Khamis, 18 Februari 2010

Masalah Sekolah Perlu Diberi Perhatian Khas

Sook, apabila kami turun padang ke sekolah-sekolah untuk mengambil data-data berkaitan ternyata, masalah setiap sekolah adalah sama dan mendesak. Sekolah sekitar Mukim Seberang umpamanya hampir keseluruhan masalah yang dihadapi sama. Misalnya kekurangan blik darjah amat ketara sehingga menggunakan rumah guru sebagai kelas. Sedangkan rumah guru bukan untuk tempat mengajar tapi untuk kediaman guru-guru. Malah lebih teruk lagi ada sekolah yang menggunakan kelas bawah bangunan(bawah kolong).

Selain itu, masalah makmal komputer juga turut dialami oleh sekolah sekitar Mukim Seberang. Bangunan ada, namun pengisian komputer itu sendiri gagal disediakan dalam tempoh yang sepatutnya. Dimana silapnya, siapa yang harus kita aduka perkara ini, dimana belanjawan yang telah diumumkan. Hakikatnya kesan ini akhirnya dirasai oleh pelajar sekolah itu sendiri. Jadi bagaimana sekolah luar bandar melahirkan pelajar berkualiti setanding pelajar dalam bandar. Dalam perkara ini kerajaan akan mengalami kerugian kesan dari serba kekurangan kemudahan sekolah.

Oleh yang demikian, lawatan Tim Menteri Pelajaran Malaysia pada 22/02/2010 sehingga 24/02/2010 akan datang diharapkan membawa manfaat. Sekurang-kurangnya segala masalah yang dihadapi oleh sekolah di P. 182 Pensiangan berkurangan. Kita harapkan barisan kepimpinan BN di Pensiangan yang diketuai oleh YB Tan Sri Jospeh Kurup mengajukan segala permasalahan sekolah dengan cara yang paling berkesan.

by; rmn

1 ulasan:

  1. Sekolah yang lengkap mampu mempengaruhi pencapaian cemerlang dan melahirkan pelajar berkualiti...

    BalasPadam

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails