Jumaat, 16 Julai 2010

IBU TUNGGAL TERHARU DAPAT SUMBANGAN PBRS




Kg.Penagatan Laut, 8hb Julai 2010, Masa : 11.00am .


Puan Rose Fatimah Samudin, 57 di Kg.Penagatan Laut, Keningau terharu dan menitiskan air mata apabila rombongan dari Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) diketuai Exco Pemuda, Kahirin Bador, Setiausaha Pemuda Bahagian Sook, Ramian Ayub dan Exco Wanita PBRS, Rozie Jumat menghantar bantuan berupa zink dan beruti kepadanya disini tengahari khamis.

Rose berkata, beliau merasa terharu kerana semasa angin kuat yang berlaku pada petang kelmarin (7hb) seseorang yang bernama , Charles Ikang mengambil gambar keadaan rumahnya dalam keadaan hujan. Charle s ialah Pemimpin Kemajuan Rakyat (PKR) N.37 Sook yang juga Setiausaha EXCO Pemuda PBRS Pusat.

"Dan pada hari ini, bantuan berupa zink dan beruti disampaikan bagi meringankan beban yang dihadapi oleh saya kerana atap zink rumah saya ini diterbangkan angin," kata Rose.

Katanya hidup beliau sememangnya susah kerana suaminya telah lama meninggal dunia, sementara anak-anak beliau masih muda, dan perlu ditanggung.

"Saya berterima kasih kepada PBRS dan Wakil rakyat yang memberikan bantuan ini.Semoga kamu di berkati Tuhan," luah Rose.

Sumber : Sabah Times

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails