Keningau, pejabat UPKR N. 37 Sook melangkah setapak lagi demi untuk terus memberikan komitmen untuk membantu rakyat dengan pengwujudan Pusat Khidmat Rakyat kelak. Pusat ini akan dikelolakan oleh CDO Sook En. Abdul Kunin Saili sebagai pengerusinya. Pengwujudan pusat ini diputuskan dalam mesyuarat kakitangan UPKR Sook yang telah dipengerusikan oleh PKR Sook En. Charles Ikang setelah mendapat idea dalam perbincangan bersama dengan ADUN N. 37 sook.
En . Charles berkata, adanya Pusat Khidmat Rakyat sudah tentu akan membuka ruang yang luas kepada rakyat Sook mengutarakan segala permasalahan mereka. Hasil dapatan aduan rakyat akan terus diproses untuk tindakan selanjutnya mengikut kategori yang sesuai. Semoga dengan perkara ini akan menjadi kenyataan dalam masa terdekat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan