Rabu, 2 Jun 2010

Gabungan Mesyuarat JKKK

Dalit, 28/5/2010 Mesyaurat gabungan 5 buah kampung yang melibatkan Badan JKKK di Mukim Dalit, Sook bersama ADUN berjalan dengan lancar. Turut hadir ialah PKR Sook, Pegawai Risda Keningau dan kakitangan UPKR.

Kampung yang terlibat ialah Kampung Dalit, Punggol, Melosok, Dalit Gana dan dalit Station. Ke semua PJKKK setiap kampung terlibat masing-masing telah mengajukan masalah mereka diperingkat kampung. Melalui cara ini pihak YB Datuk sendiri dapat mengetahui secara lebih dekat masalah setiap kampung. Selain itu, masalah yang dikemukakan akan diberi perhatian sewajarnya oleh pihak YB Ellron.
Sebagai rekod amalan untuk bermesyuarat bersama JKKK dengan ADUN telahpun dimulakan sebaik sahaja YB Ellron Angin memenangi pilihanraya pada 2008. Usaha ini adalah bertujuan untuk lebih mendekati lagi rakyat di kawasan N. 37 Sook. Menurut YB Ellron mesyuarat diperingkat kampung akan diteruskan secara berperingkat-peringkat memandangkan kedudukan Geografi DUN Sook yang luas.
By;rmn

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails