Rabu, 2 Jun 2010

Pengeluaran Status Tanah Bukti Komitmen Kerajaan

Dalit, pengeluaran tanah milik Jabatan Hutan Simpan(FMU) yang diumukan baru-baru ini amat dinanti-nantikan oleh penduduk kampung khususnya di DUN N. 37 Sook. Bagi Dewan Undangan Negeri N. 37 Sook, terdapat 2 hutan simpan telah dikeluarkan iaitu Sook Land dan Mandalom Land. Para penduduk yang terlibat di kedua-dua kawasan ini, pengeluaran tanah tersebut amat disambut dengan baik. Selepas ini, mereka akan bakal memiliki tanah bergeran setelah begitu lama menantikannya.
Namun, ingatan yang diberikan oleh YB Ellron perlulah dipegang oleh penduduk kampung yang terlibat. Ketika bersama-sama penduduk kampung di Kg Melosok YB Ellron memberi amaran agar tidak ada orang luar dimasukkan dalam senarai pemohon tanah bagi mengelakkan timbulnya masalah akan datang. Perkara ini mohon diberi perhatian serius oleh ketua Kampung dan PJKKK. Ellron berkata lagi pengeluaran tanah adalah bukti komitmen kerajaan BN untuk membela nasib rakyat.
By;rmn.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails