Khamis, 8 Julai 2010

Bersatu Kita Teguh, Bercerai Kita Roboh

Salam 1Malaysia, peribahasa ini amat bermakna bagi kita sebagai rakyat Malaysia. Jika kita bersatu tidak ada perkara mustahil sukar untuk diselesaikan, jika kita bercerai,tidak sehaluan, ego dan sebagainya pasti sesuatu perkara susah kita jayakan.
Begitulah juga hakikatnya kita di Kawasan Sook ini, perlu ada semangat 1Pasukan dalam menjalankan tugas. Sebagai pemimipin sama ada peringkat akar umbi, atasan, soal permuafakatan amat diperlukan dalam merealisasikan arus pembangunan. Kita percaya sekiranya kerja 1Pasukan diamalkan, pemimpin mampu membawa sebanyak mana perancangan terbaik untuk Daerah Kecil Sook. Sebagai pemimpin Kepentingan Peribadi Perlu Dijauhkan, Kepentingan Awam Diutamakan inilah asasnya.
Justeru, dengan adanya muafakat semua pemimpin Daerah Kecil Sook tentu akan mengalami perubahan untuk jangka masa panjang. Marilah semua rakyat dalam kawasan Dun Sook bersatu padu, cetuskan idea untuk mendokong usaha pemimpin kita untuk kebaikan bersama.
Sekian.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails