Jumaat, 5 Februari 2010

Taklimat Bornion Timber Soal Pembangunan Tanah

Sook- Bagi menjelaskan perancangan untuk membangunkan tanah satu sesi taklimat oleh Bornion Timber diadakan di Kuit,Lanas. Turut bersama dalam program ini ialah Datuk Ellron Angin sendiri dan diringi oleh PKR Sook Charles Ikang serta kakitangan UPKR Sook.

Antara tujuan taklimat ini adalah untuk lebih menjelaskan lagi kepada rakyat yang berminat untuk mengusahakan tanah dengan usahasama pihak swasta. Kita berharap dengan adanya alternatif ini, sumber pendapatan isi rumah akan datang meningkat di masa depan. Perkara ini adalah amat diberi keutamaan oleh Wakil Rakyat N. 37 Sook. Katanya tidak ada maknanya arus pembangunan dibawa ke Sook, sedangkan pendapatan isi rumah rendah. Ianya perlu diseimbangkan bagi mengurangkan masalah miskin tegar dalam kawasan Sook.

By;rmn

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails