Selasa, 17 Ogos 2010

Penyelarasan Ketua Kampung Kahaba

Keningau, Dalit pemilihan Jawatan Ketua Kampung Kahaba telah berjaya dilaksanakan dengan baik. Pemilihan tersebut telah dipengerusikan oleh Pemimpin Kemajuan Rakyat(PKR) N. 37 Sook sendiri kelmarin. Turut membantu PKR ialah WKAN Sokilim Andamat dan Pemaju Masyarakat Sook Ramian Ayub.
Dalam penyelarasan tersebut ianya melibatkan pertandingan 2 penjuru yang membabitkan En. Railas Bayasing dan juga En Perlimun Imut. Pemilihan adalah melalui kaedah pengundian yang melibatkan seramai 96 pemilih yang merupakan penduduk kampung Kahaba. Hasilnya, En Railas Bayasing telah mendapat undi tertinggi dengan 76 undi dan sekaligus dinamakan sebagai Ketua Kampung yang baru bagi Kampung Kahaba, Dalit.
Tahniah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails