Isnin, 21 Jun 2010

KURSUS PENGURUSAN JKKK OLEH KPLB

KENINGAU, satu kursus pengurusan JKKK akan diadakan pada 22 sehingga 24 Jun 2010. Anjuran ini akan dikelolakan oleh Kementerian Pembangunan Luar Bandar Sabah(KPLB) bertempat di Hotel Perkasa, Keningau. Peserta kursus adalah dalam kalangan Pengerusi JKKK yang telah mendapat watikah pelantikan JKKK oleh KPLB.
Bagi JKKK kawasan Sook seramai 107 Pengerusi JKKK akan terlibat dan amatlah diharapkan penyertaan mereka yang dipanggil. PKR Sook Charles Ikang telah pun mengadakan mesyuarat khas kakitangan UPKR Sook berkaitan perkara ini pada 15 Jun 2010. Justeru itu, kita mahu agar semua PJKKK Dun Sook hadir menyertai kursus ini, katanya ketika dalam mesyuarat. Semasa dalam kursus 3 hari tersebut, PJKKK akan didedahkan cara pengurusan JKKK yang lebih baik. Oleh yang demikian, pejabat UPKR Sook amat berharap PJKKK mengambil peluang ini sebaiknya untuk menimba ilmu seterusnya mampu diimplementasikan kepada rakyat akar umbi.
sekian.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails