Jumaat, 2 Julai 2010

Nabawan : Kemudahan awam musnah akibat banjir akan diselenggara

NABAWAN: Beberapa kemudahan awam yang rosak dan musnah akibat banjir baru-baru ini di Pensiangan akan diambil perhatian dan diselenggarakan oleh kerajaan.

Ketua Umno Bahagian Pensiangan, Datuk Abdul Ghani Datuk Yassin, berkata kemudahan-kemudahan yang musnah seperti jeti akan dibina semula kerana ia adalah keperluan yang mendesak oleh penduduk kampung.
Selain itu katanya, kemudahan yang mengalami kerosakan termasuk balai budaya di pekan Pensiangan akan dibaiki dengan segera kerana ia juga keperluan penduduk semasa mengadakan majlis keramaian.

“Kita akan usahakan dan kemukakan kepada pihak yang berkenaan agar tindakan segera dapat diambil,” katanya kepada New Sabah Times selepas meninjau kesan banjir di Pensiangan yang memusnahkan rumah kediaman penduduk dan kemudahan awam baru-baru ini.

Ghani berkata, beliau akan memohon kepada Jabatan Ketua Menteri untuk mengatasi masalah-masalah yang mendesak selepas banjir itu.

Katanya, terdapat beberapa kemudahan awam rosak dan musnah akibat banjir yang turut memusnahkan harta penduduk.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails