Isnin, 21 Jun 2010

Ellron mahu lebih banyak RT ditubuh di Sook

KENINGAU: Wakil Rakyat Sook, Datuk Ellron Angin, mahu lebih banyak Rukun Tetangga (RT) ditubuhkan di Daerah Kecil Sook.
Ellron yang juga Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar berkata, beliau mahu RT diperluaskan di kawasan itu supaya rakyat lebih memahami erti perpaduan serta lebih memahami bagaimana kerajaan mengurus pembangunan di sesebuah kampung.

Katanya, setakat hari ini hanya dua rukun tetangga diwujudkan di kawasan pilihanraya DUN Sook, apa yang beliau sifatkan keperluan pertubuhan itu diwujudkan di kawasan itu amat penting.“Saya mahu tindakan segera dibuat supaya Sook mempunyai banyak Rukun Tetangga,” katanya ketika berucap merasmikan majlis Juara Perpaduan anjuran KRT Kg. Panagatan Ulu di sini pada Rabu.

Pegawai Jabatan Perpaduan Daerah Keningau, Masri Rayner, turut bersama di majlis yang dihadiri kira-kira 500 penduduk itu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails