SERAMAI 17 orang pelajar dari kawasan pedalaman terpilih sebagai penerima bagi Program Derma Siswa Bakti (Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri Menteri/Timbalan Menteri) yang dikenali sebagai Bakti, dipengerusikan oleh Yang Amat Berbahagia, Isteri Perdana Menteri Datin Rosmah Mansor.
Pelajar dari sekolah menengah dari Daerah Keningau, Daerah Kecil Sook dan Daerah Nabawan itu dipilih berdasarkan pencapaian akademik yang cemerlang dan dari keluarga miskin.
Ketua Pegawai Perhubungan Parlimen Pensiangan, Vincent Lee (gambar kecil) berkata, para pelajar itu terdiri dari pelajar cemerlang di dalam peperiksaan Pendidikan Menengah Rendah (PMR), dan Sijil Persekolahan Malaysia (SPM).
Sebagai penerima bantuan program Bakti yang dipara penerima ini akan dijadikan Anak Angkat kepada Bakti sehingga menamatkan pendidikan masing-masing.
Namun kata Vincent, Bakti sentiasa memantau prestasi akademik penerima dan akan dipertimbangkan jika mereka mempunyai peningkatan.
Kata Vincent pada tahun 2008 seramai 7 pelajar telah menerima bantuan melalui Program Derma Siswa Bakti, dan pada tahun ini jumlah itu bertambah kepada 17 orang.
“Para penerima derma siswa ini terdiri dari pelajar sekolah yang berasal dari kawasan P182 Pensiangan, dan yang melanjutkan pelajaran ke tingkatan 4 atau tingkatan 6 di sekolah-sekolah di kawasan pedalaman,” kata Vincent.
Untuk meneruskan usaha membantu pelajar itu kata Vincent, sekali lagi Bakti melalui isteri Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar yang juga Ahli Parlimen Pensiangan, mengambil inisiatif untuk menambah jumlah penerima itu kerana menyedari masih ramai pelajar yang memerlukan bantuan tersebut yang diberikan secara tahunan bernilai RM600 seorang.
Majlis penyampaian program derma siswa itu akan dijalankan pada 4 September 2009 ( Jumaat) ini bermula jam 9.00 pagi di Hotel Perkasa, Keningau. Majlis itu akan dirasmikan oleh YB Tan Sri Joseph Kurup, Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar merangkap Ahli Parlimen Pensiangan.
Sehubungan dengan itu kata Vincent penama-penama di bawah adalah diminta untuk menghubungi Urusetia melalui 087-336908 untuk mengesahkan kehadiran mereka, kerana terdapat penerima yang layak tetapi tidak dapat dihubungi kerana masalah komunikasi.
Berikut ialah senarai penerima tersebut :
01) Mestrah Lauk (SMK Gunsanad),
02) Roslin Dantuai (SMK Tulid, Sook),
03) Poly Paladius (SMK Gunsanad),
04) Jenny Matusin (SMK Keningau),
05) Arixe Jamain( SMK Keningau),
06) Muhd zulkifli During (SMK Sook),
07) Camelia Stanis (SMK Sook ),
08) Cteopilus Stephen (SMK Keningau II),
09) Ardy Arshad (SMK Keningau II),
10) Gressy Robert (Twintech College, Sarawak),
11) Patrecea Philip Agut (SMK Teknik Keningau),
12) Clayrince Nuyaban (SMK Sepulut, Nabawan),
13) Dayrel Rapian Emin (SM St Francis Xavier, Keningau),
14) Deola Francis (SMK Gunsanad II, Keningau),
15) Jesscintha Junil (SMK Sepulut, Nabawan),
16) Nuraziela Abdul Kunin (SMK Sook , Keningau)
17) Rieduini Ambiang (SMK Sepulut).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan