Keningau- Kongres Tahunan Parti Bersatu Rakyat Sabah(PBRS) peringkat negeri akan diadakan pada 28-29 Disember 2009 bertempat di Hotel Sutera Habour. Persamian mesyuarat atau kongres ini dijangka akan dirasmikan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia Dato Seri Najib Tun Razak.
Menurut setiausaha kerja penganjur, En Vincent Lee pada 27/Disember/2009 Mesyuarat Agung Exco Pemuda PBRS dan Wanita PBRS akan diadakan di Kompleks Sukan Likas, Kota Kinabalu. Tan Sri Presiden PBRS Sabah akan merasmikan serentak kedua-dua mesyuarat ini.
Manakala pada 28/Disember/2009 Kongres Tahunan PBRS akan dirasmikan pada jam3.00 petang oleh YAB Perdana Menteri.
Oleh yang demikian, En Vincent Lee berharap semua ajk yang telah dibentuk dengan Datuk Dr Johnson Tee sebagai Pengerusi Jawatankuasa Penganjur memberikan komitmen penuh bagi memastikan Kongres ini berjalan lancar.
by:rmn
Bagi memastikan kongres ini berjalan lancar,mesyuarat terus diadakan lebih kerap. Tempat mesyuarat adalah di PBRS HQ.
BalasPadam