Selasa, 29 Jun 2010

Program Bersama JPN

Sook, program bersama Jabatan Pendaftaran Negara(JPN) sekali lagi telah diadakan pada 29/6/2010 di Sk Membulu. Program ini adalah kesinambungan kepada program terdahulu yang telah diadakan di Dalit, Sook. Menurut PKR Sook, program ini adalah untuk memberi peluang kepada masyarakat luar bandar menyelesaikan masalah berkaitan dengan dokumen diri.
Dalam tinjauan kami sebentar tadi, sambutan program ini amat menggalakan apatah lagi kehadiran YB Datuk Ellron Angin ADUN N. 37 Sook. Beliau berkata, kejujuran amat penting dalam kalangan masyarakat ketika berurusan dengan pihak JPN. Pihaknya tidak akan berkompromi kepada mana-mana pihak yang cuba memberikan maklumat diri ketika dalam program tersebut. Jabatan lain yang terlibat ialah Mahkamah Anak Negeri, Jaheins, Pihak Polis, RELA.
Sambil itu, PKR Sook mengucapkan ribuan terima kasih kepada Guru Besar SK Membulu kerana telah mengizinkan sekolahnya sebagai tuan rumah. Turut serta juga ADO Sook En jasli Tindi Merangkap Pengerusi Pelaksana Program tersebut.
By:rmn.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails