Sabtu, 13 Februari 2010

Carian Maklumat Sekolah Di P.182 Pensiangan

Keningau-Satu mesyuarat yang telah dipengerusikan oleh YB Datuk Ellron Angin telah dijalankan bagi mengumpul maklumat sekolah sekitar P. 182 Pensiangan. Mesyuarat tersebut dihadiri oleh staf UPKR Sook dan ADR P. 182 Pensiangan.

Dalam rekod kawasan Parlimen Pensiangan mempunyai 2 DUN iaitu kawasan Sook dan Nabawan. Justeru, selepas sahaja mesyuarat kelmarin carian maklumat berkenaan permasalahan sekolah-sekolah akan dilaksanakan. Laporan lengkap akan dibentangkan kepada Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Dr Fuad Zarkashi sempena lawatan ke P. 182 Pensingan pada 22-24 Febuari 2010.

Senarai Petugas carian maklumat sekolah :

Sekolah Mukim Seberang : PKR Sook Charles Ikang, Ramian Ayub, Robert Lunau
Sekolah Mukim Ansip : Raipian Emin, Jeofrey Kinawa, Abdul Saidi
Sekolah Mukim Dalit : Joefrey Kinawa, Julef Bashir
Sekolah Mukim Sook : CDO Kunin Saili, Lasius Ingkon
Sekolah Mukim Tulid : Eswor Eram, Alex Ismail
Sekolah Mukim Lanas : Alex Ismail
Sekolah Nabawan : Steven Lewin
Sekolah Pagalungan : Empir Andingos

Adalah diharapkan agar perkara ini mendapat kerjasama baik daripada warga pendidik. Hasil tinjauan ini akan diselaraskan dalam bentuk laporan untuk disampaikan kepada Tim Menteri Pelajaran pada 22/02/2010.

by: rmn

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails