Rabu, 30 Disember 2009

Generasi Muda Pengubah Landskap Politik Tanahair

Jika diimbas sejarah PRU-12, ternyata arus politik negara telah berubah sama sekali. Golongan muda-mudi berdaftar dengan SPR dan sah memilih kerajaan hampir menjejaskan BN untuk terus berkuasa. Adakah?

1. Ini sebagai sabotaj?
2. Meluahkan kemarahan kepada kerajaan?
3. Memberi ingatan kepada BN?
4. Mahukan perubahan kepimpinan kerajaan secara drastik?
5. Pembelian undi?
6. Kesedaran sebenar mana yang PASLU atau BENAR?
7. Atau..........lebih banyak lagi persoalan-persoalan yang bermain difikiran kita semua....

Mahu tak mahu, apa juga yang telah berlaku ianya adalah satu sejarah Hitam Buat BN. Jika PRU-12 dilihat secara rawak, kita boleh menisbahkan pengundi Muda-mudi sebagai (PR-10):(BN-4)..dan ini adalah cukup terbukti. Mujurlah pengundi Sabah, Sarawak tetap memilih BN sebagai pilihan no. 1.

Justeru, bermulalah corak retorik yang dilemparkan oleh pelbagai pihak, termasuklah golongan profesional, tokoh ilmuan dan ramai lagi. Cerita kedai kopi tak pernah lekang HANYA TENTANG PRU-12. Rakyat terus tersentak dan secara perlahan-lahan minda kelas kedua dan ketiga terbuka luas.....PENGUNDI MUDA TETAP PENGUNDI MUDA Walhal mereka yang dikelaskan sebagai minda kelas pertama sudah merasakan ianya pasti berlaku, akhirnya menjadi kenyataan..2/3 kerusi Parlimen BN tidak dapat dicapai, hampir memusnahkan penguasaan selama 52 tahun pemerintahan...walaupun MEMBENTUK KERAJAAN KE PENGGAL SETERUSNYA..

Apakah yang terjadi kiranya BN kalah kepada PR ?
- senang saja, BN jadi pembangkang PR jadi kerajaan...Pasti.

Oleh itu, BN perlu terus berusaha membersihkan segala kotoran yang ada.. Rakyat/ pengundi sentiasa memerhatikan apa juga BN lakukan...Akar-umbi hingga ke Atasan Gemblengkan usaha bersama, satukan fikir, satukan risau untuk BN terus menerajui TAMPUK PEMERINTAHAN NEGARA MALAYSIA...1MALAYSIA RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUATAMAKAN....

by: rmn

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails