Khamis, 10 Jun 2010

Kejohanan Liga Juara Juara, Piala ADUN N. 37 Sook

Keningau, Pergerakaan Pemuda PBRS Sook akan menganjurkan Kejohanan Bola Sepak Piala YB Datuk Ellron Angin. Pertandingan ini dinamakan sebagai Kejohanan Liga Juara-Juara Piala Datuk Ellron Angin ADUN N. 37 Sook Merangkap Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan & Alam Sekitar Sabah yang juga sebagai Timbalan Presiden Parti PBRS Sabah.
Kaedah kejohanan ini adalah melibatkan pusingan kelayakan di peringkat Mukim masing-masing yang beermula pada 12 Jun 2010 di Kg Panagatan Ulu, keningau. Johan peringkat mukim akan layak ke pusingan akhir Liga Juara-Juara di Kompleks Sukan Keningau, Sabah. Bagi Dun Sook, ianya mempunyai 6 mukim dan bermakna 6 Juara peringkat Mukim akan bertembung di peringkat pusingan akhir kelak. Kita harapkan penyertaan daripada mana-mana pasukan di setiap mukim mendapat respon positif.
Ketua Pemuda Pergerakaan Sook En. Kahirin Bador berkata antara tujuan kejohanan ini ialah untuk mengeratkan hubungan siraturahim melalui sukan. Disamping pendaftaran SPR juga akan dilaksanakan kepada para belia/ beliawanis yang masih belum mendaftar sebagai pemilih. Menurutnya juga, keahlian Parti PBRS juga akan dilakukan kepada para belia yang ingin menyertai Parti PBRS.
" Majulah Sukan Untuk Negara "

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails