Khamis, 25 Februari 2010
Selasa, 23 Februari 2010
Jaga Nama Sebagai Anggota RELA
Ellron sedang memasangkan pangkat kepada Ketua Platun Rela Kg Lintuhun.
Katanya, RELA juga amat berperanan penting untuk mengawal keamanan negara di peringkat bawah. Keamanan, keselematan kampung adalah di bawa jagaan dan tanggungjawab anggota Rela. Mereka perlu jalinkan kerjasama erat dengan pemimpin kampung seperti Ketua kampung dan Pengerusi JKKK agar setiap perkara berkaitan dapat diurus dengan baik dan berkesan.
By;rmn
Sook- Satu majlis pemasangan pangkat kepada anggota RELA Kg Lintuhun telah disempurnakan oleh YB Datuk Ellron. Dalam ucapan ringkasnya, beliau menyeru nama baik RELA perlu di jaga. Katanya, sebagai anggota RELA mengutamakan disiplin adalah yang terbaik, disamping menjadi contoh kepada masyarakat setempat.
Dalam majlis tersebut ianya turut dihadiri oleh Datin Maria Ellron, PRD Keningau En Venantius Mansinga, Peg. Rela Mukim Sook Muhidin Mahali, CDO Sook Abdul Kunin Saili, Pemaju Masyarakat Sook Ramian Ayub serta pemimpin masyarakat.
Katanya, RELA juga amat berperanan penting untuk mengawal keamanan negara di peringkat bawah. Keamanan, keselematan kampung adalah di bawa jagaan dan tanggungjawab anggota Rela. Mereka perlu jalinkan kerjasama erat dengan pemimpin kampung seperti Ketua kampung dan Pengerusi JKKK agar setiap perkara berkaitan dapat diurus dengan baik dan berkesan.
By;rmn
Khamis, 18 Februari 2010
Masalah Sekolah Perlu Diberi Perhatian Khas
Sook, apabila kami turun padang ke sekolah-sekolah untuk mengambil data-data berkaitan ternyata, masalah setiap sekolah adalah sama dan mendesak. Sekolah sekitar Mukim Seberang umpamanya hampir keseluruhan masalah yang dihadapi sama. Misalnya kekurangan blik darjah amat ketara sehingga menggunakan rumah guru sebagai kelas. Sedangkan rumah guru bukan untuk tempat mengajar tapi untuk kediaman guru-guru. Malah lebih teruk lagi ada sekolah yang menggunakan kelas bawah bangunan(bawah kolong).
Selain itu, masalah makmal komputer juga turut dialami oleh sekolah sekitar Mukim Seberang. Bangunan ada, namun pengisian komputer itu sendiri gagal disediakan dalam tempoh yang sepatutnya. Dimana silapnya, siapa yang harus kita aduka perkara ini, dimana belanjawan yang telah diumumkan. Hakikatnya kesan ini akhirnya dirasai oleh pelajar sekolah itu sendiri. Jadi bagaimana sekolah luar bandar melahirkan pelajar berkualiti setanding pelajar dalam bandar. Dalam perkara ini kerajaan akan mengalami kerugian kesan dari serba kekurangan kemudahan sekolah.
Oleh yang demikian, lawatan Tim Menteri Pelajaran Malaysia pada 22/02/2010 sehingga 24/02/2010 akan datang diharapkan membawa manfaat. Sekurang-kurangnya segala masalah yang dihadapi oleh sekolah di P. 182 Pensiangan berkurangan. Kita harapkan barisan kepimpinan BN di Pensiangan yang diketuai oleh YB Tan Sri Jospeh Kurup mengajukan segala permasalahan sekolah dengan cara yang paling berkesan.
by; rmn

Senarai Sekolah DUN N. 37 Sook
Senarai Sekolah :
Mukim Seberang
1. Sk Kapayan
2. Sk Sodomon
3. Sk Ambual
4. Sk Magatang
5. Sk Panagatan
6. Sk Menawo
7. SMK Keningau
8. IPKS Keningau
Mukim Ansip
1. Sk Ansip
2. Sk Biah Tengah
3. Sk Biah Skim
4. Sk Pekan 2
5. Sk Ching Meng
6. Sk Membulu
Mukim Dalit
1. Sk Kalampun
2. Sk Dalit
3. Sk Mamagun
4. Sk Bonor
5.
Mukim Sook
1. Sk Sook
2. Sk Lintuhun Baru
3. Sk Kebulu
4. Sk Rancangan Belia Tiulon
5. Sk Binuwou
6. Sk Bunang
7. Sk Binakaan
8. SMK Sook
Mukim Tulid
1. Sk Kabuan
2. Sk Kawakahan
3. Sk Malima
4. Sk Delayan
5. Sk Tulid
6. Sk Kabatang Baru
7. Sk Batu Lunguyan
8. SMK Tulid
Mukim Lanas
1. Sk Lanas
2. Sk Sinaron
3. Sk Sinua
4. Sk Nandagan
Mukim Seberang
1. Sk Kapayan
2. Sk Sodomon
3. Sk Ambual
4. Sk Magatang
5. Sk Panagatan
6. Sk Menawo
7. SMK Keningau
8. IPKS Keningau
Mukim Ansip
1. Sk Ansip
2. Sk Biah Tengah
3. Sk Biah Skim
4. Sk Pekan 2
5. Sk Ching Meng
6. Sk Membulu
Mukim Dalit
1. Sk Kalampun
2. Sk Dalit
3. Sk Mamagun
4. Sk Bonor
5.
Mukim Sook
1. Sk Sook
2. Sk Lintuhun Baru
3. Sk Kebulu
4. Sk Rancangan Belia Tiulon
5. Sk Binuwou
6. Sk Bunang
7. Sk Binakaan
8. SMK Sook
Mukim Tulid
1. Sk Kabuan
2. Sk Kawakahan
3. Sk Malima
4. Sk Delayan
5. Sk Tulid
6. Sk Kabatang Baru
7. Sk Batu Lunguyan
8. SMK Tulid
Mukim Lanas
1. Sk Lanas
2. Sk Sinaron
3. Sk Sinua
4. Sk Nandagan
Rabu, 17 Februari 2010
BN Jangan Ghairah Karenah Pakatan Rakyat
Para pejuang BN Sabah dan amnya Malaysia, karenah Pakatan Rakyat(PR) yang sukar kita jangkakan janganlah kita ghairah melontar sebarang prejudis. Apa kata jika semua yang berlaku hanya satu lakonan sahaja dan taktik mereka(PR) untuk menjatuhkan BN itu sendiri. Pastinya BN akan terima padahnya.
BN sepatutnya melihat masalah mereka sendiri dan bergabung tenaga untuk menyelesaikan. Lihatlah MCA, PPP masalah dalaman mereka masih belum ada tanda-tanda untuk ke arah jalan penyelesaian yang terbaik. Di mana peranan kepimpinan BN dalam menangani perkara ini. Mungkin alasan yang diberikan berilah kepercayaan kepada parti MCA,PPP untuk menyelesaikan masalah mereka namun hakikatnya parti ini dalam komponen BN. Secara langsung moral BN juga terjejas dan turut menjadi perhatian rakyat jelata. Justeru keghairahan pemimpin BN untuk asyik meperlekehkan ketidaksefahaman PR WAJIB dibuang sejauh mata memandang.
Kita lihat isu Datuk Zahrain yang telah keluar daripada Parti keadilan Rakyat(PKR) baru-baru ini, pemimpin BN bagaikan CENDAWAN TUMBUH bangun untuk menzahirkan reaksi mereka. Ingatlah wahai orang-orang BN, kepala-kepala BN akhirnya perkara ini rakyat yang akan tentukan melalui UNDI bukannya kata-kata yang suka memburuk-burukkan. Janganlah kita terikutkan rentak PR, pembangkang tetap pembangkang, teruskan agenda pembangunan negara melalui BN. Lupakan tentang masalah Pakatan Rakyat di Pulau Pinang, Selangor, Kedah dan Kelantan. BN perlu tahu apa yang harus dilaksanakan untuk kebaikan negara, masih ada 20 bulan untuk memperbetulkan semua yang pincang. Usaha PM akan sia-sia jika tidak ada sokongan padu oleh rakan-rakan dalam BN. 1Malaysia, Rakyat didahulukan pencapaian diutamakan...
by;rmn
Sabtu, 13 Februari 2010
Carian Maklumat Sekolah Di P.182 Pensiangan
Keningau-Satu mesyuarat yang telah dipengerusikan oleh YB Datuk Ellron Angin telah dijalankan bagi mengumpul maklumat sekolah sekitar P. 182 Pensiangan. Mesyuarat tersebut dihadiri oleh staf UPKR Sook dan ADR P. 182 Pensiangan.
Dalam rekod kawasan Parlimen Pensiangan mempunyai 2 DUN iaitu kawasan Sook dan Nabawan. Justeru, selepas sahaja mesyuarat kelmarin carian maklumat berkenaan permasalahan sekolah-sekolah akan dilaksanakan. Laporan lengkap akan dibentangkan kepada Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Dr Fuad Zarkashi sempena lawatan ke P. 182 Pensingan pada 22-24 Febuari 2010.
Senarai Petugas carian maklumat sekolah :
Sekolah Mukim Seberang : PKR Sook Charles Ikang, Ramian Ayub, Robert Lunau
Sekolah Mukim Ansip : Raipian Emin, Jeofrey Kinawa, Abdul Saidi
Sekolah Mukim Dalit : Joefrey Kinawa, Julef Bashir
Sekolah Mukim Sook : CDO Kunin Saili, Lasius Ingkon
Sekolah Mukim Tulid : Eswor Eram, Alex Ismail
Sekolah Mukim Lanas : Alex Ismail
Sekolah Nabawan : Steven Lewin
Sekolah Pagalungan : Empir Andingos
Adalah diharapkan agar perkara ini mendapat kerjasama baik daripada warga pendidik. Hasil tinjauan ini akan diselaraskan dalam bentuk laporan untuk disampaikan kepada Tim Menteri Pelajaran pada 22/02/2010.
by: rmn

Khamis, 11 Februari 2010
Kunjungan Ke Sekitar Pekan Keningau
Keningau- Kakitangan UPKR N. 37 Sook dan Parlimen P.182 Pensiangan turut serta dengan beberapa pemimpin Barisan Nasional(BN) turun padang di sekitar Pekan Keningau. Tujuan kunjungan tersebut adalah untuk bertemu dengan para masyarakat, peniaga sekitar Keningau untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru. Rombongan tersebut diketuai oleh YB Datuk Yee Mo Chai selaku Timbalan Presiden PBS Sabah.
Hampir kesemua tempat sekitar Pekan Keningau telah dikunjungi oleh para pemimpin BN. Sambutan orang ramai adalah amat menggalakan masing-masing menerima kunjungan dengan senyuman dan gembira bersalaman dengan pemimpin mereka. Pegawai Daerah Keningau, ADUN Bingkor juga turut serta dalam program tersebut. Bagi parti PBRS pula ianya diketuai oleh Vincent Lee selaku Ketua Pemuda Exco PBRS Sabah. Lawatan ini telah berakhir di Hotel Juta, Keningau.
By;Rmn
Selasa, 9 Februari 2010
Kemangkatan Sultan Johor Darul Ta'azim
Sebagai rakyat Malaysia, mohon untuk merafak sembah setinggi-tinggi takziah kepada seluruh Kerabat Diraja Johor di atas kemangkatan kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor, Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail. Semoga Roh Almarhum Baginda dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan para solihin.
Al-Fatihah..
Al-Fatihah..
Ahad, 7 Februari 2010
Jangan terlalu terikat kuota: Lajim
KENINGAU: Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Lajim Ukin berkata, jangan terlalu terikat dengan kuota apabila meletakkan calon dalam pilihan raya akan datang bagi memastikan Barisan Nasional (BN) terus mendapat sokongan. Katanya, kuota bukan penentu kemenangan tetapi kemenangan yang mutlak adalah terletak dalam sokongan majoriti pengundi di kawasan berkenaan.
Lajim yang juga Timbalan Menteri Kerajaan Tempatan Dan Perumahan berkata, antara faktor kekalahan BN di beberapa negeri di Semenanjung adalah disebabkan penentuan kuota dan tidak berlandaskan kepada suara majoriti rakyat. Justeru itu katanya, apa yang berlaku di negeri-negeri berkenaan seperti Selangor yang jatuh ke tangan pembangkang akibat ketidakpuasan rakyat terhadap calon yang diletakkan jangan berlaku di Sabah. Dalam masa yang sama Ahli Majlis Tertinggi Umno itu menggesa para pemimpin Umno di negeri ini perlu turun padang dan menemui ahli diperingkat akar umbi agar hati rakyat khususnya ahli Umno dekat dihati pemimpin mereka.
Katanya, para pemimpin Umno perlu mendekati ahli dan rakyat keseluruhan bagi memastikan sokongan mereka berkekalan kepada BN. “Ini adalah saranan Presiden Umno yang juga Perdana Menteri Datuk Seri Mohd. Najid Tun Razak kepada pemimpin-pemimpin Umno dan BN,” katanya semasa berucap pada majlis sarapan pagi besama pemimpin dan ahli Umno Bahagian Keningau, Pensiangan dan Tenom di hotel juta di sini awal pagi kelmarin.
Lajim yang juga Timbalan Menteri Kerajaan Tempatan Dan Perumahan Persekutuan berkata, mendekati rakyat lebih dekat ada resipi yang terbaik dalam perjuangan politik.
Beliau berkata, rakyat telah meletakkan pemimpin duduk di atas maka wajarlah pemimpin memberi perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat.
Di majlis singkat itu Lajim turut meminta agar para pemimpin dan ahli-ahli Umno di negeri ini memberikan sokongan sepenuhnya kepada Pengerusi Perhubungan Umno Sabah yang juga Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Haji Aman. Katanya, jika ada t tohmahan-tohmahan dari pihak pembangkang, pemimpin dan ahli Umnolah yang harus menjadi benteng kepimpinan Umno. “Kita merasa kesal jika terdapat pemimpin dan ahli Umno yang tidak bertanggungjawab yang mengaminkan tohmahan pembangkang,” tegasnya.
Hadir sama di majlis itu Ketua Umno Bahagian Keningau Datuk Haji Sairin Haji Karno, Ketua Umno Bahagian Tenom Datuk Rubin Balang, Timbalan Ketua Umno Bahagiab Pensiangan Ahuar Rasam, Timbalan Ketua Umno Bahagian Keningau Hj, Jasni Rahmat, Ketua Wanita Umno Pensiangan Hajah Zaiton OKK Anik, Ketua Pemuda Umno Pensiangan Md. Syafiq Peter Tinggi, dan barisan kepimpinan Umno Keningau, Pensiangan dan Tenom.
Sumb: Berita Sabah Times 7/2
TIGA DOKTOR MAUT DALAM KEMALANGAN
KOTA KINABALU: Empat meninggal dunia termasuk tiga doktor dari Hospital Likas dalam kemalangan maut jam 12 tengah malam Jumaat. Kesemua mereka termasuk dua orang doktor wanita menaiki kereta BMW dari Kota Kinabalu merempuh bas 27 penumpang di Jalan Pantai Sembulan, dekat pejabat New Sabah Times.
Tiga daripada mereka yang dikenali sebagai Prem Sastigan A/L Ganadas, 26, pemandu BMW, Wong Wai Choong, 28 dan P. Bauani A/P Phavy, 26, mengalami kecederaan teruk di kepala dan badan selepas kereta mereka terbalik dan kesemua mereka meninggal dunia di tempat kejadian.
Seorang lagi doktor wanita, Jeyalaksmi A/P Thamburaja, 27, mengalami kecederaan dan patah kaki kini masih dirawat di Hospital Queen Elizabeth.
Ketiga-tiga mangsa dari Semenanjung Malaysia dan waris terdekat mereka sudahpun dimaklumkan dan mereka kini sedang menjalani bedah siasat di bilik mayat Hospital Queen Elizabeth, kelmarin.
Seorang lagi mangsa lainnya, penumpang bas berumur 32 tahun dikenali sebagai Jemalyn Baharod Alvarez, dari Menggatal, yang meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital.
Pemandu bas berkenaan mengalami patah kaki dalam kemalangan dan kini masih di hospital, manakala 18 lagi penumpang lainnya dalam keadaan selamat.

Ketua Polis Bandaraya, ACP Ahmad Sofi Zakaria, ketika dihubungi kelmarin, berkata siasatan masih dijalankan. “Kami akan menyiasat untuk menentukan punca kejadian,” katanya.
Mengenai soalan sama ada pemandu BMW berkenaan memandu laju atau dalam keadaan dipengaruhi alkohol, Ahmad Sofi berkata, pihaknya juga sedang menunggu keputusan bedah siasat.
Sumb: Berita Sabah Times 7/2
Jumaat, 5 Februari 2010
Pergerakan ADUN
Berikut pergerakan ADUN N. 37 Sook:
Tarikh : 1-28 Febuari 2010
1/2 - Lawatan ke Bornion Timber Bersama Pemimpin Masyarakat
4/2 - Mesyuarat Berkenaan Bantuan Subur
4/2 - Ke Kg Kesuing Sungoi
5/2 - Taklimat Pembangunan Tanah Oleh Bornion Timber di Kuit, Pinipi, Lanas
5/2 - Ke Kg Bangawong - Meninjau masalah rakyat
6/2 - Ke Kg Batu Lunguyan - Mesyuarat JKKK Bersama ADUN N. 37 Sook
8/2 - Lawatan Sambil Belajar Ke Sandakan (PKR Sook turut serta )
9/2 - Lawatan Sambil Belajar Ke Sandakan (PKR Sook turut serta )
10/2 -Ke Sekitar Pekan Keningau Bersama Pari-Parti Komponen BN- Tahun Baru Cina
11/2 - Mesyuarat YB ADUN bersama Pegawai Kebajikan di Kota Kinabalu
12/2 - Mesyuarat dengan staf UPKR Sook, ADR P.182 Pensiangan
19/2 - Mesyuarat Tindakan Peruma-rumaha'an
20/2 - Mesyuarat berkenaan Lawatan Tim Menteri Pelajaran Ke P. 182 Pensiangan
21/2 - Ke Kg Lintuhun Baru, pemasangan pangkat angggota RELA
22/2 - Ke Salong mengiringi Tim Menteri Pelajaran
23/2 - Ke Kg Karamatoi dan Pekan Sook meninjau masalah rakyat
23/2 - Ke Tenom, jemputan majlis Tahun Baru Cina LDP
24/2 - Ke Kg Ansip meninjau masalah rakyat
27/2 - Ke Pinipi untuk melawat tapak pelancongan
27/2 - Ke Nandagan untuk menghadiri progran jabatan kesihatan
28/2 - Ke Likowon, Ansip meninjau masalah rakyat
Terkini.

Taklimat Bornion Timber Soal Pembangunan Tanah
Sook- Bagi menjelaskan perancangan untuk membangunkan tanah satu sesi taklimat oleh Bornion Timber diadakan di Kuit,Lanas. Turut bersama dalam program ini ialah Datuk Ellron Angin sendiri dan diringi oleh PKR Sook Charles Ikang serta kakitangan UPKR Sook.
Antara tujuan taklimat ini adalah untuk lebih menjelaskan lagi kepada rakyat yang berminat untuk mengusahakan tanah dengan usahasama pihak swasta. Kita berharap dengan adanya alternatif ini, sumber pendapatan isi rumah akan datang meningkat di masa depan. Perkara ini adalah amat diberi keutamaan oleh Wakil Rakyat N. 37 Sook. Katanya tidak ada maknanya arus pembangunan dibawa ke Sook, sedangkan pendapatan isi rumah rendah. Ianya perlu diseimbangkan bagi mengurangkan masalah miskin tegar dalam kawasan Sook.

Rabu, 3 Februari 2010
Lawatan Ke Bornion Timber
Penuh makna, antara pemimpin mesyarakat yang menyertai lawatan bersama YB Ellron
Demo Pembakaan bibit yang betul dilakukan
Sesi taklimat ringkas daripada Ellron dan Bornion Timber
Demo Pembakaan bibit yang betul dilakukan
Sesi taklimat ringkas daripada Ellron dan Bornion Timber
Sook, Lawatan Sambil Belajar ke Bornion Timber baru-baru ini amat bermanfaat kepada rakyat DUN Sook. Rombongan ini diketuai oleh YB Datuk Elron Angin Wakil Rakyat N. 37 Sook bersama dengan 100 orang pemimpin akar umbi terdiri daripada Pengerusi JKKK, Ketua Kampung, Ketua Daerah, WKN /WKAN serta pemimpin masyarakat.
Terlebih dahulu rombongan ini disambut oleh CEO Bornion Timber Mr Yeo dan Mr Philip. Taklimat ringkas berkenaan peranan Bornion Timber juga telah diberikan oleh Mr Philip kepada rombongan tersebut. Datuk Ellron berkata antara tujuan lawatan ini ialah untuk mendedahkan kepada masyarakat cara penanaman getah yang tepat dan berkualiti. Dalam siri lawatan sehari itu, kami telah dibawa oleh pengurusan Bornion Timber melihat sendiri cara pembakaan bibit getah dan beberapa tapak Nursery kajian pokok getah.
Dalam siri lawatan itu juga En Philip turut menegaskan agar para penduduk sekitar Bornion Timber tidak melakukan pembakaran terbuka. Beliau amat memandang perkara ini adalah amat serius oleh kerana banyak mendatangkan kerugian. Diakhir program tersebut YB Datu Ellron mengucapkan terima kasih kepada pengurusan Syarikat Bornion Timber kerana sudi menjemput masyarakat melawat ke syarikat berkenaan. Turut hadir bersama PKR Sook, CDO Sook, Pemaju Mukim, Pemaju Masyarakat Sook.
By;rmn
Selasa, 2 Februari 2010
Mesyuarat JKKK Bersama ADUN N. 37 Sook
Isnin, 1 Februari 2010
Peningkatan Pendapatan Isi Rumah Diutamakan
Sook, peningkatan pendapatan isi rumah diberi keutamaan. Itulah yang akan menjamin keselesaan rakyat. Wakil Rakyat N. 37 Sook YB Datuk Ellron berkata pembangunan yang dibawa oleh kerajaan tidak akan bermakna jika sekiranya pendapatan isi rumah rakyat ditahap rendah.
Bagi Dun N. 37 Sook, arus pembangunan ke kawsan ini adalah sentiasa berterusan secara berperingkat-peringkat. Sebanyak RM80juta telah dianggarkan bagi projek kecil hasil perbincangan bersama pihak Pejabat Daerah Kecil Sook, ADUN N. 37 Sook serta Pejabat ADR P. 182 Pensiangan. Antara projek kecil ini termasuklah pembinaan balai raya, mini dewan, pembaikan jalan raya dan banyak lagi. Semoga dengan adanya perancangan jangka masa panjang ini, memberi kesan yang baik kepada wajah Dun Sook di masa akan datang.
by:rmn
Langgan:
Catatan (Atom)