Khamis, 1 Julai 2010

Kursus JKKK Berjaya Dilaksanakan

Keningau, Kursus Pentadbiran JKKK bagi Dun Liawan, Bingkor Dan Sook berjaya dilaksana selama 3 hari di Hotel Perkasa Keningau. Seramai 147 peserta yang terdiri daripada Pengerusi JKKK menyertai kursus yang dianjurkan oleh KPLB dengan kerjasama Pejabat Daerah dan Pejabat UPKR Sook, Liawan & Bingkor. Seramai 74 PJKKK daripada Dun Sook menyertai kursus ini.
Perasmian penutupan kursus tersebut telah disempurnakan oleh Menteri Pembangunan Luar Bandar iaitu YB Datuk Dr Ewon Ebin. Dalam ucapannya, beliau berkata PJKKK perlu proaktif untuk mendaftarkan rakyat di bawa jagaan masing-masing sebagai E-kasih. Selain itu, beberapa usul dikemukakan oleh PJKKK melalui Pegawai Daerah Keningau iaitu:
1. Elaun dinaikkan
2. Bil-bil Bangunan Awam ditanggung oleh kerajaan
3. Peluang laksana projek dibawa 25 000
Mengulas permohonan itu, Datuk Dr Ewon berkata perkara ini akan dipertimbangkan oleh Kementerian untuk di bawa kepada pihak Kabinet. Beliau juga mengucapkan tahniah kepada penganjur kerana telah berjaya melaksanakan kursus JKKK dengan jayanya.
By: rmn

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails