Rabu, 3 Februari 2010

Lawatan Ke Bornion Timber

Penuh makna, antara pemimpin mesyarakat yang menyertai lawatan bersama YB Ellron
Demo Pembakaan bibit yang betul dilakukan

Sesi taklimat ringkas daripada Ellron dan Bornion Timber


Sook, Lawatan Sambil Belajar ke Bornion Timber baru-baru ini amat bermanfaat kepada rakyat DUN Sook. Rombongan ini diketuai oleh YB Datuk Elron Angin Wakil Rakyat N. 37 Sook bersama dengan 100 orang pemimpin akar umbi terdiri daripada Pengerusi JKKK, Ketua Kampung, Ketua Daerah, WKN /WKAN serta pemimpin masyarakat.
Terlebih dahulu rombongan ini disambut oleh CEO Bornion Timber Mr Yeo dan Mr Philip. Taklimat ringkas berkenaan peranan Bornion Timber juga telah diberikan oleh Mr Philip kepada rombongan tersebut. Datuk Ellron berkata antara tujuan lawatan ini ialah untuk mendedahkan kepada masyarakat cara penanaman getah yang tepat dan berkualiti. Dalam siri lawatan sehari itu, kami telah dibawa oleh pengurusan Bornion Timber melihat sendiri cara pembakaan bibit getah dan beberapa tapak Nursery kajian pokok getah.
Dalam siri lawatan itu juga En Philip turut menegaskan agar para penduduk sekitar Bornion Timber tidak melakukan pembakaran terbuka. Beliau amat memandang perkara ini adalah amat serius oleh kerana banyak mendatangkan kerugian. Diakhir program tersebut YB Datu Ellron mengucapkan terima kasih kepada pengurusan Syarikat Bornion Timber kerana sudi menjemput masyarakat melawat ke syarikat berkenaan. Turut hadir bersama PKR Sook, CDO Sook, Pemaju Mukim, Pemaju Masyarakat Sook.
By;rmn










Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails