KOTA KINABALU 14 Mei – Sebuah kampus Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang baharu akan dibina di Sook, Keningau dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) khusus menjadikannya sebagai Hab Pendidikan Pedalaman untuk Sabah.
Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman berkata, kos pembinaan untuk kampus baharu itu akan ditanggung oleh Kementerian Pengajian Tinggi dan tapaknya juga sudah pun dikenal pasti.
"Dianggarkan kosnya mencecah ratusan juta ringgit," katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Anugerah Biasiswa Cemerlang Sabah 2010 siri ke-21 di Dewan Undangan Negeri Sabah di sini hari ini. – Utusan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan