Para pejuang BN Sabah dan amnya Malaysia, karenah Pakatan Rakyat(PR) yang sukar kita jangkakan janganlah kita ghairah melontar sebarang prejudis. Apa kata jika semua yang berlaku hanya satu lakonan sahaja dan taktik mereka(PR) untuk menjatuhkan BN itu sendiri. Pastinya BN akan terima padahnya.
BN sepatutnya melihat masalah mereka sendiri dan bergabung tenaga untuk menyelesaikan. Lihatlah MCA, PPP masalah dalaman mereka masih belum ada tanda-tanda untuk ke arah jalan penyelesaian yang terbaik. Di mana peranan kepimpinan BN dalam menangani perkara ini. Mungkin alasan yang diberikan berilah kepercayaan kepada parti MCA,PPP untuk menyelesaikan masalah mereka namun hakikatnya parti ini dalam komponen BN. Secara langsung moral BN juga terjejas dan turut menjadi perhatian rakyat jelata. Justeru keghairahan pemimpin BN untuk asyik meperlekehkan ketidaksefahaman PR WAJIB dibuang sejauh mata memandang.
Kita lihat isu Datuk Zahrain yang telah keluar daripada Parti keadilan Rakyat(PKR) baru-baru ini, pemimpin BN bagaikan CENDAWAN TUMBUH bangun untuk menzahirkan reaksi mereka. Ingatlah wahai orang-orang BN, kepala-kepala BN akhirnya perkara ini rakyat yang akan tentukan melalui UNDI bukannya kata-kata yang suka memburuk-burukkan. Janganlah kita terikutkan rentak PR, pembangkang tetap pembangkang, teruskan agenda pembangunan negara melalui BN. Lupakan tentang masalah Pakatan Rakyat di Pulau Pinang, Selangor, Kedah dan Kelantan. BN perlu tahu apa yang harus dilaksanakan untuk kebaikan negara, masih ada 20 bulan untuk memperbetulkan semua yang pincang. Usaha PM akan sia-sia jika tidak ada sokongan padu oleh rakan-rakan dalam BN. 1Malaysia, Rakyat didahulukan pencapaian diutamakan...
by;rmn
BN di semananjung sepatutnya mencontohi BN Sabah, Sarawak yang sederhana dalam semua perkara...
BalasPadamPihak media terutama Media Arus Perdana janganlah berkali-kali war-warkan apa yang berlaku dalam Pakatan Rakyat. Akhirnya rakyat akan membenci kerajaan BN...
BalasPadam