Jumaat, 2 Julai 2010

Keningau:Pemuda Umno minta Jeffrey perbetul diri sebelum kritik parti lain

KENINGAU: Pemuda Umno Sabah hari ini membidas Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Dr Jeffrey Kitingan kerana cuba mencampuri urusan parti politik lain sedangkan perjuangan politiknya sendiri belum “terurus”.

Ketuanya Azman Ruslan berkata Umno tidak perlu gusar dengan serangan pemimpin PKR itu yang cuba memburuk-burukan kepemimpinan Barisan Nasional (BN) mahupun Umno Sabah.

“Dia bebas berkata apa saja tentang Umno dan BN kerana saya percaya dia sangat terdesak melakukan sesuatu untuk mengalihkan perhatian rakyat, lebih-lebih lagi PKR sedang menghadapi krisis dalaman parti yang serius.
“Dengan mengkritik kepimpinan BN dan Umno Sabah, beliau menjangka rakyat Sabah akan lupa segala masalah dan kelemahan yang berlaku dalam PKR.

“Saya tidak fikir Umno mahupun BN Sabah merasa tergugat dengan kenyataan seorang pemimpin yang sudah ada legasi politik sendiri, termasuk sering ‘menukar baju’ (melompat parti),” katanya kepada Bernama ketika mengulas kenyataan Jeffrey semalam kononnya pengerusi BN Sabah tidak dapat lagi mengawal parti-parti komponen BN.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails