Pusat ini akan dikelolakan oleh CDO Sook En. Abdul Kunin Saili sebagai pengerusinya. Pengwujudan pusat ini diputuskan dalam mesyuarat kakitangan UPKR Sook yang telah dipengerusikan oleh PKR Sook En. Charles Ikang setelah mendapat idea dalam perbincangan bersama dengan ADUN N. 37 sook.
En . Charles berkata, adanya Pusat Khidmat Rakyat sudah tentu akan membuka ruang yang luas kepada rakyat Sook mengutarakan segala permasalahan mereka. Hasil dapatan aduan rakyat akan terus diproses untuk tindakan selanjutnya mengikut kategori yang sesuai. Semoga dengan perkara ini akan menjadi kenyataan dalam masa terdekat.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails