KOTA KINABALU: Empat meninggal dunia termasuk tiga doktor dari Hospital Likas dalam kemalangan maut jam 12 tengah malam Jumaat. Kesemua mereka termasuk dua orang doktor wanita menaiki kereta BMW dari Kota Kinabalu merempuh bas 27 penumpang di Jalan Pantai Sembulan, dekat pejabat New Sabah Times.
Tiga daripada mereka yang dikenali sebagai Prem Sastigan A/L Ganadas, 26, pemandu BMW, Wong Wai Choong, 28 dan P. Bauani A/P Phavy, 26, mengalami kecederaan teruk di kepala dan badan selepas kereta mereka terbalik dan kesemua mereka meninggal dunia di tempat kejadian.
Seorang lagi doktor wanita, Jeyalaksmi A/P Thamburaja, 27, mengalami kecederaan dan patah kaki kini masih dirawat di Hospital Queen Elizabeth.
Ketiga-tiga mangsa dari Semenanjung Malaysia dan waris terdekat mereka sudahpun dimaklumkan dan mereka kini sedang menjalani bedah siasat di bilik mayat Hospital Queen Elizabeth, kelmarin.
Seorang lagi mangsa lainnya, penumpang bas berumur 32 tahun dikenali sebagai Jemalyn Baharod Alvarez, dari Menggatal, yang meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital.
Pemandu bas berkenaan mengalami patah kaki dalam kemalangan dan kini masih di hospital, manakala 18 lagi penumpang lainnya dalam keadaan selamat.

Ketua Polis Bandaraya, ACP Ahmad Sofi Zakaria, ketika dihubungi kelmarin, berkata siasatan masih dijalankan. “Kami akan menyiasat untuk menentukan punca kejadian,” katanya.
Mengenai soalan sama ada pemandu BMW berkenaan memandu laju atau dalam keadaan dipengaruhi alkohol, Ahmad Sofi berkata, pihaknya juga sedang menunggu keputusan bedah siasat.
Sumb: Berita Sabah Times 7/2
pengajaran untuk kita bersama, berhati-hati di jalan raya setiap kali memandu...
BalasPadam