Isnin, 21 Jun 2010

Lapan pusat e-Desa akan dilaksanakan tahun ini di lapan kawasan

NABAWAN: Lapan lagi pusat e- Desa dibawah Kementerian Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat Negeri Sabah akan dilaksanakan tahun ini. Pegawai Unit Kemajuan Teknologi Maklumat, Symphrosa Kasun berkata, lapan e-Desa dibawah Rancangan Malaysia Kespuluh (RMK10) itu akan dilaksanakan di kawasan Tamparuli, Kudat, Sook, Kota Marudu, Tongod, Nabawan, Tenom dan Kuala Penyu. Katanya, bagi kawasan Nabawan pusat e- Desa itu akan dibina di Kg. Salarom Taka dan dijangka siap selewat-lewatnya hujung tahun ini.

Sementara itu bagi kawasan Sook dan Tenom pusat e-Desa itu masing-masing dibina di Kg. Sinulihan Baru dan Kg. Mangkaniton.“Pusat e-Desa dibawah Kementerian Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat adalah satu program merapatkan jurang digital penduduk di luar bandar dengan bandar” katanya kepada New Sabah Times selepas melawat tapak pembinaan bangunan pusat itu di Kg. Salarom Takan pada Selasa. Katanya, program ini juga bertujuan memperkasakan rakyat melalui ICT agar mereka dapat mudah mendapatkan maklumat-maklumat terkini dari masa ke semasa.

Disamping itu katanya, ia juga memberi peluang kepada penduduk kampung yang masih buta komputer menjadi celik komputer. Turut meninjau tapak pembinaan itu, Pegawai Daerah Nabawan Bubudan O.T Majalu, Timbalan Ketua Umno Bahagian Pensiangan Ahuar Rasam selaku wakil penduduk Kg. Salarom Taka dan beberapa Pegawai dari Jabatan Kerja Raya (JKR) Kota Kinabalu dan Nabawan. Symphrosa memberitahu, selain lapan pusat e-Desa yang dilaksanakan tahun ini, 11 pusat e-Desa telah beroperasi di kawasan-kawasan lain di negeri ini sejak program ini pada tahun 2005.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails