Rabu, 14 Julai 2010

Skim Bantuan Biasiswa Dun Sook

Keningau, sreamai 60 pelajar yang terdiri daripada sekolah rendah dan menengah telah menerima Skim Biasiswa daripada Yayasan Sabah kelmarin. Majlis penyampaian Skim tersebut disempurnakan oleh ADUN N. 37 Sook Datuk Ellron Angin di Hotel Juta Keningau.
Dalam ucapan YB Ellron, beliau mengucapakan terima kasih kepada pihak Yayasan Sabah atas inisiatif yang dilakukan untuk membantu pejalar kurang mampu. Namun beliau mengharapkan agar Skim Biasiswa ini dipertingkatkan kepada Biasiswa Bulanan di masa akan datang. Disamping itu, usaha yang telah dibuat oleh Yayasan Sabah khususnya di Dun Sook turut disentuh oleh YB Ellron, beliau amat mengalu-alukan perkara ini untuk kebaikan rakyat Sook. Beliau juga berharap agar bantuan tersebut dapat digunakan sebaiknya oleh pelajar untuk meningkat mutu pembelajaran. Katanya, " anda adalah pelapis pemimpin negara, belajarlah sungguh-sungguh agar mampu untuk memberikan kebaikan untuk orang lain".
Turut hadir ketika majlis penyampaian ialah ADO Sook Jasli Tindi, Wakil Pejabat Pendidikan Daerah Keningau, PKR Sook Charles Ikang dan Ketua Pegawai Tadbir Yayasan Sabah Keningau En. Frederik. Salah seorang daripada ibubapa pelajar yang terlibat berkata, Skim ini sedikit sebanyak dapat membantu anaknya membeli beberapa alatan persekolahan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails