Khamis, 11 Februari 2010

Kunjungan Ke Sekitar Pekan Keningau

Keningau- Kakitangan UPKR N. 37 Sook dan Parlimen P.182 Pensiangan turut serta dengan beberapa pemimpin Barisan Nasional(BN) turun padang di sekitar Pekan Keningau. Tujuan kunjungan tersebut adalah untuk bertemu dengan para masyarakat, peniaga sekitar Keningau untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru. Rombongan tersebut diketuai oleh YB Datuk Yee Mo Chai selaku Timbalan Presiden PBS Sabah.
Hampir kesemua tempat sekitar Pekan Keningau telah dikunjungi oleh para pemimpin BN. Sambutan orang ramai adalah amat menggalakan masing-masing menerima kunjungan dengan senyuman dan gembira bersalaman dengan pemimpin mereka. Pegawai Daerah Keningau, ADUN Bingkor juga turut serta dalam program tersebut. Bagi parti PBRS pula ianya diketuai oleh Vincent Lee selaku Ketua Pemuda Exco PBRS Sabah. Lawatan ini telah berakhir di Hotel Juta, Keningau.
By;Rmn

1 ulasan:

  1. Komponen parti BN seperti UMNO, PBRS, UPKO turut serta dalam lawatan ini..

    BalasPadam

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails