Isnin, 21 Disember 2009

Pasukan Bahagia United juara bertahan, Mukim Dalit Juara Liga Komuniti

Keningau- Pasukan Bahagia United telah mengekalkan kejuaraan sebagai Johan dalam kejohanan Piala Terbuka Bola Sepak 9 sebelah anjuran pergerakaan Pemuda PBRS Sook.
Manakala dalam masa yang sama juga, Pasukan Mukim Dalit menjuarai Kejohanan Liga Mukim Anjuran Kelab Sukan Komuniti Sook.

Menurut Ketua Pemuda PBRS N. 37 Sook Kahirin Bador sebanyak 28 pasukan yang telah menyertai kejohanan Piala Ketua Bahagian PBRS Sook. Bagi kejohanan Piala Mukim sebanyak 6 mukim telah menyertai kejohanan tersebut yang diketuai oleh En Vincent Lee sebagai Pengerusi panganjur kejohanan.

Dalam siri ucapan YB Tan Sri Joseph Kurup, beliau menyeru agar para belia DUN Sook dan Pensiangan terus bersama pihak kerajaan untuk meningkatkan mutu sukan negara ini. Walaupun kejohanan seperti ini dijalankan diperingkat kecil namun, bukan bermakna ianya tidak dapat memberikan sumbangan. Malahan bermula dari peringkat bawahlah sebenarnya bakat seseorang pemain atau ahli sukan dicungkil dan mampu diketengahkan sebagai ahli sukan yang berjaya.

Kedua-dua penerimaan hadiah pusingan ini pada 19/12/2009 jam 5.00 petang telah disempurnakan oleh YB Tan Sri sendiri. Turut hadir semasa perasmian penutupan kejohanan ini ialah Timbalan Pengarah Sekolah Hendry Gurney En Joanes Dusin Damit, KD Yunus Kimin serta pemimpin masyarakat..tahniah kepada pasukan BAHAGIA UNITED dan Pasukan Mukim Dalit..

by;rmn

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails